Carlo Ancelotti Dilantik Pengurus Baharu Real Madrid

Carlo Ancelotti membuat kepulangan kembali bersama Real Madrid apabila dilantik sebagai pengurus baharu Real Madrid menggantikan Zinedine Zidane yang meletakkan jawatan.

Dengan perlantikan ini bermakna secara automatiknya kontrak Carlo Ancelotti bersama Everton tamat serta merta.

Pemburuan Los Blancos mencari pengganti Zinedine Zidane tidak mengambil masa yang lama mungkin kerana mahu membentuk pasukan yang kembali bersaing hebat dan menakluk.

Carlo Ancelotti dan Real Madrid bukan satu gandingan yang asing lagi apabila mereka pernah bersekedudukan diantara tahun 2013 dan 2015.

Dalam tempoh itu, pada 2014 Carlo Ancelotti telah menghadiahkan Real Madrid gelaran ke-10 Champions League yang lebih dikenali sebagai โ€˜La Decimaโ€™.

Perlantikan Carlo Ancelotti ini telah diumumkan secara rasmi oleh Real Madrid melalui laman sesawang mereka:

โ€œReal Madrid CF mengumumkan bahawa Carlo Ancelotti akan menjadi jurulatih baru pasukan utama untuk tiga musim akan datang.โ€
.
โ€œEsok upacara menandatangani akan berlangsung bersama-sama dengan Presiden Florentino Pรฉrez di Real Madrid City. Carlo Ancelotti akan muncul pada pukul 6:00 petang. untuk sidang media telematik.โ€

Awal bulan lalu, pengurus berbangsa Itali itu telah menafikan beliau akan kembali ke Real Madrid dan menyatakan beliau gembira bersama Everton di Merseyside.

โ€œIni satu publisiti yang bagik untuk aku dikaitkan dengan Real Madrid tapi ini tidak benar. Aku gembira berada di sini.โ€

โ€œSudah pasti ada kesukaran dan ringtangan kami hadapi tapi aku rasa bagus di Everton dan sasaran aku adalah untuk menjadikan Everton bertambah baik setiap tahun.โ€

Itu awal bulan lalu ketika itu Zidane belum melepaskan jawatan dan kini tawaran datang dari kelab gergasi masakan ditolak.

Musim ini menyaksikan Everton membawa masuk dua pemain berprofil tinggi, James Rodriguez untuk menguatkan pasukan.

Sasaran Everton adalah untuk bermain di Eropah, semuanya bermula baik namun mereka terciduk di penghujung dan menamatkan Premier League ditangga ke-10.

Kesian James Rodriguez, sertai Everton untuk bersama Ancelotti tapi member dah blah.

Carlo Ancelotti bukanlah satu nama asing dalam bola sepak dunia, di mana dia boleh dianggap sebagai magnet piala. Kalau Ancelotti melatih satu-satu kelab, kelab tersebut pasti akan memenangi piala kecuali Ecerton.

Memulakan karier sebagai ketua jurulatih di Reggiana, Ancelotti mula memenangi piala pertamanya bersama Juventus pada tahun 1999.

Sepanjang bersama kelab-kelab di atas, Ancelotti telah melatih ramai pemain terbaik dunia dari posisi penjaga gol sehinggalah bahagian serangan.

Carlo Ancelotti dan Piala bukanlah perkara asing di kelab yang pernah diurusukan sejak berdekad yang lalu telah melahirkan ramai pemain bintang sepanjang kariernya sebagai pengurus.

Juventus

Piala Intertoto UEFA : 1999

Milan

Serie A: 2003โ€“04
Coppa Italia: 2002โ€“03
Supercoppa Italiana: 2004
Liga Juara-juara UEFA : 2002โ€“03, 2006โ€“07
UEFA Super Cup: 2003, 2007
FIFA Club World Cup: 2007

Chelsea

Premier League: 2009โ€“10
FA Cup: 2009โ€“10[206]
FA Community Shield: 2009

Paris Saint Germain

Ligue 1 : 2012-13

Real Madrid

Liga Juara-juara UEFA : 2013-14
Copa Del Rey : 2013-14
UEFA Super Cup: 2014
FIFA Club World Cup: 2014

Bayern Munich

Bundesliga: 2016โ€“17
DFL-Supercup: 2016, 2017

Kali terakhir, Carlo Ancelotti memenangi Piala adalah pada tahun 2017 bersama Bundesliga dan di Jerman tidak banyak piala diraih Ancelotti lebih kurang ketika bersama PSG.

Selepas itu, Carlon Ancelotti di lamar Napoli menggantikan Maurizio Sarri yang ketika itu ke Premier League untuk menguruskan Chelsea.

Hanya dua musim Ancelotti bersama Napoli dan mencari cabaran baru bersama Everton dan selepas semusim, Ancelotti kembali ke kelab gergasi, Real Madrid.

BACA:ย  Ini Sebab Pengurusan Real Madrid Sangat Tidak Puas Hati Dengan Ancelotti