Jake Paul Tawarkan $30 Juta Untuk Chris Rock Dan Will Smith Masuk Gelanggang Tinju

Jake Paul baru-baru ini ada mengumumkan yang beliau bakal kembali ke gelanggang pada musim panas akan datang ini nanti.

Walau bagaimanapun, sepertinya akan ada celebriti yang akan turut bertanding pada hari Jake Paul kembali ke gelanggang nanti, selepas berlakunya hal sensasi di Oscar hari ini.

Sejak membuat debut profesionalnya dalam gelanggang tinju pada tahun 2020 yang lalu, Youtuber yang kini menjadi ahli tinju itu berjaya menewaskan petarung ternama seperti Ben Askren dan Tyron Woodley.

Beliau ketika ini memegang rekod 5-0 sebagai petinju profesional dan Jake Paul bakal bertemu mangsa keenam beliau pada musim panas nanti.

Beliau memuat naik status di laman twitter selepas melihat insiden yang berlaku di majlis anugerah Oscar dan Jake Paul segera melihat peluang untuk menganjurkan satu perlawanan khas di hari perlawanan beliau nanti.

Ketika mahu menyampaikan anugerah, Chris Rock ketika itu sedang membuat persembahan stand up comedy dan beliau ketika itu membuat lawak tentang isteri Will Smith.

Chris Rock dikatakan membuat lawak tentang rambut isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith yang botak dan menyamakannya dengan rambut tentera.

Rambut Jada terpaksa dibotakkan atas masalah kesihatan dan beliau sebelum ini sememangnya sering berkongsi tentang penderitaan yang beliau alami.

Dan kerana itu jugalah beliau dikatakan tak gembira hal tersebut dijadikan bahan jenaka dan reaksinya berubah ketika Chris Rock bercakap tentang hal tersebut.

Will Smith awalnya ketawa dengan lawak tersebut, namun mungkin melihat reaksi isterinya yang sudah berubah, beliau segera naik ke pentas dan menghadiahkan satu das penampar ke muka Chris Rock.

Ketika sedang mahu kembali duduk, Will Smith menjerit:

“Berhenti sebut nama isteri aku lagi.”

Orang ramai menyalahkan kedua-dua pihak dengan Chris Rock dipersalahkan kerana bergurau melebihi batas dan mempermain-mainkan penyakit seseorang.

Will Smith sementara itu dihentam kerana menunjukkan sikap tak matang ketika rancangan tersebut sedang disiarkan secara langsung di TV Nasional.

Selepas insiden tersebut, Sal Vulcano memuat naik status di laman twitter dengan menyatakan bahawa:

“Berapa banyak agaknya Jake Paul bakal tawarkan untuk perlawanan antara Chris Rock dan Will Smith untuk perlawanan tinju PPV?”

Membalas ciapan dari Sal, Paul menjawab:

“Saya ada $15 juta untuk Will Smith dan $15 juta untuk Chris Rock.”

“Mari lakukan pada Ogos nanti di undercard saya.”

Selepas mendedahkan yang beliau sudah menyiapkan $30 juta untuk perlawanan tersebut, Youtuber bermasalah itu kemudiannya mendedahkan:

“Seseorang tolong berikan saya nombor telefon wakil tinju Will Smith secepat yang mungkin.”

Smith sebelum ini pernah memainkan peranan dalam siri dokumentari Muhammad Ali dengan beliau turut pernah belajar tinju secara profesional.

Beliau jelas sekali sangat faham cara bagaimana untuk beraksi dalam gelanggang tinju sebagai seorang petinju profesional.

Pertembungan antara Will Smith dan Chris Rock merupakan pertembungan celebriti kedua yang mahu dianjurkan oleh Jake Paul.

Beliau sebelum ini turut menawarkan kepada Kanye West dan Pete Davidson untuk bertarung di bawah maincard beliau.

“Saya ada tawaran rasmi untuk Kanye West dan Pete Davidson. Saya ada $30 juta untuk setiap dari kamu, dijamin, tambahan akan ada bonus pay-per-view untuk perlawanan tinju enam pusingan.”

“Mari pastikan ia berlaku, mari selesaikan hal ini seperti seorang lelaki, sebelum kanak-kanak terkesan dengan perbuatan kamu. Mari kita selesaikan semuanya. Pastikan ia berlaku.”

Sumber: GMS

BACA:  Legenda UFC Cabar Jake Paul Bertarung Dengan Habuan $30 Juta