Conte Berhabisan Luah Perasaan, Bunga-Bunga Awal Mahu Tinggalkan Spurs?

Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte telah berhabisan meluahkan perasaannya dalam sidang media selepas tewas 2-0 kepada Aston Villa dan sepertinya bunga-bunga awal mahun tinggalkan Spurs.

Spurs diejek di luar padang pada hari Ahad berikutan kekalahan 2-0 kepada Aston Villa. Keputusan itu bermakna mereka telah terkeluar daripada empat teratas berikutan kemenangan Manchester United ke atas Wolverhampton Wanderers .

Penyokong di dalam Stadium Tottenham Hotspur melaungkan kata-kata pesanan kepada pengerusi kelab Daniel Levy dan memberitahunya untuk menjual kelab secepat mungkin.

Antonio Conte tidak pula bertindak seperti biasa bukan untuk membuatkan keadaan akan menjadi lebih baik dan membuatkannya lebih teruk selepas perlawanan.

Jurulatih Itali itu berkata Spurs mencapai empat teratas musim lalu adalah ‘keajaiban’ sambil merungut berapa banyak yang boleh dibelanjakan oleh enam pasukan teratas.

Spurs menandatangani tujuh pemain pada musim panas, berjumlah £149 juta dan paling padu adalah pemain dibeli tanpa melepaskan terlebih dahulu pemain yang tidak diperlukan.

Antonio Conte percaya dia memerlukan sokongan besar pada jendela perpindahan Januari untuk memastikan kelayakan Liga Juara-Juara terus berada dalam tangan untuk musim kedua berturut-turut.

Ketika ditanya mengenai harapan empat teratas Spurs, pengurus berusia 53 tahun itu mengakui:

“Musim lalu, kami membuat keajaiban. Kami melakukan keajaiban. Tetapi saya tahu situasi itu dan sangat jelas dengan kelab.”

“Kemudian saya masih ingat dengan baik orang bercakap tentang Tottenham sebagai pencabar kejuaraan musim ini tetapi agak gila membacanya.”

“Untuk menjadi pencabar gelaran, pasukan yang bersedia untuk berjuang untuk memenangi sesuatu, anda memerlukan asas yang kukuh.”

Untuk menjadi juara atau pencabar bukan satu tugas mudah memerlukan masa, kesabaran dan asas yang kukuh, satu perkara yang tidak pernah dimiliki Spurs selama ini.

“Orang ramai fikir anda tiba dan anda menang. Ini boleh berlaku untuk pasukan yang pernah menang pada masa lalu.”

“Jika anda tidak biasa, anda perlu mencipta ini, dan anda memerlukan masa dan kesabaran. Saya faham peminat kecewa kerana mereka mempunyai kesabaran untuk masa yang lama.”

“Tetapi anda mahukan kebenaran, saya memberitahu anda perkara sebenar. Saya tahu realitinya. Saya jurulatih.”

Antoni Conte menegaskan bahawa dia teramat faham situasi dan visi kelab, walaupun Spurs berbelanja besar namun kelab teratas menggandakan perbelanjaan mereka dan membuatkan Spurs masih gagal untuk bersaing.

“Saya bersama kelab setiap hari. Saya tahu situasinya. Saya tahu visi kelab. Kelab tahu pemikiran saya tentang keadaan ini.”

“Pada permulaan musim, saya sangat jelas, kami boleh berdaya saing tetapi cuba untuk terus meningkat.”

“Tetapi juga ada kelab yang boleh melabur £200m atau £300m dan lain-lain dengan polisi yang berbeza, dan anda perlu menghormati polisi itu.”

Ada segelintir penyokong Spurs kini mula membenci Conte kerana mereka merasakan Conte telah menyalahkan mereka hanya kerana berharap untuk berada top 4 dan menjadi pencabar.

Mereka merasakan Conte tidak bertanggungjawab, bagi mereka harapan itu hadir selepas Conte telah berbelanja besar dalam dua jendela perpindahan dan adalah logik mensasarkan top 4 dan menjadi pencabar kejuaraan bukannya menjadi juara.

Dengan perbelanjaan besar dan pemain yang ada kini mereka yakin Spurs mampu bersaing untuk menjadi paling kurang pun pasukan yang layak ke Champions League.

Adakah ini tanda-tanda awal dari Antonio Conte untuk meninggalkan Spurs seperti mana yang biasa dilakukanny seperti sebelum ini.

BACA:  Arsenal Mahu Conte Jadi Pengganti Andai Arteta Dipecat