Cormier Bidas Kenyataan McGregor Yang Memanggilnya ‘Gemok Mabuk’

Salah seorang petarung terhebat sepanjang zaman UFC, Conor McGregor tidak pernah lari dari mencetuskan kontroversi, dan beliau kali ini menyasarkan komen pedas ke atas Daniel Cormier pula.

Beliau jelas mencari geruh dengan pengulas dan juga bekas Juara berganda dalam sejarah UFC, Daniel Cormier.

McGregor baru-baru ini membidas kritikan dari Cormier yang mengecam tindakan petarung dari Ireland itu yang seolah-olah menghina arwah ayah Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov.

Cormier menganggap yang McGregor sebenarnya memerlukan bantuan dan kerana itulah beliau sering mencetuskan kontroversi lalu memadam semula muat naik yang dibuat.

McGregor sepertinya tidak senang dengan komen dari Cormier dengan beliau kemudiannya menghina pengulas UFC itu dengan menggelar Cormier gemok yang mabuk.

Petarung dari Ireland Itu memuat naik gambar beliau menendang Dustin Poirier ketika pertarungan mereka di acara UFC 264, dengan caption yang beliau tulis jelas menghina Cormier.

Cormier kini telah membidas semula kenyataan dari McGregor dengan beliau menyatakan bahawa petarung dari Ireland itu seharusnya merisaukan tentang lelaki yang membelasahnya di dalam octagon, dan bukannya pengulas.

Bercakap dalam podcast beliau di ESPN, DC telah menyatakan bahawa:

“Jadi McGregor dengar ulasan saya. Berhentilah risaukan tentang saya. Jangan bimbangkan tentang Daniel Cormier. Jangan risau tentang apa saja yang saya katakan. Jangan risau tentang bagaimana saya berpakaian dan bagaimana penampilan saya.”

DC sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan Khabib

“Jangan buat semua itu, risaukanlah tentang lelaki yang sentiasa belasah kamu setiap kali kamu masuk ke gelanggang octagon.”

Cormier turut menegaskan yang ketika beliau membuat kenyataan yang mengatakan bahawa McGregor memerlukan bantuan, beliau sama sekali tidak berniat jahat.

“Kebenarannya adalah, McGregor merupakan petarung kelas atasan, tapi ketika saya kata dia memerlukan bantuan, saya tak berniat jahat. Ia hanya saya mahu katakan yang dia perlukan seseorang yang datang dan kata pada dia, ‘hai bro, kalau ada masalah sila lah cerita.”

“Realitinya saya tak perlu berkawan dengan Conor McGregor. Jadi saya tak peduli apa dia nak cakap tentang peribadi saya. Saya akan tetap terus membuat kerja saya. Dan ketika mana dia berhak untuk di puji, dia akan dapat pujian. Ketika mana dia sepatutnya dikritik, dia tentu akan di kritik.”

McGregor sememangnya berkelakuan agak aneh dengan beliau akan mengeluarkan kenyataan yang kontroversi, kemudiannya beliau akan segera memadam semula kenyataan tersebut.

Khabib Nurmagomedov ketika ditemu bual dalam podcast Hotboxin bersama Mike Tyson turut mendedahkan tentang kontroversi berkait McGregor.

McGregor yang pernah tewas kepada Khabib di acara UFC 229 pada tahun 2018 lalu, telah mencetuskan kontroversi dengan menghina arwah ayah petarung Rusia itu bulan lalu.

Khabib awalnya menulis di laman twitter miliknya:

“Kebaikan akan selalu menewaskan kejahatan”

Beliau menujukan status tersebut pada Dustin Poirier yang ketika itu baru sahaja menewaskan Conor McGregor di acara UFC 264 di Las Vegas.

McGregor ketika itu langsung tidak peduli dengan status tersebut, namun beberapa minggu kemudian, beliau telah memuat naik status yang mencetuskan kontroversi.

“Covid kebaikan dan ayah kejahatan.”

Beliau mungkin merasakan ia sekadar menganjing semula kenyataan dari Khabib, namun ketika beliau melibatkan individu yang sudah meninggal dunia, perbuatan itu dianggap sudah melampau.

Ramai yang mengecam McGregor pada ketika itu hingga beliau kemudiannya memadam semula muat naik tersebut dan terus mendiamkan diri berkait hal itu sehingga ke hari ini.

Bercakap ketika dalam temu bual bersama Mike Tyson di Hotboxin, Khabib mendedahkan yang hanya orang jahat sahaja yang akan menyasarkan ayah, isteri, anak atau agama seseorang.

Petarung Rusia yang kini berusia 32 tahun itu turut membahaskan tentang sikap McGregor yang sering memadam setiap status kontroversi yang beliau muat naik.

“Ketika dia bercakap tentang ini, hanya kejahatan sahaja yang akan bercakap tentang ayah kamu, seperti isteri, anak, agama.”

Jelas Khabib.

“Jika kamu manusia biasa, kamu tak akan pernah bercakap tentang hal seperti itu. Bagi saya, saya rasa dia memuat naik status itu ketika dia sedang terlalu mabuk atau ketika dia baru melakukan sesuatu. Dia juga selalu memadam status dia.”

“Ketika dia kembali menjadi normal, dia akan tengok semula telefon dia, ‘oh, apa saya sudah buat’. Lepas tu dia padam. Ini pendapat saya, apa yang selalu dia buat sebelum ini.”

Sumber: GMS

BACA:  Jake Anggap Logan Lebih Handal Dari McGregor Ketika Bertarung Dengan Mayweather