Jawapan Hasbulla Ketika Dianggap Kurang Upaya Buat Ramai Peminat Beremosi

Para peminat terharu dan sedih mendengar jawapan dari Hasbulla Magomedov ketika ditanya adakah beliau tergolong dalam kategori orang kurang upaya.

Hasbulla pada ketika ini sudah berusia 18 tahun dan beliau juga merupakan petarung mini serta bintang media sosial yang paling terkenal di muka bumi pada ketika ini.

Wajahnya sentiasa menghiasi ruang muka buku, TikTok, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi platform media sosial yang ada.

Bintang yang dilahirkan di Dagestan dan turut dikenali sebagai Mini Khabib itu mencuri perhatian media ketika beliau terlibat dengan pergaduhan hangat dengan Abdul Rozik.

Rozik merupakan penyanyi dari Tajikistan dan beliau merupakan pemegang rekod sebagai penyanyi paling kecil walaupun sudah berusia 17 tahun.

Rozik mendakwa beliau memiliki berat 38lbs dan mempunyai ketinggian 1m. Beliau mempunyai masalah pertumbuhan ekoran dari masalah โ€˜ricketsโ€™ dan keluarganya tidak mampu untuk memberikan rawatan kerana masalah ekonomi.

Sementara Hasbulla pula mempunyai masalah kekurangan hormon pertumbuhan, namun suaranya yang lantang dan berpenampilan seperti kanak-kanak membuatkan ramai yang suka untuk menontonnya di media sosial.

Menurut Hasbulla Magomedov, beliau pada awalnya hanya memuat naik video di Tiktok untuk tujuan hiburan sahaja, Namun beliau terkejut kerana ramai orang yang melihat dan menyukai video tersebut.

Beliau juga berasa sangat teruja kerana ramai yang mula mengenali beliau dan boleh dikatakan ke mana sahaja beliau pergi, tentu akan ada orang yang mengenalinya.

Walaupun ramai peminat yang gembira dan terhibur dengan video-video dari Mini Khabib itu, namun beliau telah mendedahkan yang beliau tidak akan meneruskan rutinnya itu kerana beliau mempunyai cita-citanya yang harus dikejar.

Jangan terkejut kerana ada peminat yang berfikir bahawa Hasbulla Magomedov merupakan anak kepada Khabib Nurmagomedov.

Ramai yang percaya Mini Khabib itu sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan Khabib Nurmagomedov.

Hakikatnya mereka berdua sama sekali tiada kaitan, walau bagaimanapun kedua-dua mereka kini mempunyai hubungan yang baik dan sudah menjadi sahabat.

Khabib Nurmagomedov pernah memuat naik video Hasbulla Magomedov di laman Instagram miliknya ketika mereka berdua bertemu sebelum ini.

Video Mini Khabib dan Nurmagomedov makan malam bersama sebelum ini juga tular di media sosial dengan kedua-dua mereka turut meluangkan masa untuk bergambar dengan para peminat.

Antara komen yang paling kerap diajukan kepadanya adalah tentang keadaan fizikalnya dan ramai yang bertanya adakah ia dianggap kurang upaya atau tidak.

Hasbulla baru-baru ini menjawab persoalan tersebut dengan beliau menyatakan bahawa:

โ€œSaya tak boleh kata saya kurang upaya, saya boleh bercakap, saya faham semuanya sama seperti kamu, saya ada kaki ada tangan, saya ada segalanya sama seperti kamu semua.โ€

โ€œSaya boleh menikmati kehidupan saya.โ€

Jawapan dari Hasbulla itu membuatkan ramai yang terharu dan sedih melihat semangat dan cara bagaimana beliau bersyukur tentang segalanya.

Hasbulla menunjukkan yang beliau sebenarnya bersyukur dengan apa adanya beliau dan tidak mahu menganggap kekurangan itu sebagai satu halangan untuk beliau menjadi manusia biasa.

Satu hal yang patut dikagumi dan Hasbulla berhak dipuji atas kemuliaan hati serta jawapan bijak yang cukup menyentuh hati itu.

Walau isu antara beliau dengan Abdu Rozik sudah lama, namun mereka berdua sebenarnya masih berperang dan masih tetap merancang untuk masuk ke gelanggang bersama.

Baru-baru ini, kedua-dua mereka dilihat bergaduh di tepi gelanggang, ketika hadir menyaksikan acara UFC 267 di Qatar.

Kisah sebenar pergaduhan Hasbulla dan Abdu Rozik di acara UFC 267

Para peminat sukan MMA tentunya akan ingat situasi yang berlaku ketika acara UFC 267 yang mana berlakunya pergaduhan antara Abdu Rozik dan Hasbulla Magomedov.

Terbaru, telah tular satu video yang membuktikan bahawa Hasbulla bukan individu yang memulakan pergaduhan tersebut, sebaliknya beliau hanya terbakar dengan cabaran dari Rozik.

Abdu Rozik dilihat berkali-kali buat isyarat โ€˜throat-slittingโ€™ (ibu jari tarik potong leher) seperti Undertaker dan menunjukkan ke arah Hasbulla yang ketika itu berada di hadapannya.

Penyanyi bertubuh mini dari Tajikistan itu dikatakan kini berusia 18 tahun berada bersama kem Dan Hooker ketika aksi pertarungan bertemu Islam Makachev pada bulan lalu.

Petarung mini terhebat dunia, Hasbulla turut hadir menonton acara yang dilangsungkan di Abu Dhabi itu dengan beliau berada bersama kem Islam Makachev.

Kedua-dua Hasbulla dan Rozik dikatakan bakal beraksi dalam pertarungan yang dianggap terhebat di abad ini, terutama selepas insiden panas melibatkan mereka di acara UFC 267.

Hasbulla yang dilaporkan kini berusia 18 tahun itu berjaya melepaskan sepakan padu tepat ke dada Rozik ketika kedua-dua mereka bergumpal di luar gelanggang.

Rozik cari pasal terlebih dahulu

Pada awalnya ramai yang menganggap Hasbulla merupakan individu bertanggungjawab yang menjadi punca pergaduhan itu tercetus.

Walau bagaimanapun, rakaman terbaru yang tular ketika ini menunjukkan sebaliknya, dengan Rozik yang menganjing dan membakar emosi Hasbulla.

Hasbulla ketika itu sedang merakam video beliau sedang berada di luar gelanggang, sementara seteru utamanya itu pula dilihat menganjing beliau dari belakang.

Petarung mini dari Rusia itu kemudian berpaling melihat Rozik dengan penyanyi dari Tajikistan itu tidak henti-henti terus menganjing Hasbulla.

Selepas kena tapak di bahagian dada, Abdu Rozik memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan mengatakan yang Hasbulla pengecut.

Beliau turut menggunakan kata keramat Khabib Nurmagomedov dengan menyatakan:

โ€œHantar lokasi kepada sayaโ€

Jelas Rozik kepada Hasbulla.

Rozik anggap Hasbulla pengecut macam kanak-kanak perempuan

Hasbulla Magomedov dianggap pengecut kerana melarikan diri seperti โ€˜kanak-kanak perempuanโ€™ oleh Abdu Rozik ketika kedua-dua mereka bergaduh di acara UFC 267.

Kedua-dua artis internet itu datang ke Abu Dhabi untuk menonton acara UFC 267, namun mereka dengan tiba-tiba bergaduh di situ hingga terpaksa ditenangkan oleh orang-orang terdekat.

Video kedua-dua petarung mini itu bertumbuk tular di media sosial dan ramai yang sangat berminat untuk mengetahui perkembangan berkait pertarungan mereka berdua.

Walau ramai yang cuba menenangkan kedua-dua mereka, namun Hasbulla tetap berjaya untuk melepaskan satu tapakan padu di dada Abdu Rozik.

Abdu Rozik tak puas hati dan berusaha melepaskan diri dari halangan orang untuk balas pukulan Hasbulla.

Walau beliau gagal membalas pukulan tersebut, penyanyi dari Tajikistan, Abdu Rozik membawa hal ini ke media sosial untuk menyerang Hasbulla secara serangan mental.

Rozik memuat naik status di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

โ€œDia buat semuanya menjadi semakin jelas! Dia melarikan diri seperti kanak-kanak wanita. Misi selesai bro.โ€

Kedua-dua mereka bermula dengan saling perang mulut sebelum berlanjutan mahu bertumbuk di acara UFC 267, namun orang-orang yang ada di tempat kejadian berusaha menenangkan kedua-dua mereka yang sudah hilang kawalan.

Hasbulla dilihat berjaya melepaskan serangan ke arah Abdu Rozik dan sesekali pukulan beliau tersasar mengenai orang lain yang ada di situ.

Amir Khan memuat naik rakaman video tersebut di laman twitter sebaik tamat perlawanan yang memperlihatkan Glover Texeira menewaskan Jan Blanchowic.

Walaupun sekadar duduk di tepi gelanggang, Hasbulla dan Abdu Rozik tetap berjaya mencuri perhatian peminat, dengan insiden pergaduhan mereka.

Bahkan kisah pergaduhan mereka menjadi topik perbualan paling hangat di acara itu berbanding perlawanan-perlawanan lain yang dilangsungkan.

Agak berbaloi untuk Dana White mengundang kedua-dua mereka ke acara itu, dengan mereka cemerlang mempromosikan acara UFC 267 dengan pergaduhan mini di tepi gelanggang.

Sukar untuk menggambarkan situasi sebenar kerana kedua-dua mereka tak nampak merancang untuk cetus kontroversi, sebaliknya ia nampak seperti dendam sebenar.

Jika ada unsur marketing, ia mungkin perancangan dari wakil kedua-dua pihak dengan Abdu Rozik dan Hasbulla sendiri jelas sekali memang saling tak puas hati dan mahu bertumbuk.

Apa lagi mereka seronok menikmati kesemua perlawanan yang dilangsungkan di acara tersebut, maka semakin memuncak lah rasa ingin bertumbuk mereka sesama sendiri.

Dua bulan lalu, Presiden UFC, Dana White turut sempat bergurau yang beliau akan anjurkan perlawanan antara kedua-dua petarung mini itu.

Walau tidak berlaku di dalam gelanggang, namun para peminat tetap berpuas hati kerana dapat melihat ia berlaku di luar gelanggang.

Berkemungkinan isu antara kedua-dua mereka tidak akan terhenti di sini sahaja, kerana Dana White dilaporkan sangat berminat untuk menganjurkan perlawanan mereka.

Asxab Tamaev, salah seorang petarung yang pernah bekerjasama dengan Hasbulla sebelum ini, telah berkongsi tangkap layar perbualan antara beliau dan Dana White di laman instagram miliknya baru-baru ini.

Dana White jelas sangat berminat untuk menganjurkan pertarungan antara Abdu Rozik dan Hasbulla, dan ia sepertinya bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Dana White kini sedar pertarungan itu tidak akan berlaku

Ketika ramai yang sudah tidak sabar mahu melihat kedua-dua petarung mini itu beraksi di atas gelanggang, Dana White tampil menjelaskan yang pertarungan itu sepertinya tidak akan berlaku.

Walaupun Presiden UFC itu sudah berjumpa dengan Hasbulla, namun beliau menegaskan yang beliau sepertinya tidak akan mungkin dapat anjurkan pertarungan tersebut di UFC.

Hal ini kerana ayah kepada Hasbulla sebenarnya seorang yang sangat protective dan tidak akan pernah membenarkan anaknya disakiti.

Maka beliau secara tidak langsung tidak berminat untuk melepaskan Hasbulla masuk dalam gelanggang untuk bertarung dengan Abdu Rozik.

Sumber: Twitter

BACA:ย  Khabib Ramal Hasbulla Akan Tewaskan Cejudo Seandainya Mereka Bertarung