Darwin Nunez Jaring Gol Pertama Di Anfield Dengan Sundulan Menakjubkan

nunez anfield

Pemain harapan dan masa depan Liverpool, Darwin ‘Andy Carrol 2.0’ Nunez akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama digelanggang keramat Anfield melalui satu sundulan tajam dan amat menakjubkan.

Pemain Uruguay itu telah didapatkan dengan bayaran rekod perpindahan kelab £85 juta daripada Benfica tetapi selepas beraksi dalam perlawanan Perisai Komuniti Nunez telah bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana , maka hadirlah tekanan yang semakin meningkat.

Dia menjaringkan gol dalam perlawanan di tempat lawan menentang Fulham dan Arsenal tetapi detik paling ketara diingati di Anfield ialah layangan kad merah kerana menanduk pemain Crystal Palace, Joachim Andersen pada permulaan pertamanya di Anfield.

Kerana itu, Nunez telah digantung untuk tiga perlawanan dan situasi penggantungan ini memberi impak kepada Nunez untuk beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool.

Permainan tidak konsisten dan huru-hara Liverpool sejak awal musim menambah tekanan kepada Nunez yang diberikan harapan tinggi sekurang-kurangnya mampu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Sadio Mane.

Dengan tanda harga melangit dan prestasi tidak sehebat Andy Carrol pasti mengundang kritikan dan kutukan, pastinya ramain mengharapkan lebih banyak yang mampu Nunez sumbangkan.

Peminat Liverpool telah berbelah bahagi dengan aksi Nunez setakat ini, ada melabel sebagai tidak guna dan ramai yang mahu Nunez terus diberikan ruang dan peluang bersandarkan slogan ‘trust the process’.

Dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Nunez seperti mula mendapatkan rentak dan keserasian mula ada serta tidak mengecewakan apabila diturunkan oleh Jurgen Klopp.

Bekas pemain Almeria telah mempamerkan kegarangan dari awal permainan ketika perlawanan menentang West Ham United dengan melakukan beberapa percubaan bahaya yang diselamatkan oleh Lukasz Fabianski.

Namun akhir Darwin ‘Andy Carrol 2.0’ Nunez akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama digelanggang keramat Anfield melalui satu sundulan tajam dan meletakkan The Reds mendahului 1-0 pada minit ke-22 dengan tandukan menakjubkan.

Kostas Tsimikas mencipta satu hantaran lintang yang lazat dari sayap kiri dan Nunez yang sedia tinggi menjulang lagi tinggi untuk menanduk bola melepasi Lukasz Fabianski.

Jelas kelihatan Nunez sangat gembira dengan golnya itu dan berpusing-pusing dalam keraiannya sebelum melakukan luncuran lutut.

Satu permainan dan sikap positif dari Nunez yang bukan sahaja mampu menyatukan sokong yang berbelah bahagi kepadanya malah mungkin mampu mengemudi Liverpool kembali ke pangkal jalan yang benar dan tidak lagi tersesat ke pangkal rahim.

Tidak lama berselang selepas gol pertama, Darwin Nunez sekali hampir menggandakan kedudukan tetapi sekali lagi dinafikan Lukasz Fabianski.

Agak menjadi permainan Darwin Nunez dalam perlawanan ini dengan deretan peluang yang dinafikan termasuklah yang terbaik pada minit ke-40.

Dengan kawalan bola yang kemas, Nunez telah melepaskan rembatan yang cukup sempurna dan semuanya telah tertewas tetapi tiang hadir menghalang.

Dipenghujung seapruh masa pertama, Joseph Gomez telah melakukan kekasaran yang bahaya ke atas Jarrod Bowen yang terus mengundang sepakan penalti dari pengadil.

Pada awalnya tiada penalti dari kekasaran itu dari pengadil namun campur tangan VAR telah mengubah keputusan.

Jarrod Bowen tampil untuk membazirkan sepakan apabila sepakannya ke kiri dengan tepat dibaca Alisson Becker untuk boleh itu diselamatkan.

VAR cuba memberi peluang kedua kepada West Ham United apabila meneliti semula samada Alisson Becker keluar dari garisan lebih awal atau tidak.

Tiada kecurangan dari Alisson Becker semuanya menepati syarat sah penalti. Sekali lagi Alisson mempamerkan aksi heroik berkelas dunia.

Diseparuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus menekan West Ham untuk gol tambahan namun tidak kunjung tiba dan satu gol sudah cukup untuk Liverpool meraih tiga mata berharga lagi.

BACA:  Video: Rangkuman Aksi Dungu Darwin Nunez Bersama Benfica Dan Uruguay