Darwin Nunez Koyak Teruk Lalu Menanduk Lawan Untuk Kad Merah

Darwin Nunez telah memastikan perlawanan pertamanya di Anfield akan terus diingati apabila telah meraih kad merah selepas menanduk pemain lawan kerana mentalnya koyak dengan teruk sekali.

Dari awal lagi Nunez tidak berpuas hati dengan pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen yang nyata menjadi benteng agak kebal buat Liverpool.

Dan akhirnya pada minit ke-57 menyaksikan Nunez meletup lalu koyak dan ditanduknya Joachim Andersen, tandukan yang mengingatkan ramai kepada insiden tandukan Zinedine Zidane ke atas Marco Materazzi.

Tindakan Nunez ini hanya mengundang kad merah dan tiada pilihan lain lagi buat pengadil perlawanan.

Selepas meraih kad merah, Nunez masih tidak berpuas hati dan mengamuk lalu tantrum di padang sebelum meninggalkan padang.

Pembelian Nunez adalah sebagai pengganti kepada Sadio Mane yang memilih Bundesliga atau lebih tepatnya, Bayern Munich sebagai pasukan baharunya.

Sebelum perlawanan Jurgen Klopp menjadi sasaran soalan media kerana membariskan Darwin Nunez buat pertama kalinya di kesebelasan utama.

Tiada pilihan lain buat Klopp selain menurunkan Nunez sebagai satu-satu penyerang yang cergas lantaran kecederaan yang dialami Roberto Firmino.

Sebelum perlawanan Jurgen Klopp telah menyatakan bahawa dia tiada pilihan penyerang lain selain Nunez.

β€œKerana kami tidak mempunyai penyerang lain…”

Tindakan bodoh Nunez ini telah menambah pening Kloop kerana tiada lagi penyerang yang tersisa dengan penggantungan tiga perlawanan menanti.

Darwin Nunez menjadi pemain kedua Liverpool yang mengutip kad merah dalam penampilan pertama di Anfiel (Home debut) selepas Joe Cole melakukannya ketika menentang Arsenal pada Ogos 2010.

Jurgen Klopp juga bersetuju dengan keputusan pengadil perlawanan, Paul Tierney melayangkan kad merah kepada Nunez dan akan membincangkan isu ini esok.

β€œSaya tidak nafikan itu adalah kad merah, saya akan biarkan dia (Darwin Nunez) bersendirian malam ini dan akan bercakap dengannya esok.”

Liverpool Hanya Mampu Seri

Pasukan bakal juara semua piala musim ini, Liverpool telah memulakan kempen Premier League mereka musim 2022/23 dengan langkah sumbang apabila sekadar seri pada perlawanan pertama menentang Fulham.

Crystal Palace menanti Liverpool yang dicanang hebat dan tidak terkalahkan walaupun sekadar menamatkan Premier League musim lalu ditempat kedua mereka mendabik dada seolah-olah merekalah juara.

Kemenangan yang dicari namun seri jua ditemui Liverpool dalam perlawanan kedua menentang Crystal Palace ditambah buruk dengan layangan kad merah kepada Darwin Nunez.

Pemain penyerang tinggi lampai dengan nilai harga amat tinggi juga dicanang sebagai penyerang terhebat di alam semesta itu koyak teruk dan telah menanduk pemain lawan.

Garang Liverpool menekan sejak wisel dimulakan dan hampir mendahului sejurus selepas bermula namun rembatan dari kaki lemah milik James Milner melangit tinggi ke gawang terbuka.

Liverpool terus mencuba dan mencuba untuk mencari gol pendahuluan namun tidak kunjung tiba malahan dihukum dengan jaringan pembukaan Wilfred Zaha pada minit ke-32.

Darwin Nunez yang mempamerkan aksi yang boleh diharapkan ketika seri menentang Fulham bermula dari kesebelasan utama dan telah mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan dipenghujung babak pertama.

Pada awalnya Nunez bermain agak baik sebelum menjadi semakin merudum berkadaran dengan masa permainan.

Peluang Darwin Nunez hadir melalui satu voli yang sangat meliar perginya di mana bola jauh melewati palang dan peluang kedua juga turut dibazirkan.

Cubaan Darwin Nunez untuk melakukan percubaan tersasar atau miscue dan telah disebut-sebut sebagai satu percubaan yang pelik dari pemain bernilai tinggi seperti itu.

Kemuncak kepada aksi buruk Nunez pada minit ke-57 apabila Darwin Nunez berjaya mengutip kad merah pertamanya bersama Liverpool.

Gol yang diharap dari Nunez, tapi kad merah pula yang datang.

Kerana koyak teruk dan gagal mengawal emosi, Nunez telah menanduk muka kacak Joachim Andersen dan tiada pilihan lain buat pengadil perlawanan, Paul Tierney melainkan melayangkan kad merah.

Ini bermakna penggantungan tiga perlawanan menanti Darwin Nunez. Jarang-jarang pemain Jurgen Klopp mendapat kad merah.

Selepas empat minit bermain 10 pemain, Liverpool berjaya menyamakan kedudukan melalui Luis Diaz dengan satu larian yang disusuli dengan rembatan dari jarak 20 ela.

Cantik, indah dan padu percubaan Diaz itu dan tidak ada seorang pun penjaga gol dalam dunia ini mampu menyelamatkan percubaan itu.

Ketiadaan Nunez langsung seperti tidak memberi impak kepada Liverpool dan bermain lebih baik tanpa pemain penyerang itu dengan serangan menggila.

Luis Diaz teramat padu dalam perlawanan ini samada bersama bola atau tanpa bola, di mana-mana saja Diaz berada. Diaz = 2-3 orang pemain.

Wilfred Zaha hampir menghukum Liverpool dengan gol kedua melalui hantaran silang Cheick Oumar Docoure tetapi percubaan Zaha tersasar.

Liverpool terus menekan Crystal Palace sehingga ke detik terakhir lima minit masa kecederaan bagi mencari gol kemenangan yang tidak kunjung tiba.

Skuad Jurgen Klopp menguasai perlawanan dengan melakukan 24 percubaan berbanding Palace hanya 7 percubaan sahaja tapi cukup untuk berkongsi mata.

Setakat ini Liverpool masih lagi mencari rentak mereka dengan kehadiran pemain baru dan juga himpunan pemain yang cedera memberi kesukaran untuk mengubah corak permainan dengan drastik.

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) : Alisson; Alexander-Arnold, Phillips, van Dijk, Robertson; Elliott, Fabinho, Milner; Salah, Nunez, Diaz.
Pemain Simpanan : Adrian, Gomez, Tsimikas, Bajcetic, van den Berg, Keita, Henderson, Carvalho, Clark.

Kesebelasan Utama Crystal Palace (5-4-1) : Guaita; Clyne, Ward, Andersen, Guehi, Mitchell; Ayew, Doucoure, Schlupp, Eze; Zaha.
Pemain Simpanan : Johnstone, Richards, Milivojevic, Olise, Hughes, Ebiowei, Plange, Mateta, Edouard.

Pengadil perlawanan : Paul Tierney.

BACA:Β  Uruguay 2 Brazil 0 Je: Amukkan Nunez! Lakukan Gol Tandukan Mentadak Dan Assist