Kerana Darwin Nunez, Liverpool Terpaksa Bayar RM21.26 Juta

Kerana Darwin Nunez, Liverpool terpaksa bayar RM21.26 Juta atau £4 juta kepada Benfica yang merupakan bayaran bonus pertama seperti yang termaktub dalam perjanjian pembelian mega itu.

Darwin Nunez menandatangani kontrak dengan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas dalam perjanjian yang boleh meningkat kepada rekod kelab bernilai £85 juta.

Penyerang itu mempunyai permulaan yang perlahan dalam karier Liverpoolnya dan dibuang padang ketika menentang Crystal Palace hanya dalam perlawanan kedua Liga Perdana musim ini.

Nunez tidak berpuas hati dengan pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen yang nyata melekat rapat menyaksikan Nunez meletup lalu koyak dan ditanduknya Joachim Andersen.

Tandukan yang mengingatkan ramai kepada insiden tandukan Zinedine Zidane ke atas Marco Materazzi.

Penggantungan tiga perlawanan memperlahankan lagi proses penyesuaian diri Darwin Nunez bersama Liverpool yang selama ini beraksi tanpa penyerang tulen.

Tetapi pemain berusia 23 tahun itu telah menunjukkan sekilas potensinya, setelah menjaringkan gol menentang Arsenal dan Rangers dalam Liga Juara-Juara.

Nunez bermula dari kesebelasa utama ketika Liverpool menewaskan Rangers 7-1 dan menjaringkan gol ketiga dengan penuh bergaya.

Menurut laporan dari laman sesawang dari Portugal, A Bola dengan beraksinya Nunez di Ibrox telah mengaktifkan syarat pembayaran bonus pertama kepada Benfica.

A Bola juga mendakwa bahawa hanya £65 juta daripada yuran perpindahan bernilai £85 juta telah dibayar sebagai pendahuluan.

Selebihnya yuran perpindahan akan datang melalui pelbagai syarat yag berlandasakan kepada prestasi dan bonus berkaitan pasukan.

Dan bonus pertama telah diaktifkan pada hari Rabu berikutan permulaannya menentang Rangers.

Liverpool berhutang RM21.26 Juta atau £4 juta kepada Benfica hasil daripada penampilan Nunez yang ke-10 bersama Liverpool untuk musim ini.

Bayaran tambahan sebanyak £8.5 juta juga akan menyusul dan diaktifkan secara automatik apabila Nunez mencapai 60 penampilan untuk Liverpool.

Namun bayaran kedua hanya akan hadir pada musim hadapan mana mungkin Nunez akan bermain 60 perlawanan untuk musim ini.

Jurgen Klopp telah menggesa semua pihak bersabar dan kekal tenang terhadap pembelian berprofil tinggi musim panas Darwin Nunez dan mendakwa pemain Uruguay itu ‘masih menyesuaikan diri’ dengan kehidupan di Liverpool.

Bagaimanapun, Jurgen Klopp kelihatan langsung tidak terganggu dengan situasi Nunez. Klopp mempertahankan pemain itu di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat.

Dari awal musim lagi Nunez telah dilabel sebagai Andy Carrol 2.0 kerana prestasi tidak setara dengan tanda harganya.

“Pemain kami sentiasa perlu menyesuaikan diri. Pemain baru datang dan semua orang bercakap mengenai mereka dan mahu mereka bersinar sesegera mungkin.”

“Situasi ini terjadi dari semasa ke semasa dan kadangkala tidak dan sudah pastilah kami mahu dia bersinar dengan kadar segera tetapi kami tetap tenang.”

Jurgen Klopp juga telah mendedahkan, dia, Pep Ljinders dan Nunez telah mengadakan perbincangan hati ke hati bagi mengetahui isi hati masing-masing.

Dalam banyak perkara dibincangkan, yang amat penting bagi Klopp adalah, Nunez tidak perlu bimbang dan gusar dengan permulaan perlahan kehidupannya di England.

“Kami telah mengadakan perbincangan yang panjang bersama Pep Ljinders kerana bahasa Sepanyol atau Portugis aku tidaklah begitu bagus.”

“Kami perlu bersabar dengan Darwin Nunez, dia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Adalah amat penting dalam situasi kami bahawa dia tidak bimbang.”

“Dan Darwin Nunez sendiri tidak kelihatan seperti dia bimbang. Sudah pasti dia dia sedang menyesuaikan diri.”

Persembahan yang ditunjukkan Darwin Nunez jika dikira permulaan perlahan kerana penggantungan tidaklah buruk dan menjadikan situasi ini nampak buruk adalah kerana tanda harganya yang terlampau tinggi.

Dengan harga yang sebegitu tinggi maka persembahan Nunez setakat ini boleh dianggap masih tidak setimpal.

BACA:  Manchester United Terlepas Untuk Dapatkan Darwin Nunez Kerana Boss Besar Benfica Keracunan Makanan