Chelsea Mahu Tukar Suka Sama Suka Christian Pulisic Dengan Harry Maguire

Kejutan adalah satu lumrah dalam kehidupan dan terbaru, telah tersebarnya berita yang mengejutkan dalam jendela perpindahan pemain di Liga Perdana Inggeris apabila Chesea dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Harry Maguire.

Maguire yang berdepan kemungkinan akan digugurkan daripada kesebelasan utama untuk perlawanan Manchester United menentang Liverpool nanti, dilihat berdepan dengan masalah konsistensi terutamanya pada musim lalu apabila dia dan pasukannya telah bolos sebanyak 57 kali dalam perlawanan liga.

Walaupun teruk dikecam berkenaan prestasinya, Erik Ten Hag tetap memberikan sokongan kepada pemain pasukan kebangsaan England ini, dan meletakkannya dalam kesebelasan utama dalam dua perlawanan pertama liga.

Hasilnya, pasukan kendalian pengurus dari Belanda tersebut dibolosi enam kali dalam dua perlawanan – satu rekod yang memalukan dan menyeksa jiwa para pendokong kelab syaitan merah ini.

Untuk perlawanan ketiga liga, Maguire dijangka akan direhatkan di atas dua faktor – 1) Masalah prestasi, 2) Lawan Liverpool je pun.

Walaupun begitu, Chelsea nampak ada sesuatu yang istimewa tentang kapten Manchester United ini dan mereka dikhabarkan sedia untuk membawa pertahanan tengah berkepala petak ini ke Stamford Bridge.

Hal ini adalah kerana Manchester United sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Christian Pulisic pada awal minggu lalu.

Kelab London barat itu pula enggan memberikan Pulisic secara pinjaman kepada Manchester United kerana mereka percaya bahawa pasukan kendalian Ten Hag itu masih mampu untuk menjadi pencabar mereka.

Jadi, untuk mewujudkan satu rundingan dan suasana yang adil, maka mereka bersepakat untuk menukar suka sama suka antara Pulisic dan Maguire.

Walaubagaimanapun, pemain Leicester City Wesley Fofana tetap menjadi sasaran utama mereka.

Pemain pertahana Perancis tersebut dijangka tidak akan diturunkan oleh Brendan Rodgers dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton pada hari Sabtu nanti.

Setakat ini, Chelsea telah meletakkan bidaan bernilai £60 juta buat pertahanan tersebut.

Pada minggu lalu, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui bahawa pasukannya kekurangan pemain simpanan di bahagian pertahanan.

“Elok juga kami dapatkan lebih ramai pertahanan tengah,”ujar Tuchel.

“Kalau kau tengok la kan, kita orang bermain dengan [sistem] tiga pertahanan.

“Profil dia orang jug a banyak lain, aku akui benda tu. Bermain dengan Azpi [Cesar Azpilicueta], adalah lebih kepada bek sisi berbanding pertahanan tengah. Cucurella pun begitu.

“Kedua-dua pemain ni tak boleh bermain di posisi pertahanan tengah. Kami masih nak seorang lagi pemain pertahanan tengah. Tengok lah macam mana nanti.”

Berkenaan Harry Maguire, tersebar laporan di negara penjajah tersebut bahawa pemain ini telah menolak tawaran untuk menyertai Barcelona pada musim panas ini.

Menurut The Mirror, Maguire mendapat suntikan semangat apabila dia diberikan kepercayaan oleh pengurus baru Manchester United dan menolak segala hubungan daripada wakil kelab Catalan tersebut, yang dikhabarkan berminat untuk membeli pemain ini.

Nama Maguire telah disebut sebagai timbang tara untuk pembelian pemain tengah, Frenkie De Jong.

Satu sumber memberitahu The Mirror; “Sesetengah pemain, terutamanya dengan banyak kritikan terhadapnya, akan terus pergi ke Barcelona kalau diberi peluang.

“Tapi Harry ni tak kisah pun dan dia nak dapatkan musim yang cemerlang bersama United. Bila bercakap tentang kekuatan mental, Harry ini memang padu beb.

“Macam biasa, dia akan buat apa yang dia rasakan terbaik.”

Seorang rakan rapat pemain ini pula berkata; “Harry ni dijadikan sebagai kambing hitam di atas prestasi mendap Manchester United musim lalu.

“Ada beberapa pemain yang kononnya hebat, bermain dengan lagi teruk daripada dia. Nampak sangat la ada orang yang kena pikul akibat nya.”

Sumber : SB

BACA:  Kedunguan Maguire Punca Liverpool Berjaya Jaringkan Dua Gol Mudah