Khabib Ramal Hasbulla Akan Tewaskan Cejudo Seandainya Mereka Bertarung

Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov bergurau menganggap bintang sensasi TikTok, Hasbulla Magomedov akan menewaskan Henry Cejudo seandainya mereka berdua dipertemukan.

Cejudo telah bersara dari dunia sukan MMA pada tahun 2020 yang lalu, dengan beliau sebelum ini pernah mendakwa bahawa Hasbulla sering menghantar mesej padanya untuk mengajak beliau bertarung.

Hasbulla yang turut dikenali sebagai Mini Khabib, telah mencetuskan sensasi di laman Instagram dan TikTok dengan menunjukkan kemampuan beliau untuk bertarung.

Penampilannya yang comel seperti seorang kanak-kanak riang dan suaranya yang menakjubkan menjadikan beliau sebagai tokoh paling diminati di media sosial.

Bintang dari Dagestan yang ketika ini berusia 18 tahun itu bahkan turut pernah mencabar Conor McGregor untuk bertarung dengannya.

Khabib yang ketika ini berusia 32 tahun telah membuat penampilan di ‘Hotboxin’ with Mike Tyson’ bersama Cejudo, dan pengurus MMA, Ali Abdelaziz dan Iron Mike.

Walaupun episod temu bual tersebut masih belum disiarkan di atas talian, post-show rancangan tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian peminat.

Ketika Khabib sedang bersedia untuk bergambar bersama Tyson, salah seorang wartawan ESNEWS telah bertanya pada legenda UFC itu, ‘siapa akan menang jika perlawanan antara Cejudo dan Hasbulla jadi kenyataan’.

The Eagle tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan tersebut dengan beliau terus menyatakan Mini Khabib akan berjaya untuk belasah Cejudo dalam perlawanan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari Khabib, bekas petarung itu bersama Abdelaziz terus ketawa besar dan sangat terhibur dengan usikan dari petarung Rusia itu.

“Hasbulla akan membelasah lelaki ini.”

“Perlawanan antara Cejudo dan Hasbulla akan menjadi pertarungan yang sangat dasyat.”

“Saya sudah tak sabar untuk menonton perlawanan debut rasmi Hasbulla, saya yakin dia akan cipta fenomena sendiri.”

“Saya berharap Mike akan mengundang Hasbulla ke podcast ini nanti.”

“Hasbulla berada di tahap yang berbeza, Cejudo seharusnya fikir masak-masak sebelum memutuskan untuk berada dalam gelanggang bersama dia.”

“Saya bersependapat dengan Khabib, Hasbulla dengan mudah akan tewaskan Cejudo.”

Legenda UFC, Joe Rogan turut mengakui yang beliau sangat kagum dengan cara bagaimana Hasbulla mula mencipta nama di media sosial.

Beliau memberi pujian sepenuhnya pada individu-individu yang berusaha menaikkan nama Hasbulla dan menganggap mereka sudah melakukan kerja yang sempurna.

“Sangat menakjubkan untuk melihat betapa cepatnya mereka naikkan nama dia.”

Cejudo turut menyatakan yang Mini Khabib mempunyai segalanya yang diperlukan untuk menjadi seorang bintang terkenal di dunia.

Legenda berusia 34 tahun itu menjelaskan bahawa:

“Saya boleh lihat Hasbulla menjadi public figure yang sungguh berjaya dan terkenal di seluruh dunia.”

“Jika Hasbulla memainkan peranan dia dengan betul, dia boleh menjadi salah seorang tokoh paling terkenal di dunia kerana mustahil untuk melihat akan ada orang yang tak suka dia.”

Hasbulla bersama petarung kegemaran beliau, Khabib Nurmagomedov

“Budak ini dia ada…. Saya tahu tahu syndrome tu, tapi dia sudah berusia 18 ke 19 tahun, tapi dia nampak macam baru berusia 5 ke 6 tahun.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Khabib Dedah Pukulan Siapa Paling Padu Pernah Beliau Rasa Ketika Kariernya Bersama UFC