Abdu Rozik Anggap Hasbulla Pengecut Kerana Pukul Curi

Hasbulla Magomedov dianggap pengecut kerana melarikan diri seperti ‘kanak-kanak perempuan’ oleh Abdu Rozik ketika kedua-dua mereka bergaduh di acara UFC 267.

Kedua-dua artis internet itu datang ke Abu Dhabi untuk menonton acara UFC 267, namun mereka dengan tiba-tiba bergaduh di situ sambil ditenangkan oleh orang-orang terdekat.

Video kedua-dua petarung mini itu bertumbuk tular di media sosial dan ramai yang sangat berminat untuk mengetahui perkembangan berkait pertarungan mereka berdua.

Walau ramai yang cuba menenangkan kedua-dua mereka, namun Hasbulla tetap berjaya untuk melepaskan satu tapakan padu di dada Abdu Rozik.

Abdu Rozik tak puas hati dan berusaha melepaskan diri dari halangan orang untuk balas pukulan Hasbulla.

Walau beliau gagal membalas pukulan tersebut, penyanyi dari Tajikistan, Abdu Rozik membawa hal ini ke media sosial untuk menyerang Hasbulla secara serangan mental.

Rozik memuat naik status di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Dia buat semuanya menjadi semakin jelas! Dia melarikan diri seperti kanak-kanak wanita. Misi selesai bro.”

Kedua-dua mereka bermula dengan saling perang mulut sebelum berlanjutan mahu bertumbuk di acara UFC 267, namun orang-orang yang ada di tempat kejadian berusaha menenangkan kedua-dua mereka yang sudah hilang kawalan.

Hasbulla dilihat berjaya melepaskan serangan ke arah Abdu Rozik dan sesekali pukulan beliau tersasar mengenai orang lain yang ada di situ.

Amir Khan memuat naik rakaman video tersebut di laman twitter sebaik tamat perlawanan yang memperlihatkan Glover Texeira menewaskan Jan Blanchowic.

Walaupun sekadar duduk di tepi gelanggang, Hasbulla dan Abdu Rozik tetap berjaya mencuri perhatian peminat, dengan insiden pergaduhan mereka.

Bahkan kisah pergaduhan mereka menjadi topik perbualan paling hangat di acara itu berbanding perlawanan-perlawanan lain yang dilangsungkan.

Agak berbaloi untuk Dana White mengundang kedua-dua mereka ke acara itu, dengan mereka cemerlang mempromosikan acara UFC 267 dengan pergaduhan mini di tepi gelanggang.

Sukar untuk menggambarkan situasi sebenar kerana kedua-dua mereka tak nampak merancang untuk cetus kontroversi, sebaliknya ia nampak seperti dendam sebenar.

Jika ada unsur marketing, ia mungkin perancangan dari wakil kedua-dua pihak dengan Abdu Rozik dan Hasbulla sendiri jelas sekali memang saling tak puas hati dan mahu bertumbuk.

Apa lagi mereka seronok menikmati kesemua perlawanan yang dilangsungkan di acara tersebut, maka semakin memuncak lah rasa ingin bertumbuk mereka sesama sendiri.

Bulan lalu, Presiden UFC, Dana White turut sempat bergurau yang beliau akan anjurkan perlawanan antara kedua-dua petarung mini itu.

Walau tidak berlaku di dalam gelanggang, namun para peminat tetap berpuas hati kerana dapat melihat ia berlaku di luar gelanggang.

Berkemungkinan isu antara kedua-dua mereka tidak akan terhenti di sini sahaja, kerana Dana White dilaporkan sangat berminat untuk menganjurkan perlawanan mereka.

Asxab Tamaev, salah seorang petarung yang pernah bekerjasama dengan Hasbulla sebelum ini, telah berkongsi tangkap layar perbualan antara beliau dan Dana White di laman instagram miliknya baru-baru ini.

Credit: Asxab Tamaev

Dana White jelas sangat berminat untuk menganjurkan pertarungan antara Abdu Rozik dan Hasbulla, dan ia sepertinya bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Hasbulla bersama rakan-rakannya berada di Abu Dhabi untuk memberi sokongan kepada Islam Makachev yang beraksi bertemu Dan Hooker.

Makachev berjaya menewaskan Hooker dan beliau membawa masuk semua rakan-rakannya termasuk Khabib Nurmagomedov dan Hasbulla ke dalam gelanggang.

Khabib Nurmagomedov dilihat mendukung Hasbulla di atas gelanggang sambil kedua-dua mereka membuat aksi comel ketika dirakam kamera.

Sumber: SPORTbible

BACA:  UFC: Khabib Mahu 'Bertinju' Dengan Floyd Mayweather