UFC 276: Adesanya Beri Tribute Kepada The Undertaker

Israel Adesanya mencipta sensasi internet hari ini selepas beliau memberikan tribute kepada legenda WWE, The Undertaker di acara UFC 276.

Adesanya menggunakan lagu tema Undertaker bersama WWE dan beliau juga turut berjalan persis seperti The Deadman itu.

Pertarungan antara Israel Adesanya dan Jared Cannonier dianggap perlawanan biasa-biasa sahaja tetapi entrance Juara Dunia itu sungguh luar biasa dasyat.

Adesanya berjalan menuju ke gelanggang di Las Vegas dengan cara yang sungguh menakjubkan dengan beliau mendapat sorakan padu dari peminat sebaik lagu Undertaker diputarkan.

Bukan hanya lagu, bahkan lampu juga turut dipadamkan ketika beliau sedang berjalan menuju ke gelanggang dengan kepulan asap turut mengiringi perjalanan beliau.

Adesanya turut memakai topi yang sering di pakai oleh legenda WWE itu dengan beliau turut membawa abu mayat berjalan menuju ke gelanggang.

Entrance yang sangat epik dari Israel Adesanya dengan para peminat menunjukkan reaksi teruja dan ramai di kalangan peminat yang tidak henti-henti menjerit keterujaan.

Bekas abu mayat tersebut turut tertulis nama Cannonier di hadapannya, dengan ia seolah-olah simbolik mahu memberitahu yang beliau akan rehatkan terus lawannya itu sebaik tamat perlawanan tersebut.

Entrance tersebut mencuri perhatian peminat seluruh dunia dengan kedua-dua penyokong UFC dan WWE hangat membincangkan tentang hal tersebut.

WWE turut menganjurkan acara Money In The Bank pada hari yang sama dan ia secara tak langsung mempromosikan kedua-dua acara tersebut.

Memandangkan acara WWE habis lebih awal, maka Vince McMahon, Stephanie McMahon, Paul Levesque (Triple H) dan Pat McAfee turut hadir menyaksikan acara UFC 276.

Entrance itu semakin epik selepas melihat nama-nama besar dalam WWE itu turut berada di arena tersebut melihat Adesanya memberikan tribute kepada The Undertaker.

Bercakap secara exclusive kepada SPORTbible pada April lalu, petarung Nigeria yang dilahirkan di New Zealand itu turut mendedahkan yang beliau sangat berhasrat mahu ke WWE satu hari nanti.

Petarung berusia 32 tahun itu turut menamakan Randy Orton sebagai idola beliau dengan Adesanya turut berhasrat mahu menjadi rakan regu The Viper itu jika diberikan kesempatan.

Randy Orton juga sebenarnya turut mempunyai pengalaman yang cukup luas bersama petarung-petarung UFC dengan beliau kini turut bergandingan bersama bekas bintang MMA, Matt Riddle.

Ia bukanlah kali pertama Israel Adesanya melakukan entrance yang epik dengan beliau ketika sebelum menjadi Juara undisputed turut pernah melakukan entrance yang epik dan dianggap yang terhebat sepanjang zaman.

Ketika acara UFC 243 bertemu Robert Whittaker, beliau ketika entrancenya Adesanya menari dan berjoget dengan penuh bersemangat sepanjang perjalanan menuju ke gelanggang.

Beliau bahkan masih turut menari di hujung pertarungan tersebut, selepas menewaskan Whittaker untuk mengubah kejuaraan interim beliau menjadi kejuaraan undisputed.

Beliau masih kekal mempertahankan kejuaraan yang sama dengan tiada seorang pun pencabar beliau yang mampu menewaskan beliau.

Menjelang pertembungan beliau bertemu Yoel Romero pada Mac 2020, kedua-dua petarung itu turut mencuri perhatian ramai ketika sesi sidang media sebelum perlawanan.

Sebaik kedua-dua mereka masuk ke gelanggang octagon, ia dianggap sebagai antara pertarungan paling teruk dalam sejarah UFC.

Israel Adesanya berjaya menewaskan Jared Cannonier untuk mempertahankan kejuaraan dunia miliknya, secara tak langsung mengukuhkan lagi rekod tanpa kalah beliau bersama UFC.

Alex Pereira dikatakan bakal menjadi lawan Israel Adesanya selepas ini dan para peminat sudah tidak sabar mahu menyaksikan pertarungan tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tumbukan KO Berputar Beneil Dariush Idea Cetusan Seorang Kanak-Kanak