Darwin Nunez Menjadi Bahan Jenaka Domino Pizza Kerana Aksi Dungu

Darwin Nunez telah menjadi bahan jenaka Domino Pizza yang tanpa belas kasihan telah menjadikan pemain penyerang Liverpool itu sebagai content di media sosial mereka.

Jurgen Klopp menyuruh Darwin Nunez supaya bertenang dan bagi menyedapkan hati telah membandingkan dengan Robert Lewandoski di musim pertamanya bersama Borussia Dortmund pada 2010.

Aksi dungu Darwin Nunez ini seperti mendekatkan dirinya untuk menjadi Andy Carrol 2.0 yang lebih berpotensi besar untuk terjadi krtika ini berbanding menjadi Lewandowski.

Setakat ini tiada pemain yang terlepas peluang besar sebanyak Darwin Nunez yang telah merekodkan sebanyak 15 kali diikuti oleh rakan sepasukannya Mohamed Salah 12 kali.

Statistik ini boleh memberi jawapan kepada kesenduan Liverpool musim ini di mana mesin gol mereka sejak 5 musim yang lalu juga turut berjangkit dengan penyakit Nunez.

Nunez mempunyai peluang yang baik untuk menjaringkan gol selepas menggelecek penjaga gol tetapi rembatannya disekat oleh Ben Mee, dia terus membuat beberapa siri keputusan yang buruk apabila berada di kedudukan yang baik untuk menjaringkan gol.

Untuk memburukkan lagi malamnya, rangkaian restoran piza Domino’s secara kejam mengejek pemain Liverpool itu di Twitter. Mereka membuat ciapan dengan gambar Nunez dan kapsyen yang berbunyi:

“Maaf jika kami terlepas sebarang pesanan malam ini, kami baru sahaja lantik lelaki ini berkerja.”

Semasa perlawanan itu, pengulas Sky Sports Jamie Carragher dan Gary Neville kedua-duanya bersetuju bahawa Nunez mempunyai kualiti untuk menjadi penyerang kelas atas.

Bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa proses membuat keputusan dan penyudahnya perlu diperbaiki secara drastik jika dia mahu menjadikan dirinya sebagai pemain utama Liverpool.

Darwin Nunez tidaklah seteruk seperti hari ini ketika tiba dari Benfica dan seperti mundur kebelakang perkembangannya serta gagal belajar dipentas tertinggi bola sepak iaitu Piala Dunia.

Tahap keyakinan Nunez kini dilihat sangat teruk lantaran itulah kenapa dia bergelut dan tidak mampu membuat keputusan dan menjejaskan sentuhan penyudahnya.

Darwin Nunez, 23, menyertai Liverpool dari Benfica pada musim panas ini dengan perpindahan bernilai £85m tetapi setakat ini masih bergelut ditambah pula dengan kad merah di awal musim dan prestasi semasa Liverpool juga melambatkan proses adaptasi Nunez.

Terma yang dipersetujui ini termasuklah klausa tambahan £12.8 juta berdasarkan penampilan dalam perlawanan dan £8.5 juta lagi akan diaktifkan dengan kejayaan yang diraih.

Dari awal musim lagi Nunez telah dilabel sebagai Andy Carrol 2.0 kerana prestasi tidak setara dengan tanda harganya yang merupakan pemain termahal yang pernah dibeli dalam sejarah kewujudan Liverpool

Bintang muda itu muncul dalam kempen 2021/22, menjaringkan 34 gol dalam 41 penampilan dalam semua pertandingan untuk Benfica, termasuk enam dalam Liga Juara-Juara.

BACA:  Darwin Nunez Raja Tiang Gol Baharu Selepas Pecah Rekod Premier League Berusia 20 Tahun