Crouch Ketepikan Ronaldo Dari Kesebelasan Terbaik Pilihannya

Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain dari luar England yang telah mempamerkan aksi terbaik di pentas premier league.

Sir Alex Ferguson memutuskan untuk menjadikan Ronaldo pemain remaja paling bernilai dalam sejarah premier league.

Setan merah telah menandatangani Cristiano Ronaldo pada tahun 2003 dengan nilai £12.24 juta. Ketika itu nilai begini sudah sangat besar.

Itu membuktikan Sir Alex Ferguson telah membuat keputusan yang tepat sebagai seorang pengurus.

Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 84 gol dari 196 penampilan dalam perlawanan English top-flight untuk setan merah selama enam tahun kariernya disana.

Kebanyakkan individu yang telah menamakan kesebelasan utama pilihan mereka sudah pasti tidak akan meninggalkan nama Ronaldo.

Apa tah lagi untuk menamakan pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah premier league. Tidak sempurna rasanya apabila nama Ronaldo tidak disebut.

Tetapi tidak untuk Peter Crouch. Beliau dalam ruangan khas untuk menamakan pemain asing terbaik pernah beraksi dalam premier league, Crouch sama sekali tidak menyebut nama Ronaldo.

Kesebelasan pilihan Crouch menggunakan formasi (4-3-2-1)

GK: Peter Schmeichel

LB: Patrice Evra

CB: Virgil van Dijk

CB: Vincent Kompany

RB: Denis Irwin

CM: David Silva

CM: Patrick Vieira

CM: Kevin De Bruyne

CAM: Dennis Bergkamp

CAM: Gianfranco Zola

ST: Thierry Henry

Beliau lebih memilih Zola berbanding Ronaldo. Tidak pasti apa yang bermain difikiran Crouch sewaktu menamakan pemain pilihannya.

Pemain Itali itu sememangnya antara yang terbaik ketika zaman kegemilangannya bersama Chelsea. Tetapi adakah beliau setaraf dengan Ronaldo? Rasanya tidak sama sekali.

Mungkin penyokong pasukan Chesea sendiri bakal mengakui bahawa Ronaldo adalah pemain lebih baik berbanding Zola.

Tetapi sebenarnya bukan itu saja pemilihan yang agak kontroversi dari Crouch.

Crouch turut memilih Schmeichel  sebagai penjaga gol pilihannya berbanding legenda Chelsea Petr Cech.

Terdapat banyak juga perbezaan pendapat adakah Van Dijk lebih bagus dari Nemanja Vidic sebagai pemain pertahanan?

Roy Keane merupakan salah seorang pemain midfield terbaik sepanjang zaman dalam sejarah premier league turut tidak dinamakan oleh Peter Crouch.

Bahkan ramai yang mempertikaikan pemilihan David Silva berbanding Keane dan menurut mereka Silva tidak cukup bagus untuk berada dalam senarai.

Silva pemain yang bijak dan itu tidak boleh dinafikan, tetapi untuk menganggap beliau lebih baik dari Roy Keane itu memang tidak masuk akal.

Aguero juga tidak termasuk dalam senarai tetapi pilihan meletakkan Thierry Henry dalam senarai sememangnya bijak dan tidak diragui.

Crouch juga mengatakan sekiranya bukan Henry beliau sememangnya akan memilih Aguero.

Pemain asing lain yang cemerlang di premier league seperti Eric Cantona, Didier Drogba, Eden Hazard dan Luis Suarez turut tidak dipilih.

Tetapi itu adalah pilihan peribadi dari Peter Crouch dan tidak sepatutnya ada yang mempertikaikan pilihannya.

Hak dia lah nak pilih siapa pemain yang dirasakan sesuai dengan dia bukan?

BACA:  Peter Crouch Lupa Beliau Pernah Jaring Gol Di Champions League