Peminat Teruja Melihat Kemampuan Hasbulla Bertarung Dengan Salim

Bintang sensasi TikTok dan Instagram, Hasbulla Magomedov telah menunjukkan kemampuan dan kebolehan beliau untuk menumbangkan lawannya.

Beliau cemerlang menunjukkan aksi kemuncak dalam persembahannya ketika menumbangkan lawannya seterusnya menggunakan gerakan submission dalam satu perlawanan di pusat latihannya.

Petarung handalan dari Dagestan itu mungkin dilihat tidak begitu mengerikan ekoran dari kecomelan suaranya dan penampilannya yang seakan kanak-kanak riang.

Namun itu hanyalah masalah berkait hormon pertumbuhan beliau, hakikatnya Hasbulla tetap mempunyai semangat dan kemampuan yang patut dikagumi.

View this post on Instagram

A post shared by 19 years (@hasbulla_)

Hasbulla sebenarnya sudah berusia 18 tahun dan popularity Mini Khabib ketika ini sedang mencanak naik selepas hampir kesemua videonya menjadi tular di media sosial.

Bintang TikTok yang berasal dari Makhachkala, Rusia itu telah mempamerkan gerakan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beliau bertarung dengan lawannya dalam satu pertarungan persahabatan.

Hasbulla menunjukkan aura Khabib Nurmagomedov yang ada dalam dirinya dengan mengunci kaki Salim dan memaksa lawannya itu untuk bertarung di lantai.

Ia jelas merupakan gerakan yang sering digunakan oleh Khabib ketika menjatuhkan lawannya dan semua tahu petarung dari Dagestan itu sungguh dominan andai bertarung di lantai.

Mini Khabib kemudiannya memanjat belakang lawannya itu dan terus melakukan gerakkan submission, Chokehold sambil menanti lawannya itu tap-out.

Gerakan yang sangat sempurna dengan teknik yang sungguh menakjubkan. Beliau benar-benar menunjukkan aksi hebatnya dan membuktikan yang dirinya bukan sekadar sembang.

Hasbulla terima kekalahannya dengan hati terbuka

Salim dilihat berdepan dengan kesukaran sewaktu beliau berusaha untuk melepaskan diri dari kuncian Hasbulla.

Namun petarung yang dilahirkan di Makhachkala itu semakin kuat mengunci leher lawannya itu, sambil mengukuhkan Chokehold yang beliau kenakan ke atas Salim.

Jurulatih Hasbulla yang menjadi pengadil dalam perlawanan itu terpaksa masuk campur selepas melihat bagaimana kuatnya kuncian dari petarung Mini itu.

Mini Khabib akhirnya melepaskan Salim untuk mengakhiri perlawanan tersebut dan mujur saja beliau mempunyai sikap timbang rasa untuk melepaskan lawannya itu walau Salim masih belum tap-out.

Dibawah merupakan video pertarungan antara Hasbulla Magomedov bertemu dengan Salim.

Apa yang mengejutkan, pengadil telah memberikan kemenangan kepada Salim dan ia jelas merupakan satu keputusan yang agak kontroversi.

Tindakan Hasbulla menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan berlapang dada sangat dipuji dengan beliau tidak membantah keputusan tidak adil dari pengadil perlawanan itu.

Para peminat di media sosial yang melihat pertarungan tersebut berasa teruja dan kagum dengan kemampuan dan kehebatan Hasbulla.

“Hasbulla sangat buas, melihat cara dia mengunci lawannya memang betul mengingatkan saya pada Khabib.”

“Dia MONSTER sebenar, adakah dia juga berlatih dengan beruang?”

“Terkejut beruk saya melihat cara dia menjatuh dan mengunci lawannya itu. Hasbulla jelas merupakan bintang masa depan.”

Joe Rogan Mahu Bawa Hasbulla Ke Las Vegas

Legenda UFC, Joe Rogan mengakui yang sangat menakjubkan untuk melihat bagaimana Hasbulla Magomedov menjadi begitu tular di media sosial.

Hasbulla yang ketika ini berusia 18 tahun itu merupakan petarung mini paling terkenal di muka bumi ketika ini.

Wajahnya sentiasa menghiasi ruang muka buku, TikTok, Instagram dan pelbagai lagi platform media sosial yang ada.

Bintang yang dilahirkan di Makhachkala dan turut dikenali sebagai Mini Khabib itu mencuri perhatian media ketika beliau terlibat dengan pergaduhan hangat dengan Abdul Rozik.

Rozik merupakan penyanyi dari Tajikistan dan beliau merupakan pemegang rekod sebagai penyanyi paling kecil walaupun sudah berusia 17 tahun.

Rozik mendakwa beliau memiliki berat 38lbs dan mempunyai ketinggian 1m. Beliau mempunyai masalah pertumbuhan ekoran dari masalah ‘rickets’ dan keluarganya tidak mampu untuk memberikan rawatan kerana masalah ekonomi.

Sementara Hasbulla pula mempunyai masalah kekurangan hormon pertumbuhan, namun suaranya yang lantang dan berpenampilan seperti kanak-kanak membuatkan ramai yang suka untuk menontonnya di media sosial.

Popularity Mini Khabib di sosial media bahkan telah menarik perhatian Joe Rogan, yang mendakwa setiap kali beliau membuka Instagram, beliau tentu akan melihat video pendek dari Hasbulla.

View this post on Instagram

A post shared by Хасбулла Магомедов 18 year’s (@hasbulla.magomedov)

Bercakap ketika temu bual dalam podcast The Joe Rogan Experience, Rogan telah menjelaskan bahawa:

“Dia ada di mana-mana wei. Mereka semua telah melakukan kerja yang sangat sempurna dengan dia, saya perlu memuji usaha mereka.”

“Mini Khabib. Tidak kira siapa yang uruskan dia, orang itu sudah melakukan kerja yang sungguh luar biasa menakjubkan. Kerana dia sudah berusia 18 tahun bukan? Dia ada di mana-mana.”

Pengacara UFC yang ketika ini berusia 53 tahun kemudian turut menambah:

“Ia sangat menakjubkan untuk melihat bagaimana lajunya mereka mengembangkan budak tu di platform media sosial.”

“Ia seolah hanya dengan satu video terus dapat curi perhatian dan ia tidak begitu lama dahulu, dan dengan tiba-tiba dia dapat naik dengan sangat mendadak atas sokongan orang dibelakangnya, saya nampak dia di mana-mana. Setiap kali saya buka instagram, saya nampak video pendek dari dia.”

Hasbulla baru-baru ini turut cuba menganjing bintang sensasi UFC, Conor McGregor dengan menganggap bintang Ireland itu akan menjadi mangsanya selepas Abdul Rozik.

Bintang mega TikTok dan Instagram itu menegaskan yang beliau mahu menghukum McGregor kerana merasakan petarung dari Ireland itu bercakap terlalu banyak.

Bekas petarung UFC, Henry Cejudo juga mendedahkan yang Hasbulla pernah menghantar pesanan padanya untuk bertanya bagaimana beliau mahu bertarung di Las Vegas.

Sumber: SB

Joe Rogan

BACA:  Abdu Rozik Anggap Hasbulla Pengecut Kerana Pukul Curi