Pemain pertahanan Tottenham Hotspur yang dipinjam dari Atalanta nyata tidak dapat menahan emosi apabila tanpa belas telah menganjing depan muka Harry Maguire sejurus selepas pemain kelakar itu menjaringkan gol sendiri.
Harry Maguire selaku ketua pasukan Manchester United merupakan seorang yang unik kerana memegang gelaran pelawak handalan walaupun bergelar pemain bola sepak profesional.
Aksi Harry Maguire di atas padang saban minggu semakin menjadi-jadi dan menjadi hiburan peminat bola sepak kecuali peminat Manchester United yang pasti memaki hamun tanpa sempadan.
Sejak menyertai Manchester United, Harry Maguire secara konsisten telah melakukan aksi yang tidak masuk akal dan di luar kotak akal fikiran manusia ketika menjalankan tugas sebagai pertahanan.
Terlepas bola dan diayamkan pemain lawan itu perkara biasa untuk Maguire dan yang luar biasanya apabila Maguire kental menjaga rakan sendiri dengan melakukan pelukan, tolakan serta terjahan yang menghasilkan gol buat lawan.
Sejujurnya Harry Maguire bukanlah seorang pemain pertahanan bertaraf dunia tetapi seorang pemain yang sedang-sedang saja yang penting dia kelakar.
Namun tanda harganya yang tinggi melambung sebagai pemain pertahanan tengah termahal membuatkan ramai berfikiran Maguire pemain pertahanan bertaraf dunia.
Harga takleh bawa bincang. Main pula dengan Manchester United.
Dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur, Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol meletakkan Setan Merah mendahului 2-1.
Pada minit ke-72, Sergio Reguilon telah melakukan hantaran yang cuba mencari Cristian Romero, Harry Maguire cuba memotong dengan satu gelungsuran.
Malangnya bola yang cuba dikeluarkan Harry Maguire terus menerjah gawang menewaskan David De Gea. Bukan salah Maguire dalam situasi itu kerana bola 50-50.
Jika Maguire lebih peka dengan kedudukan Cristian Romero, kapten Marvel itu tidak perlu melakukan apa-apa kerana Romero berada dalam kedudukan offside.
Cristian Romero gave it to Harry Maguire after his own goal ☠️ pic.twitter.com/OWLPUTL1QU
— ESPN FC (@ESPNFC) March 12, 2022
Cristian Romero nyata gembira dengan gol sendiri Harry Maguire lalu tidak dapat menahan emosi dan terus menganjing depan muka Harry Maguire yang terduduk kecewa.
Cristian Romero menjerit dan ketawa riang dengan pantas sebelum berlalu pergi meraikan jaringan penyamaan itu bersama rakan-rakan.
Gol penyamaan itu tidak bertahan lama apabila Cristiano Ronaldo melengkapkan hatrik untuk kemenangan 3-2.
Akhirnya ketawa akhir menjadi milik Harry Maguire dan Cristian Romero hanya mampu bercekak pinggang kecewa selepas tamat perlawanan.
Life comes at you fast 🤷♂️ pic.twitter.com/Go9uyES8FM
— utdreport (@utdreport) March 12, 2022
Impak makian yang diterima Maguire untuk perlawanan ini agak terhad kerana kemenangan diraih, cerita hatrik Ronaldo yang memecahkan rekod penjaring sepanjang zaman lebih menjadi bualan.
Jika Ronaldo dilabel GOAT kerana rekod luarbiasa, Maguire juga GOAT yang bermaksud kambing hitam yang sentiasa menjadi pesalah jika keputusan tidak cantik diperoleh.
Namun tindakan Cristian Romero itu nyata tidak digemari oleh pembenci nombor satu Maguire, Roy Keane yang pernah melabel Maguire sebagai memalukan, sampah dan macam robot.
Kapten legenda Manchester United yang juga pernah berhasrat mahu menghayunkan tangan ke muka Maguire menyifatkan tindakan Cristian Romero menganjing Maguire sebagai tidak bagus.
🗣 "It comes back to haunt you, things like that"
Roy Keane, @GNev2 and Michael Dawson were NOT impressed with what Cristian Romero did to Harry Maguire
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) March 12, 2022
Michael Dawson dan Gary Neville yang tidak melihat insiden itu juga bersetuju dengan Roy Keane.
Pengacara Majlis: Sebelum kita lihat gol kemenangan, apa kau fikir reaksi Romero kepada Harry Maguire?
Encik Keane: Tidak, tidak. Tak bagus sis.
Michael Dawson: Aku pun tak suka sis.
Encik Keane: Nasib kau tak baik.
Gary Neville: Aku tak tengok sis.
Pengacara Majlis: Dia pergi ke arah Maguire selepas gol sendiri.
Gary Neville: Ye, itu tidak bagus sis.
Encik Keane: Sebagai pemain kau akan ingat benda tu, Jangan risau.
Michael Dawson: Benda ni akan kembali menghantui kau. Sebagai pemain pertahanan kau akan buat silap. Minggu depan mungkin kau pulak.
Maka benarlah kata-kata Keane dan Dawson akhirnya Romero yang merasa di akhir perlawanan. Keane juga tidak menyalahkan Maguire untuk gol sendiri itu.