Jack Paul Bakal Berdepan Hukuman Penjara 12 Bulan

Jake Paul bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 12 bulan, selepas beliau dirakam mencuri di sebuah mall ketika kekecohan berkait kematian George Floyd tahun lalu.

Youtuber yang kini merupakan petinju profesional itu telah menafikan yang beliau terlibat dengan rusuhan di Arizona mall pada tahun lalu, walaupun ada rakaman yang menunjukkan beliau berada di tempat kejadian.

TMZ melaporkan yang pihak wajib telah membuka semula pertuduhan ke agas Paul selepas Polis Persekutuan menggugurkan pertuduhan pertama.

Laporan tersebut turut mencadangkan kes tersebut mungkin tidak boleh diteruskan memandangkan pihak berkuasa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh youtuber berusia 24 tahun itu.

Paul memang dilihat berada di mall tersebut, namun tiada bukti yang menunjukkan beliau merupakan punca yang merosakkan segala harta benda di situ.

Orang-orang disekitarnya yang telah merosakkan gerai-gerai, memecahkan cermin tingkap dengan beliau ketika itu dilihat hanya merakam sahaja semua insiden tersebut.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk menafikan yang dirinya ada terlibat dalam vandalisma dengan menyatakan:

“Untuk memberi penjelasan yang sangat jelas, tidak kira saya atau sesiapa sahaja dalam kumpulan saya terlibat dengan pencurian atau vandalisma.”

“Untuk maklumat, kami menghabiskan satu hari ketika itu hanya mengikuti bantahan aman ke atas salah satu penindasan paling teruk pernah berlaku dalam negara ini, dan kami membuat rakaman untuk merakam segalanya yang berlaku di Arizona pada ketika itu.”

“Kami kena gas pemedih mata dan berjalan kaki. Kami rakam semua yang kami nampak dalam usaha untuk berkongsi pengalaman kami dan memberi perhatian pada kemarahan mereka yang membuak-buak sepanjang perjalanan kami, kami hanya mendokumentarikan detik itu, bukan terlibat.”

“Saya tidak menyokong keganasan, pencurian, atau melanggar undang-undang, walau bagaimanapun, saya faham kemarahan dan kekecewaan mereka, dan itu bukan jawapannya, ia sangat penting untuk biar semua orang nampak dan memikirkan bagaimana untuk terus maju dengan cara lebih baik.”

“Kami semua berusaha melakukan yang terbaik kami mampu lakukan untuk membantu dan memberi kesedaran, ini bukan masanya untuk menyerang sesama sendiri, ini masa untuk bersama dan berubah.”

Sejak dari peristiwa itu, Paul telah masuk ke dunia sukan tinju profesional dan beliau ketika ini memegang rekod 3 kemenangan tanpa kalah.

Beliau berjaya menewaskan Nate Robinson ketika hari pertarungan antara Mike Tyson bertemu Roy Jones Jr dan kemudian beliau berjaya menewaskan bekas bintang UFC, Ben Askren pada April lalu.

Paul akan kembali ke gelanggang tinju pada 29 Ogos ini dengan beliau akan bertemu dengan seorang lagi bintang UFC, Tyron Woodley.

Sumber: SB

BACA:  Jake Paul Hadiahkan Poirier Rantai Berloketkan 'Sleepy McGregor' Yang Bernilai $100k