Jake Paul Dedah Beliau Bersahabat Baik Dengan Salah Seorang Bintang Real Madrid

Jake Paul telah mendedahkan tentang persahabatan antara beliau dengan salah seorang bintang Real Madrid, Vinicius Jr.

Beliau mendedahkan yang dirinya bersahabat dengan Vinicius Jr dan kedua-dua mereka saling menyokong satu sama lain.

Paul selepas ini akan meneruskan karier boxingnya dengan bakal bertemu bekas Juara Welterweight Dunia UFC, Tyron Woodley pada 29 Ogos ini.

Youtuber sensasi itu bakal berdepan dengan lawan yang paling sukar dalam kariernya selepas beliau sebelum ini berjaya menewaskan Nate Robinson, AnesonGi dan Bek Askren.

Jake Paul sememangnya sering mencetuskan kontroversi dalam dunia sukan MMA dan beliau juga terkenal dengan mulutnya yang jahat.

Jake Paul baru-baru ini mendedahkan yang beliau merupakan peminat setia Vinicius Jr, namun begitu, beliau turut mengakui yang dirinya tidak begitu berminat dengan dunia bola sepak.

Beliau akan selalu mengikuti perkembangan pemain Brazil itu, walau langsung tidak faham dengan dunia sukan bola sepak.

Beliau mendedahkan kepada talkSPORT bahawa:

“Saya langsung tak minat dengan sukan bola sepak. Saya kebiasaannya hanya akan mengikuti perkembangan para pemain sahaja, selain itu saya tak tahu.”

“Vinicius Jr, dia sahabat saya. Kami berdua saling menyokong satu sama lain. Dia sering mesej saya setiap kali saya berjaya tewaskan seseorang. Dia sentiasa menyokong saya.”

Petinju berusia 24 tahun itu ketika ini tampil mendedahkan tentang calon petinju yang akan bertarung dengannya selepas ini.

Beliau memilih Tommy Fury yang akan beraksi bertemu Anthony Taylor selepas ini sebagai calon lawannya di masa hadapan.

Bercakap tentang Fury, beliau mendedahkan:

“Jujur saya katakan yang saya orang pertama mengatur petarungan mereka berdua.”

“Saya nampak dia sebagai calon untuk menjadi lawan saya selepas ini.”

“Walau bagaimanapun, dia harus melepasi rakan sparring saya, Anthony Taylor terlebih dahulu, saya rasa dia mungkin memandang rendah pada kemampuan Anthony.”

“Dan saya secara peribadi berfikir Anthony akan berjaya menewaskan Tommy dan akan mengejutkan peminat seluruh dunia.”

“Tapi saya mahu melihat jika Tommy akan berjaya buat yang terbaik, tunjukkan kemampuan sebenar dia.”

“Kerana dia kata dia nak bertarung dengan saya, dia kata dia mahu terlibat dalam pertarungan mega dan mahu terlibat dengan pasaran US.”

“Sekarang masa untuk dia bersinar, mari lihat apa kesudahannya.”

Sumber: Infinite Madrid

BACA:  Jake Paul Hadiahkan Poirier Rantai Berloketkan 'Sleepy McGregor' Yang Bernilai $100k