Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte beri gambaran yang beliau berkemungkinan tidak akan terus mengendalikan Spurs selepas kekalahan 1-0 di tangan Burnley awal pagi tadi.
Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, pengurus dari Itali itu nampak sudah tidak bersemangat dan seolah-olah sudah mahu menyerah dari terus mengendalikan Spurs.
Tottenham Hotspur dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Burnley di Turf Moor awal pagi tadi, dengan Ben Mee muncul sebagai penjaring gol untuk pasukan tuan rumah.
Antonio Conte on his future: "I'm open for every decision because I want to help Tottenham. I'm too honest to close my eyes and continue in this way, just saying: ok, my salary is good. I've ambition". 🚨⚪️ #THFC @JackPittBrooke
"I’m not so good to improve the situation here". pic.twitter.com/jYYFIyB0se
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 23, 2022
Kekalahan ini merupakan kekalahan keempat Tottenham Hotspur dari lima perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League.
Pada hujung minggu lalu, Tottenham Hotspur berjaya menggembirakan kem Liverpool selepas mereka cemerlang menewaskan pendahulu saingan Premier League, Man City.
Harry Kane muncul sebagai wira kelab selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-95 permainan dalam perlawanan yang cukup dramatik di Etihad itu.
Antonio Conte jelas sekali sangat gembira pada ketika itu, kerana beliau berjaya mengakhiri rekod kemenangan Manchester City dan turut berjaya menamatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut Spurs dalam saingan Premier League.
Walau bagaimanapun, malang untuk kelab dari London itu, mereka gagal mengekalkan momentum kemenangan, dan terpaksa akur tewas di tangan pasukan yang sedang berada di zon penyingkiran pada ketika ini.
Conte jelas sekali tidak gembira dengan keadaan Tottenham Hotspur sekarang, dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya ketika temu bual selepas perlawanan sudah cukup untuk mengesahkan hal tersebut.
Bekas pengurus Chelsea itu sebelum ini sangat lantang ketika berbicara berkait perpindahan pemain dan situasi di Tottenham Hotspur.
Dalam temu bualnya selepas tamat perlawanan hari ini, beliau sepertinya masih menekankan isu sama dan menganggap ia antara punca kegagalan Spurs mencatatkan kemenangan.
Antonio Conte says the Club will now have to make an assessment about his future after a defeat to Burnley tonight. pic.twitter.com/z2QLaiEKZX
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 23, 2022
Antonio Conte: "The players are always the same, the club changes the coaches, the players are the same, but the result doesn't change. I'm too honest to accept this situation." pic.twitter.com/PdLDB6sIOW
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) February 23, 2022
Antonio Conte believes Spurs will assess his position as manager after defeat to Burnley… pic.twitter.com/D6JZ2hnTiJ
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) February 23, 2022
“Dari lima perlawanan terakhir, kami kalah empat perlawanan dan ia bermaksud pihak kelab perlu membuat penilaian semula tentang saya, kerana bagi saya ia sangat mengecewakan.”
“Sudah tentu itu adalah situasinya. Saya sangat kesian dengan penyokong kerana saya tak rasa mereka berhak melalui semua ini.”
Jelas Antonio Conte kepada Sky Sports News.
“Tapi ketika kamu kalah empat dari lima perlawanan terakhir, ia bermaksud kamu perlu lakukan penilaian semula. Pihak kelab perlu membuat penilaian semula, juga perlu melakukan rundingan dan cari jalan penyelesaian terbaik.”
“Pemain senantiasa sama, pihak kelab tukar pengurus, pemain masih sama, tapi hasilnya tidak berubah. Saya terlalu jujur untuk sekadar menutup mata dan terima situasi seperti ini.”
"Maybe I'm not so good."
Antonio Conte on his future after Tottenham's fourth loss in their last five Premier League games 🗣️ pic.twitter.com/r15ppNKK5s
— B/R Football (@brfootball) February 23, 2022
Pengurus dari Itali itu meletakkan jawatan sebagai pengurus Inter Milan pada musim panas lalu selepas berjaya membimbing mereka untuk memenangi gelaran Serie A pertama kelab sejak 11 tahun sebelum itu.
Beliau kemudiannya bersetuju untuk menggantikan Nuno Espirito Santo sebagai pengurus Tottenham Hotspur dan menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama kelab.
Pada awalnya beliau nampak berjaya membawa Spurs dengan cemerlang selepas mengharungi sembilan perlawanan tanpa kalah.
Namun selepas beberapa perlawanan Spurs terpaksa ditangguhkan kerana ramai pemain yang disahkan positif C0V-19, aksi Spurs turut semakin merosot.
Mereka kini sudah berdepan dengan empat kekalahan dari lima perlawanan terakhir dalam saingan Premier League, dan ja jelas sekali satu keputusan yang tidak begitu baik untuk kelab dari London itu.
Harapan mereka untuk mencabar kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga juga sepertinya semakin pudar dan Spurs berpotensi besar untuk tidak tampil di mana-mana pentas bola sepak Eropah pada musim hadapan.
Sumber: SPORTbible