Dana White Cadangkan Lawan Yang Sesuai Untuk Jake Paul

Dana White mahu mengatur perlawanan seterusnya untuk Jake Paul dan mahu mempertemukannya dengan legenda UFC, Anderson Silva.

Presiden UFC itu sebelum ini kerap terlibat dengan perdebatan hangat bersama ‘The Problem Child’ itu dan ia mungkin akan berlanjutan selepas komen terbaru yang dikeluarkan olehnya.

Youtuber yang kini menjadi petinju profesional itu telah berjaya menewaskan dua bekas petarung White, Ben Askren dan Tyron Woodley baru-baru ini.

Beliau kemudiannya telah mencabar Juara BMF UFC, Jorge Masvidal untuk menjadi lawannya selepas ini dan mahu mengajak pertarung UFC itu menyelesaikan masalah mereka di dalam gelanggang.

‘Gamebred’ sebelum ini pernah menjalani latihan bersama Paul, namun beliau baru-baru ini mendedahkan hasratnya untuk bertarung dengan Youtuber sensasi itu.

Masvidal bahkan sempat menawarkan dirinya untuk jadi pembunuh upahan Dana White dan bersedia untuk pecahkan muka petinju berusia 24 tahun itu.

Mana-mana petarung UFC yang mahu bertarung di gelanggang luar perlu mendapatkan kebenaran dari UFC dan kerana Masvidal masih dalam kontrak, maka beliau juga perlu melakukan hal yang sama.

White jelas tidak berminat dengan pertarungan yang dianjurkan oleh Paul, dan dengan rekod 3-0 yang dimiliki oleh Youtuber itu, Dana mencadangkan agar beliau berdepan dengan legenda terhebat sepanjang zaman, Anderson Silva.

Petarung dari Brazil itu ketika ini sudah berusia 46 tahun, dan beliau sudah beraksi dalam gelanggang tinju secara profesional baru-baru ini.

Silva berjaya mencatatkan kemenangan ketika bertarung dengan kedua-dua Julio Cesar Chavez Jr dan Tito Ortiz di dalam gelanggang tinju.

“Ayuh lah, Masvidal sekarang 170 pound. Dia suka pukulan 170 pound? Pergi lawan dengan seseorang yang sama ukuran. Anderson Silva sudah tiada kontrak, dia sudah berusia 46 tahun, itu golongan usia yang kamu suka untuk bertarung, dan dia sama berat dengan kamu, dan dia juga sudah menang dalam gelanggang tinju.”

“Jika kamu lihat pada sejarah Jake Paul, Jake Paul bahkan pernah bertarung dengan pemain bola keranjang, atau dia juga suka bertarung dengan orang-orang tua yang sudah lama tak bertarung.”

Jelas White kepada The Australian Daily Telegraph.

“Anderson Silva sebenarnya terlibat dengan tinju, dia ada menang beberapa perlawanan, dia sudah berusia 46 tahun dan dia mempunyai berat yang sama dengan Paul.”

“Itu lah lawan dia, baru ada otak, lawan Anderson Silva. Kamu tak perlu lawan Jorge Masvidal yang berat 170 pound dan berada di kedudukan 10 terbaik dunia. Tidak, dia bertarung di sini, dia masih dalam kontrak dengan kami. Pergi berambus bertarung dengan orang lain yang sama saiz dengan kamu. Dia baru saja bertarung dengan Tyron Woodley.”

“Tyron Woodley sudah berusia 40 tahun, sudah tiga tahun tidak memenangi apa-apa perlawanan, tak pernah tumbangkan seseorang selain dari kategori dia sejak lima tahun lalu. Orang macam itu yang Jake Paul nak lawan, dia bangga dengan perlawanan macam itu, dan bangga menang dalam perlawanan seperti itu.”

“Sekarang kamu nak lawan petarung yang ada dalam kedudukan 10 terhebat dunia, yang berat dia 170 pounds, saya rasa lebih wajar kalau dia mencabar Anderson yang tidak ada kontrak dengan sesiapa dan baru saja menang dua perlawanan tinju.”

“Situ tempat kamu. Kamu juga diterima di situ. Saya cuma tolong atur perlawanan membosankan untuk kamu selepas ini, tapi saya berani bertaruh yang hal itu tidak akan berlaku, berani bertaruh?”

Awal bulan ini, selepas kejayaan Anderson Silva menewaskan Ortiz di pusingan pertama, White menggelar Silva sebagai GOAT dalam dunia sukan tempur, dan turut menegaskan yang Paul tidak akan berani berdepan dengannya.

“Saya berani jamin satu hal, kamu tak akan pernah lihat Jake Paul mencabar Anderson Silva.”

Tambah White lagi.

“Itu saya berani janji kepada kamu. Dia sama saiz, tapi Silva sebenarnya terlalu bagus. Dia sudah berusia, yang mana itu yang Jake suka, dia suka cabar orang tua.”

“Tapi dia hanya suka lawan orang tua yang lebih kecil dan jelas sekali yang sudah lama tidak masuk gelanggang.”

Paul mempunyai pertarungan berprofil tinggi yang bakal menantinya selepas ini bertemu Tommy Fury yang sudah menolak tawaran £1 juta dari Youtuber itu.

Tommy Fury menegaskan yang nilai tersebut tak berbaloi untuk membawanya ke gelanggang bertemu dengan Jake Paul.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jake Paul Hadiahkan Poirier Rantai Berloketkan 'Sleepy McGregor' Yang Bernilai $100k