Christian Eriksen Kembali Beraksi Dan Turut Berjaya Catat Assists Untuk Brentford

Christian Eriksen telah kembali beraksi selepas beliau diturunkan dalam aksi perlawanan persahabatan tertutup bertemu Southend United XI semalam.

Lapan bulan selepas peristiwa beliau tumbang kerana diserang masalah ‘cardiac arrest’, Eriksen kembali beraksi bersama kelab barunya, Brentford.

Pemain midfield berusia 30 tahun itu menyertai Brentford menerusi perjanjian perpindahan percuma pada bulan lalu.

Sempena ulang tahun beliau yang ke-30, Christian Eriksen telah diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan tersebut, dan beliau meraikannya dengan mencatatkan assists untuk gol yang dijaringkan oleh Josh Dasilva.

Skuad kendalian Thomas Frank itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Southend selepas Dasilva mencatatkan hat-trick.

Namun begitu, antara berita paling menarik untuk didengari dari perlawanan tersebut adalah melihat Christian Eriksen kembali beraksi dan turut mencatatkan assists.

Menurut laporan dari laman rasmi Brentford, Eriksen juga sebenarnya sudah hampir untuk catat nama sebagai penjaring gol pada awal-awal minit permainan dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, percubaan dari bekas bintang Tottenham Hotspur dan Inter Milan itu telah dinafikan oleh penjaga gol United, Collin Andeng Ndi.

Satu hal yang pasti, melihat beliau mampu bermain selama 60 minit dalam perlawanan tersebut, tidak ada keraguan lagi yang barisan kejurulatihan akan sedia maklum beliau sudah bersedia untuk melakukan debutnya bersama kelab.

Para peminat turut hangat membincangkan hal tersebut di laman media sosial dengan ramai dari mereka yang berharap agar Eriksen akan segera melakukan debutnya dalam saingan Premier League bersama Brentford.

“Sejujurnya saya rasa beremosi, dapat melihat dia kembali beraksi semula sudah cukup buat saya gembira, dia sendiri sudah tentu sedang bahagia sekarang.”

“Blind dulu pernah kata yang dia yakin Eriksen akan mampu untuk kembali bermain dan hari ni dia buktikan dia masih mampu untuk bermain secara kompetetif.”

“Saya tak sabar mahu lihat dia kembali beraksi dalam saingan Premier League. Saya jamin peminat mana-mana pasukan pun akan mengalu-alukan kedatangan dia.”

“Semoga dia mampu buktikan yang dia masih boleh beraksi dengan cemerlang, terima kasih Brentford kerana beri peluang kepada legenda bola sepak Denmark ini.”

Ketika ditemu bual oleh Sky Sports pada hujung minggu lalu, Eriksen menyatakan yang debut beliau bersama Brentford sudah semakin hampir.

Walau bagaimanapun, bintang Denmark itu turut menegaskan yang beliau tidak mahu tergesa-gesa dan hanya akan menanti barisan kejurulatihan untuk memberi lampu hijau kepadanya.

“Saya ambil sehari sekali dan lihat bagaimana saya rasa.”

Jelas Eriksen.

“Setiap hari ia semakin mudah dan makin mudah untuk saya biasakan dengan tahap intensiti, rutin larian dan latihan teknikal.”

“Debut saya, ia sudah tidak lama lagi. Kita lihat saja apa akan berlaku. Dengan ini (alat jantung), kamu akan lebih selamat dari semua orang. Pada awal-awal saya di hospital, saya telah diberitahu yang dengan ada ICD ia memang langsung tak ada masalah.”

“Sasaran pertama saya adalah untuk dapatkan tahap kecergasan terbaik, boleh bermain perlawanan dalam saingan Premier League, dan bermain selama yang mungkin untuk tunjuk dan buktikan saya masih boleh bermain bola sepak dengan cara yang bagus.”

“Oleh yang demikian, saya mahu bantu Brentford untuk kekal dalam liga.”

Sangat menarik untuk melihat Eriksen kembali beraksi di atas padang selepas ini dan tentunya peminat yang merindui aksi beliau akan berharap agar beliau segera melakukan debutnya bersama Brentford.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Tottenham Bakar Jersi Eriksen Kerana Kecewa Melihatnya Ke Old Trafford