Video: Bukti Rozik Yang ‘Bakar’ Hasbulla Terlebih Dahulu Sebelum Berlaku Pergaduhan Di UFC 267

Para peminat sukan MMA tentunya akan ingat situasi yang berlaku ketika acara UFC 267 yang mana berlakunya pergaduhan antara Abdu Rozik dan Hasbulla Magomedov.

Terbaru, telah tular satu video yang membuktikan bahawa Hasbulla bukan individu yang memulakan pergaduhan tersebut, sebaliknya beliau hanya terbakar dengan cabaran dari Rozik.

Abdu Rozik dilihat berkali-kali buat isyarat ‘throat-slitting’ (ibu jari tarik potong leher) seperti Undertaker dan menunjukkan ke arah Hasbulla yang ketika itu berada di hadapannya.

Penyanyi bertubuh mini dari Tajikistan itu dikatakan kini berusia 18 tahun berada bersama kem Dan Hooker ketika aksi pertarungan bertemu Islam Makachev pada bulan lalu.

Petarung mini terhebat dunia, Hasbulla turut hadir menonton acara yang dilangsungkan di Abu Dhabi itu dengan beliau berada bersama kem Islam Makachev.

Kedua-dua Hasbulla dan Rozik dikatakan bakal beraksi dalam pertarungan yang dianggap terhebat di abad ini, terutama selepas insiden panas melibatkan mereka di acara UFC 267.

Hasbulla yang dilaporkan kini berusia 18 tahun itu berjaya melepaskan sepakan padu tepat ke dada Rozik ketika kedua-dua mereka bergumpal di luar gelanggang.

Rozik cari pasal terlebih dahulu

Pada awalnya ramai yang menganggap Hasbulla merupakan individu bertanggungjawab yang menjadi punca pergaduhan itu tercetus.

Walau bagaimanapun, rakaman terbaru yang tular ketika ini menunjukkan sebaliknya, dengan Rozik yang menganjing dan membakar emosi Hasbulla.

Hasbulla ketika itu sedang merakam video beliau sedang berada di luar gelanggang, sementara seteru utamanya itu pula dilihat menganjing beliau dari belakang.

Petarung mini dari Rusia itu kemudian berpaling melihat Rozik dengan penyanyi dari Tajikistan itu tidak henti-henti terus menganjing Hasbulla.

Selepas kena tapak di bahagian dada, Abdu Rozik memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan mengatakan yang Hasbulla pengecut.

Beliau turut menggunakan kata keramat Khabib Nurmagomedov dengan menyatakan:

“Hantar lokasi kepada saya”

Jelas Rozik kepada Hasbulla.

Rozik anggap Hasbulla pengecut macam kanak-kanak perempuan

Hasbulla Magomedov dianggap pengecut kerana melarikan diri seperti ‘kanak-kanak perempuan’ oleh Abdu Rozik ketika kedua-dua mereka bergaduh di acara UFC 267.

Kedua-dua artis internet itu datang ke Abu Dhabi untuk menonton acara UFC 267, namun mereka dengan tiba-tiba bergaduh di situ hingga terpaksa ditenangkan oleh orang-orang terdekat.

Video kedua-dua petarung mini itu bertumbuk tular di media sosial dan ramai yang sangat berminat untuk mengetahui perkembangan berkait pertarungan mereka berdua.

Walau ramai yang cuba menenangkan kedua-dua mereka, namun Hasbulla tetap berjaya untuk melepaskan satu tapakan padu di dada Abdu Rozik.

Abdu Rozik tak puas hati dan berusaha melepaskan diri dari halangan orang untuk balas pukulan Hasbulla.

Walau beliau gagal membalas pukulan tersebut, penyanyi dari Tajikistan, Abdu Rozik membawa hal ini ke media sosial untuk menyerang Hasbulla secara serangan mental.

Rozik memuat naik status di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Dia buat semuanya menjadi semakin jelas! Dia melarikan diri seperti kanak-kanak wanita. Misi selesai bro.”

Kedua-dua mereka bermula dengan saling perang mulut sebelum berlanjutan mahu bertumbuk di acara UFC 267, namun orang-orang yang ada di tempat kejadian berusaha menenangkan kedua-dua mereka yang sudah hilang kawalan.

Hasbulla dilihat berjaya melepaskan serangan ke arah Abdu Rozik dan sesekali pukulan beliau tersasar mengenai orang lain yang ada di situ.

Amir Khan memuat naik rakaman video tersebut di laman twitter sebaik tamat perlawanan yang memperlihatkan Glover Texeira menewaskan Jan Blanchowic.

Walaupun sekadar duduk di tepi gelanggang, Hasbulla dan Abdu Rozik tetap berjaya mencuri perhatian peminat, dengan insiden pergaduhan mereka.

Bahkan kisah pergaduhan mereka menjadi topik perbualan paling hangat di acara itu berbanding perlawanan-perlawanan lain yang dilangsungkan.

Agak berbaloi untuk Dana White mengundang kedua-dua mereka ke acara itu, dengan mereka cemerlang mempromosikan acara UFC 267 dengan pergaduhan mini di tepi gelanggang.

Sukar untuk menggambarkan situasi sebenar kerana kedua-dua mereka tak nampak merancang untuk cetus kontroversi, sebaliknya ia nampak seperti dendam sebenar.

Jika ada unsur marketing, ia mungkin perancangan dari wakil kedua-dua pihak dengan Abdu Rozik dan Hasbulla sendiri jelas sekali memang saling tak puas hati dan mahu bertumbuk.

Apa lagi mereka seronok menikmati kesemua perlawanan yang dilangsungkan di acara tersebut, maka semakin memuncak lah rasa ingin bertumbuk mereka sesama sendiri.

Dua bulan lalu, Presiden UFC, Dana White turut sempat bergurau yang beliau akan anjurkan perlawanan antara kedua-dua petarung mini itu.

Walau tidak berlaku di dalam gelanggang, namun para peminat tetap berpuas hati kerana dapat melihat ia berlaku di luar gelanggang.

Berkemungkinan isu antara kedua-dua mereka tidak akan terhenti di sini sahaja, kerana Dana White dilaporkan sangat berminat untuk menganjurkan perlawanan mereka.

Asxab Tamaev, salah seorang petarung yang pernah bekerjasama dengan Hasbulla sebelum ini, telah berkongsi tangkap layar perbualan antara beliau dan Dana White di laman instagram miliknya baru-baru ini.

Dana White jelas sangat berminat untuk menganjurkan pertarungan antara Abdu Rozik dan Hasbulla, dan ia sepertinya bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Dana White kini sedar pertarungan itu tidak akan berlaku

Ketika ramai yang sudah tidak sabar mahu melihat kedua-dua petarung mini itu beraksi di atas gelanggang, Dana White tampil menjelaskan yang pertarungan itu sepertinya tidak akan berlaku.

Walaupun Presiden UFC itu sudah berjumpa dengan Hasbulla, namun beliau menegaskan yang beliau sepertinya tidak akan mungkin dapat anjurkan pertarungan tersebut di UFC.

Hal ini kerana ayah kepada Hasbulla sebenarnya seorang yang sangat protective dan tidak akan pernah membenarkan anaknya disakiti.

Maka beliau secara tidak langsung tidak berminat untuk melepaskan Hasbulla masuk dalam gelanggang untuk bertarung dengan Abdu Rozik.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jawapan Hasbulla Ketika Dianggap Kurang Upaya Buat Ramai Peminat Beremosi