Khabib Anggap Gadis Gelanggang Sebenarnya Tak Berguna Dalam Sukan MMA

Khabib Nurmagomedov mendedahkan yang UFC Octagon Girls sebenarnya merupakan orang yang langsung tak sepatutnya ada dalam dunia sukan MMA.

Gadis gelanggang dalam dunia sukan MMA atau tinju sudah wujud sejak berzaman-zaman lamanya, namun kewujudan mereka kini sering dipertikaikan oleh ramai pihak.

Segelintir peminat mengkritik idea untuk menggunakan gadis cantik dan seksi yang berjalan keliling gelanggang sambil membawa cardboard itu merupakan idea kuno dan sudah ketinggalan zaman.

Walau bagaimanapun, masih tetap ada peminat yang suka dan selesa dengan hal tersebut dan menganggap ia sebagai penyeri dalam dunia sukan MMA.

Tidak kira apa alasannya, suka atau tidak, apa yang pasti, gadis gelanggang sudah mencetuskan perbalahan yang agak besar di kalangan peminat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Legenda terhebat sepanjang zaman UFC, yang juga bekas Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov merupakan salah seorang individu yang langsung tidak suka dengan kewujudan gadis gelanggang.

Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini, legenda UFC itu menyatakan bahawa:

“Lihat, saya tidak mahu menyerang sesiapa. Gadis gelanggang sebenarnya orang-orang yang langsung tak diperlukan dalam sukan seni bela diri campuran.”

“Apa fungsi mereka? Saya ada soalan: boleh kamu paparkan setiap pusingan itu di skrin besar sahaja?”

“Saya rasa mereka merupakan orang yang langsung tak diperlukan dalam sukan MMA. Apa fungsi diorang? Bagaimana?”

“Adakah mereka kembangkan sukan ini? Atau adakah mereka membantu orang untuk lihat yang ini pusingan kedua sekarang? Apa yang mereka buat? Tolong beritahu saya.”

Khabib sememangnya dikenali sebagai seorang yang patuh pada tuntutan agama, dan beliau sememangnya lantang dalam menyuarakan apa saja yang beliau rasa tidak sesuai.

Beliau mengumumkan persaraannya dari dunia UFC pada tahun 2020, selepas mengakhiri karier yang sungguh menakjubkan dalam dunia sukan bela diri campuran ini.

Khabib memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah dan beliau bersara ketika masih menyandang kejuaraan lightweight dunia UFC.

Petarung dari Dagestan itu memulakan karier profesionalnya pada tahun 2008 yang lalu, jadi sepanjang 12 tahun di UFC, beliau tentunya sudah kenal begitu ramai gadis gelanggang.

Walau bagaimanapun, ketika salah seorang wartawan bertanya padanya tentang tradisi wanita seksi dalam dunia sukan tempur, Khabib tetap tegas dengan pendiriannya yang gadis gelanggang tidak berguna dalam sukan MMA.

“Saya sedar yang semua itu sejarah. Sejarah sendiri banyak silapnya. Kita baca sejarah untuk elak dari melakukan kesilapan yang pernah berlaku di masa hadapan.”

“Jika kita lihat sejarah, ia jelas menunjukkan yang mereka (gadis gelanggang) tak berguna. Itu pendapat peribadi saya.”

“Dana White mungkin suka, mungkin kamu juga suka. Tapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib.”

“Sebagai contoh, saya duduk dengan ayah saya, setiap orang ada pendapat dan pandangan dia sendiri, budaya dan nilai. Saya datang untuk bertarung, dan saya duduk dengan ayah saya dan mereka lalu lalang untuk beritahu tentang pusingan ke berapa sedang berlangsung.”

“Tapi tak ada orang tengok papan tu. Saya rasa tak selesa dengan ayah saya.”

“Jika kamu mahu kamu boleh lakukannya. Tapi jangan tunjukkan dia depan saya. Buat dekat tepi. Ada tempat khusus untuk itu.”

“Saya rasa kita tak perlu gabungkan semua isu. Saya ada pendapat peribadi. Kita berkembang untuk sukan ini, itu yang paling penting.”

Sebenarnya gadis gelanggang ni perlu ke tidak? Cuba bincangkan dekat komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Khabib Dedah Pada Iron Mike Tentang Betapa Jahatnya McGregor