Hasbulla Hentam Persembahan Ronaldo Hanya Kerana Bengang Melihatnya Bergambar Bersama Abdu Rozik

Petarung paling digeruni di dunia, Hasbulla menyatakan yang beliau sebenarnya lebih terkenal berbanding Cristiano Ronaldo.

Dalam satu temu bual terbarunya, Hasbulla memilih untuk mencari pasal dengan pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu.

​Hasbulla dipanggil untuk temu bual bersama Barstool Sports dengan beliau ketika temu bual itu telah bercakap tentang pemain terhebat sepanjang zaman Manchester United itu.

​Beliau menghentam cara permainan Cristiano Ronaldo dan turut mendedahkan yang dirinya mempunyai nama lebih besar berbanding bintang kebangsaan Portugal itu.

“Saya tak begitu peduli tentang Ronaldo. Saya lebih terkenal berbanding dia.”

Jelas Hasbulla.

“Satu-satunya hal yang dia buat dalam sesebuah perlawanan adalah melakukan hantaran sekitar bola.”

Alasan utama mengapa Hasbulla bengang dan menghentam Cristiano Ronaldo adalah kerana beliau terlihat gambar bintang United itu bersama musuh ketatnya, Abdu Rozik.

Abdu Rozik pada beberapa minggu lalu telah memuat naik gambar beliau sedang bersama dengan bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu.

Pertarungan antara Hasbulla menentang Abdu Rozik sebenarnya dah lama dalam perancangan, namun ia tak pernah berlaku kerana keluarga kedua-dua mereka tak bersetuju.

Selepas melihat musuh tradisinya itu meluangkan masa bersama Ronaldo, Hasbulla jadi hilang sabar dan kerana itulah beliau memilih untuk menyerang bintang Portugal itu.

Selepas teruk Ronaldo dihentam oleh beliau, Hasbulla selepas ini mungkin perlu berfikir sendiri apa yang harus beliau jawab pada Khabib Nurmagomedov.

Petarung terhebat sepanjang zaman itu merupakan idola dan sahabat kepada Hasbulla dengan beliau juga turut mempunyai hubungan yang sangat akrab bersama bintang United itu.

Hasbulla bukan hanya dianggap sebagai adik Khabib Nurmagomedov, dengan beliau bahkan turut digelar ‘mini Khabib’ atas keberanian dan keyakinan yang beliau persembahkan.

Ketika acara UFC 267 di Abu Dhabi pada tahun lalu, Khabib Nurmagomedov dilihat membawa Hasbulla untuk naik ke gelanggang bersama beliau dengan beliau turut mendukung artis mini itu.

Memandangkan Khabib sebelum ini telah memberikan pujian menggunung kepada Cristiano Ronaldo, maka jelas sekali beliau tidak akan gembira dengan komen dari Hasbulla itu.

“Dia sudah berusia 37 tahun, ini bukan usia terbaik dia tapi dari segi bagaimana dia bermain, saya rasa dia beri kesan positif kepada seluruh pasukan. Tenaga dia, pengalaman dia dan nasihat dia.”

Jelas bekas petarung UFC itu tentang Cristiano Ronaldo.

“Mereka ada skuad yang sangat bagus, kuat dan pemain muda. Tahun hadapan saya rasa mereka akan lakukan sesuatu yang lebih hebat, sekarang terlalu ramai pemain baru jadi mereka masih belum serasi.”

“Saya rasa tahun hadapan, Manchester United akan memberi masalah kepada semua kelab. Saya akan bercakap dengan dia.”

Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov sememangnya bersahabat baik dengan pemain terhebat sepanjang zaman itu turut memberitahu bekas bintang UFC itu tentang kepulangan semula beliau ke Old Trafford.

Mereka berdua bahkan turut sering berkongsi masalah dan turut saling bertukar cerita tentang kehidupan masing-masing.

Ronaldo juga jelas sekali tidak akan mengambil hati dengan kritikan dari Hasbulla kerana beliau tahu punca utama dirinya dikritik adalah kerana adanya watak Abdu Rozik.

Semua sahabat Abdu Rozik dianggap musuh oleh Hasbulla dan kerana itulah ramai peminat yang bersungguh-sungguh mahu melihat kedua-dua petarung mini itu bertarung di gelanggang UFC.

Bukan Cristiano Ronaldo yang sebenarnya menjadi sasaran Hasbulla, dan jelas sekali siapa sahaja yang mendekati Abdu Rozik sudah tentu akan berdepan nasib yang sama.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Teruja Melihat Kemampuan Hasbulla Bertarung Dengan Salim