Joe Rogan Mahu Bawa Hasbulla Magomedov Ke Las Vegas

Legenda UFC, Joe Rogan mengakui yang sangat menakjubkan untuk melihat bagaimana Hasbulla Magomedov menjadi begitu tular di media sosial.

Hasbulla yang ketika ini berusia 18 tahun itu merupakan petarung mini paling terkenal di muka bumi ketika ini.

Wajahnya sentiasa menghiasi ruang muka buku, TikTok, Instagram dan pelbagai lagi platform media sosial yang ada.

Bintang yang dilahirkan di Dagestan dan turut dikenali sebagai Mini Khabib itu mencuri perhatian media ketika beliau terlibat dengan pergaduhan hangat dengan Abdul Rozik.

Bakal Juara UFC

Rozik merupakan penyanyi dari Tajikistan dan beliau merupakan pemegang rekod sebagai penyanyi paling kecil walaupun sudah berusia 17 tahun.

Rozik mendakwa beliau memiliki berat 38lbs dan mempunyai ketinggian 1m. Beliau mempunyai masalah pertumbuhan ekoran dari masalah ‘rickets’ dan keluarganya tidak mampu untuk memberikan rawatan kerana masalah ekonomi.

Sementara Hasbulla pula mempunyai masalah kekurangan hormon pertumbuhan, namun suaranya yang lantang dan berpenampilan seperti kanak-kanak membuatkan ramai yang suka untuk menontonnya di media sosial.

Popularity Mini Khabib di sosial media bahkan telah menarik perhatian Joe Rogan, yang mendakwa setiap kali beliau membuka Instagram, beliau tentu akan melihat video pendek dari Hasbulla.

Bercakap ketika temu bual dalam podcast The Joe Rogan Experience, Rogan telah menjelaskan bahawa:

“Dia ada di mana-mana wei. Mereka semua telah melakukan kerja yang sangat sempurna dengan dia, saya perlu memuji usaha mereka.”

“Mini Khabib. Tidak kira siapa yang uruskan dia, orang itu sudah melakukan kerja yang sungguh luar biasa menakjubkan. Kerana dia sudah berusia 18 tahun bukan? Dia ada di mana-mana.”

Pengacara UFC yang ketika ini berusia 53 tahun kemudian turut menambah:

“Ia sangat menakjubkan untuk melihat bagaimana lajunya mereka mengembangkan budak tu di platform media sosial.”

“Ia seolah hanya dengan satu video terus dapat curi perhatian dan ia tidak begitu lama dahulu, dan dengan tiba-tiba dia dapat naik dengan sangat mendadak atas sokongan orang dibelakangnya, saya nampak dia di mana-mana. Setiap kali saya buka instagram, saya nampak video pendek dari dia.”

Hasbulla baru-baru ini turut cuba menganjing bintang sensasi UFC, Conor McGregor dengan menganggap bintang Ireland itu akan menjadi mangsanya selepas Abdul Rozik.

Bintang mega TikTok dan Instagram itu menegaskan yang beliau mahu menghukum McGregor kerana merasakan petarung dari Ireland itu bercakap terlalu banyak.

Bekas petarung UFC, Henry Cejudo juga mendedahkan yang Hasbulla pernah menghantar pesanan padanya untuk bertanya bagaimana beliau mahu bertarung di Las Vegas.

Hasbulla mahu cabar McGregor kerana petarung Ireland itu terlalu banyak cakap

Lebih mengejutkan lagi, Youtuber sensasi, Logan Paul turut memuji Hasbulla dengan menganggap Mini Khabib itu sebagai petarung terhebat yang pernah dilahirkan di dunia ini.

Menurut Hasbulla Magomedov, beliau pada awalnya hanya memuat naik video di Tiktok untuk tujuan hiburan sahaja, Namun beliau terkejut kerana ramai orang yang melihat dan menyukai video tersebut.

Beliau juga berasa sangat teruja kerana ramai yang mula mengenali beliau dan boleh dikatakan ke mana sahaja beliau pergi, tentu akan ada orang yang mengenalinya.

Walaupun ramai peminat yang gembira dan terhibur dengan video-video dari Mini Khabib itu, namun beliau telah mendedahkan yang beliau tidak akan meneruskan rutinnya itu kerana beliau mempunyai cita-citanya yang harus dikejar.

Jangan terkejut kerana ada peminat yang berfikir bahawa Hasbulla Magomedov merupakan anak kepada Khabib Nurmagomedov.

Ramai yang percaya Mini Khabib itu sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan Khabib Nurmagomedov.

Hakikatnya mereka berdua sama sekali tiada kaitan, walau bagaimanapun kedua-dua mereka kini mempunyai hubungan yang baik dan sudah menjadi sahabat.

Khabib Nurmagomedov pernah memuat naik video Hasbulla Magomedov di laman Instagram miliknya ketika mereka berdua bertemu sebelum ini.

Video Mini Khabib dan Nurmagomedov makan malam bersama sebelum ini juga tular di media sosial dengan kedua-dua mereka turut meluangkan masa untuk bergambar dengan para peminat.

Selepas bertemu Khabib dan ditambah pula Joe Rogan kini sudah berminat untuk bertemunya, tidak mustahil untuk peminat melihat Hasbulla Magomedov akan muncul di atas gelanggang UFC selepas ini.

Siapa tahu beliau dan Abdul Rozik akan bertarung di acara Pay Per View UFC dan mungkin Hasbulla akan berpeluang untuk bertarung dengan McGregor yang kini boleh berdiri dengan sebelah kaki sahaja.

Sumber: SPORTbible

Khabib Time

The Face Of The Fight Game

BACA:  Abdu Rozik Anggap Hasbulla Pengecut Kerana Pukul Curi