Masvidal Mahu Bantu White Pecahkan Muka Jake Paul

Jorge Masvidal sangat berminat untuk bertarung dengan Jake Paul dengan beliau turut mengancam mahu menyakitkan Youtuber sensasi itu.

Bercakap ketika mengemukakan cabaran ke atas Paul, Masvidal telah memberikan ancaman yang beliau akan benar-benar menyakiti petinju kontroversi itu.

Masvidal sedar yang UFC berkemungkinan tidak akan menganjurkan perlawanan yang berpotensi untuk menjadi pertarungan blockbuster itu.

Namun beliau turut berharap agar dirinya dilantik menjadi pembunuh upahan Dana White, dengan Presiden UFC itu juga dikenali sebagai individu yang tidak menggemari Jake Paul.

‘Gamebred’ turut meremehkan hubungan persahabatannya bersama Jake Paul dengan beliau menyatakan bahawa dirinya bukan sahabat kepada petinju berusia 24 tahun itu, walaupun pernah memberi nasihat kepadanya untuk menewaskan Ben Askren.

“Saya akan kalahkan semua Paul (Jake dan Logan).”

Jelasnya kepada ESPN.

“Jika mereka letak duit dalam poket saya, si Logan Paul, Jake Paul atau apa Paul pun yang ada, jika mereka letak duit dalam poket saya, sudah tentu saya akan berubah membawa karakter Disney.”

“Saya sudah bertarung dengan petarung yang dah berlatih sejak 7 ke 8 tahun yang mahu melakukan hal yang sama seperti apa yang mahu saya lakukan kepada mereka.”

“Bertarung dengan mereka (Paul) merupakan satu ganjaran tambahan.”

“Siapa s**l budak Paul ni?

Tambah Masvidal lagi.

“Dia fikir saya kawan dia kerana saya beri nasihat pada dia untuk bertarung dengan Ben Askren.”

“Pergi berambus lah dia. Dia nak kena lempang atau apa saja dia nak saya boleh bagi. Saya seorang petarung.”

“Sudah tentu dia akan terasa.”

Masvidal kemudiannya menambah lagi:

“UFC mungkin akan tolak perlawa ini, tapi tak ada yang mustahil.”

“Dana tak suka mereka dan Dana tahu saya akan pergi ke sana dan cederakan budak-budak tu. Mungkin ia seolah dia menghantar pembunuh upahan untuk bertemu budak-budak tu.”

Budak bermasalah yang dimaksudkan oleh Masvidal itu sebenarnya turut datang memberi sokongan padanya ketika aksi perlawanan beliau sebelum ini.

Petarung veteran dalam kategori Welterweight itu tewas kepada Kamaru Usman di acara UFC 261 dengan adik beradik Paul turut hadir menyaksikan pertarungannya.

Sejak kekalahan kedua beliau ditangan Juara Welterweight UFC itu, Masvidal sudah tidak kembali ke gelanggang lagi dan beliau sedang mengintai peluang untuk kembali bertarung sebelum hujung tahun ini.

Adik beradik Paul sememangnya sering mencabar bekas petarung dan petarung UFC pada hari ini untuk bertarung dengannya di dalam gelanggang tinju.

Beliau juga sering mengkritik Dana White dan turut menuduh Presiden UFC itu makan duit dan tidak membayar petarung dengan nilai yang sepatutnya.

Masvidal sedia tunggu arahan dari Dana White untuk bertarung dengan Jake Paul

Tidak dinafikan antara individu yang paling beliau impikan untuk beraksi bersama adalah Conor McGregor dengan dua beradik Paul itu tidak henti-henti menganjing dan mencabar petarung dari Ireland itu.

McGregor yang kini sedang menjalani fasa penyembuhan dari kecederaan kakinya, jelas tidak begitu berminat dengan cabaran tersebut, dengan beliau langsung tidak termakan dengan segala provokasi dari dua beradik Paul itu.

Namun begitu, tiada yang mustahil untuk berlaku, dan tidak terkejut andai satu hari McGregor bersetuju untuk masuk ke gelanggang bersama Logan atau Jake Paul.

Mungkin juga jika Dana sudah hilang sabar nanti, siapa tahu beliau akan terima tawaran dari adik beradik Paul untuk bertarung dengan petarung pilihannya. Tiada yang mustahil dalam dunia sukan seni bela diri campuran ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Acara UFC 268 Terjejas Kerana Petarung Utama Tolak Untuk Terima Vaksin