Dana White: Bola Sepak Menjengkelkan, Sukan Paling Kurang Berbakat Di Bumi

dana white

Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White telah mencari geruh apabila telah melabel bola sepak sebagai sukan menjengkelkan dan menyampah kerana bola sepak baginya merupakan sukan yang paling kurang berbakat di muka bumi ini.

Bola sepak merupakan sukan paling popular di muka bumi kecuali di negara kelahiran Dana White sendiri iaitu Amerika Syarikat yang masih keliru antara soccer dan football.

“Bola sepak? Seluruh permainan bola yang lain.” White memberitahu wartawan dalam klip yang telah muncul semula semasa Piala Dunia.

“Saya tidak tahan dengan bola sepak, saya fikir ia adalah sukan yang paling kurang berbakat di dunia.”

Lelaki berusia 53 tahun itu, yang berkhidmat sebagai presiden UFC sejak 2001, sukan UFC dan bola sepak. Di mana menurutnya, kanak kanak kecil pun boleh bermain bola sepak seawal umur 3 tahun. Namun tidak untuk UFC.

“Ada sebab kanak-kanak tiga tahun boleh bermain bola sepak ok? Kamu berlari-lari dan menendang bola. Tu je.”

White kemudian dicelah oleh seorang wartawan yang mencadangkan dia tidak akan mengulangi pendapat itu ketika di Amerika Selatan.

Namun White berkata:

“Kamu mungkin tidak akan mengatakannya begitu jika kamu berada di Brazil, kawan, … saya akan mengatakan ini di mana-mana negara,” balas White.

Dana White terus mempersendakan bola sepak kerana pasukan bertanding hanya untuk mendapatkan tiga mata dengan saiz gawang yang begitu besar di mana bakat tidak diperlukan.

Bagi White Hoki Ais adalah sukan yang yang lebih true dan perlukan bakat berbanding bola sepak kerana saiz gawangnya yang lebih kecil.

“Apabila kamu bermain permainan di mana gawangnya begitu besar, dan skor 3-1, adakah kamu bergurau dengan saya sekarang?”

“Sekarang dalam hoki, anda mempunyai lelaki bermain skate, bukan? Dengan kayu bengkok, di mana mereka perlu memukul puck (bola hoki ais, getah hitam berbentuk disk) ke dalam jaring yang sama saiz dengan penjaga gol, ok? Itulah sukan di mana skor sepatutnya 3-1.’

“Adakah anda tahu betapa tidak berbakatnya kamu untuk cuba mendapatkan tiga mata apabila gawang sebesar ini?”

Ada berpendapat kenyataan Dana White ini hanya untuk mencari populariti murahan dan bad marketing yang murah walaupun hina.

Sukan Tanpa Bakat Paling Popular Di Dunia

Walaupun sesetengah orang mungkin bersetuju dengan kenyataan presiden UFC itu, dalam tidak sedar ramai rakyat Amerika nampaknya tidak bersetuju berdasarkan fakta nombor jumlah tontonan.

Di sebalik dakwaan Dana White bahawa bola sepak bukan sukan yang mengujakan, jumlah tontonan di Piala Dunia telah mencanak-canak naik.

Menurut FIFA, 36.4 juta orang menyaksikan kekalahan Jepun di peringkat kumpulan kepada Costa Rica. Angka ini tidak dikira dari tontonan secara haram di atas talian.

Sementara itu, keputusan seri tanpa jaringan England dengan AS mempunyai penonton tertinggi sebanyak 19.7 juta penonton di FOX.

Semasa kempen Piala Dunia 2022 mereka di Qatar, di mana mereka tewas 3-1 kepada Belanda pada pusingan 16 kejohanan itu, pasukan USA merekodkan purata 12.2 juta penonton di FOX sahaja.

Untuk Piala Dunia 2018 sahaja, FIFA melaporkan sebanyak 3.572 bilion tontonan secara keseluruhan lebih separuh dari populasi bumi yang berumur 4 tahun ke atas.

Bekas presiden ESPN John Skipper, kini Ketua Pegawai Eksekutif Meadowlark Media, memberitahu Associated Press bola sepak adalah sukan yang pecah kepala untuk diikut.

John Skipper mendedahkan angka tontonan sukan kegemaran rakyat Amerika yang dianggap terbaik dunia dan langsung tidak menyedari jumlah tontonannya adalah sedikit berbanding bola sepak.

“Bola sepak telah menjadi sukan paling membingungkan untuk diikuti di televisyen,”

Dia memetik pelbagai rangkaian untuk pasukan kebangsaan USA, Liga Perdana, Bundesliga Jerman, liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara, ada yang menarik lebih ramai penonton berbanding Major League Soccer.

Malah sukan bola keranjang NBA hanya popular dan menjadi sebutan tetapi dari segi tontonan masih kalah kepada bola keranjang Eropah.

“Bolehkah anda bayangkan bola keranjang Eropah agak lebih popular daripada NBA?”

“Kami seperti orang Amerika biasa berfikir bahawa kami adalah pemimpin dunia dalam sukan yang kami sukai. Dan di sini, kami bukan pemimpin dunia.”

Bola sepak dilihat oleh hanya sebahagian kecil daripada penonton NFL, yang mengatakan ia purata 17.1 juta di televisyen dan saluran digital untuk musim biasa 2021 dan telah menarik 42.1 juta tontonan untuk permainan Dallas Cowboys-New York Giants pada Thanksgiving sahaja.

Purata 1.6 juta penonton menonton perlawanan musim biasa NBA merentas ABC, ESPN dan TNT pada musim 2021/22.

Dalam besbol, enam perlawanan Siri Dunia, di mana Houston Astros mencapai kemenangan enam siri perlawanan ke atas Philadelphia Phillies, ditonton oleh purata 11.8 juta penonton.

USA gemar menggelarkan sukan mereka sebagai siri dunia walaupun hanya dimainkan dalam negara mereka sahaja dan mereka merasakan merekalah penerajuk sukan sebenar.

BACA:  Dana White Akhirnya Menyerah Tak Mampu Pujuk Khabib Kembali Ke Gelanggang