Donny Van de Beek membuat pengumuman di laman media sosial miliknya yang menyatakan bahawa beliau bersama isterinya dijangka akan menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Bekas pemain kebangsaan Belanda, Andy van der Meyde kemudiannya meninggalkan komen yang mencuri perhatian peminat seluruh dunia dengan meminta de Beek menamakan anaknya Ole Gunnar.
Van de Beek memuat naik gambar beliau bersama isterinya, Estelle yang juga anak kepada legenda Arsenal, Dennis Bergkamp di laman Instagram miliknya untuk memberitahu 2.4 juta pengikutnya yang isterinya sedang mengandung.
“Bahagia untuk umumkan yang kami akan menimang cahaya mata.”
Van de Beek yang bergelut untuk mendapatkan minit permainan sepanjang kariernya bersama Manchester United itu telah menerima ucapan tahniah dari rakan sepasukannya seperti, Jesse Lingard, Marcus Rashford, Anthony Martial dan ramai lagi.
Bekas bintang Everton dan Netherlands, Andy van der Meyde turut memutuskan untuk meninggalkan komen pada muat naik de Beek.
Beliau mencadangkan kepada de Beek agar manamakan anaknya Ole Gunnar dengan meninggalkan komen yang menyatakan:
“Ole Gunnar? (Emoji ketawa dan hati)”
Cocote van der Meyde 🤣 pic.twitter.com/ammdYvV0VI
— R (@envurp) November 4, 2021
Komen beliau itu mencuri perhatian peminat dan ramai yang terhibur dengan cadangan dari legenda Belanda itu yang menyuruh de Beek memberi nama anaknya sempena nama pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer.
Kasar juga gurauan orang Belanda ni ya.
Semua orang sedia maklum yang Ole Gunnar Solskjaer sememangnya sering dikritik teruk kerana menzalimi karier Van de Beek.
Beliau dianggap sebagai individu yang sengaja mahu merosakkan karier pemain muda Belanda itu, dengan tidak memberi minit permainan kepada bekas bintang Ajax itu.
Selain peminat, media Belanda sendiri turut sering mengecam dan mengkritik cara bagaimana Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan Van de Beek, hingga calon pemenang Ballon d’or 2019 itu terpaksa diketepikan dari skuad kebangsaan kerana kekurangan minit permainan.
Donny van de Beek and Estelle Bergkamp announced the news they were expecting their first child today 👶
Van der Meyde said what we were all thinking and his reply has gone viral… 😅🤣https://t.co/lD1A5kBotl
— SPORTbible (@sportbible) November 4, 2021
Beliau turut dilaporkan cuba mempermain-mainkan karier de Beek dengan menggagalkan perpindahan pemain midfield itu pada musim panas lalu.
Solskjaer pada ketika itu berjanji yang de Beek berada dalam perancangan beliau, namun sebaik kempen musim ini bermula, beliau masih tidak menggunakan khidmat bintang Netherlands itu.
Beliau walau bagaimanapun baru-baru ini telah memberi kesempatan kepada pemain midfield itu untuk beraksi dalam saingan Champions League bertemu Atalanta.
Selepas tamat perlawanan, Solskjaer telah memberikan pujian menggunung kepada Sancho dan Van de Beek atas impak mereka di atas padang selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.
“Saya rasa kualiti yang mereka ada boleh beri impak.”
Man Utd star Van de Beek trolled by ex-Everton ace Andy Van der Meyde over baby announcementhttps://t.co/5DfRHwmW1Y
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) November 4, 2021
“Jadon sangat bagus. Kami mahu lebih banyak gerakan dari tepi kerana kita ada letakkan Edinson (Cavani) di hadapan. Bruno bermain dengan baik dan kamu mahu dia ada di sana, tapi saya rasa kami perlu ada pemain dari sayap yang boleh menghantar bola kepada Edinson dan Cristiano.”
“Donny menghasilkan gerakan untuk gol kedua dan dia tak henti-henti bekerja keras dalam perlawanan ini. Dia ada kualiti untuk memecah barisan pertahanan lawan dan dia juga hampir menjaringkan gol. Saya rasa kesemua mereka yang di bawa masuk ada memberikan impak.”
Never give up 💪🔴 pic.twitter.com/kKUMa5pj9r
— Donny van de Beek (@Donny_beek6) November 2, 2021
Para peminat sendiri turut berpuas hati dengan aksi yang de Beek persembahkan ketika beliau diturunkan bertemu Atalanta kemarin.
Ramai yang menggesa Ole Gunnar Solskjaer agar terus memberi peluang kepada bintang Belanda itu untuk buktikan sesuatu dan memainkan beliau dalam semua perlawanan.
Sistem back 3 yang digunakan ketika aksi bertemu Spurs sebelum ini sesuai untuk digunakan andai Solskjaer mahu memainkan De Beek.
Melihat kepada peranan Fred dalam perlawanan ketika bertemu Spurs, ia sepertinya lebih sesuai dimainkan oleh Donny Van de Beek.
Donny van de Beek teased by Andy van der Meyde after announcing his girlfriend is pregnant #mufc #ManUtd https://t.co/pVGgo1xER7
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) November 4, 2021
Tugas berat menanti Solskjaer selepas ini dengan beliau akan menanti kunjungan anak-anak buah Pep Guardiola dalam aksi Manchester derby pada hujung minggu ini.
Pengurus dari Norway itu sebelum ini diberi kesempatan untuk buktikan sesuatu dari tiga perlawanan bertemu Spurs, Atalanta dan Manchester City.
Dua perlawanan sudah berjaya dilalui dengan satu kemenangan dan satu seri, maka perlawanan bertemu City jelas sekali bakal jadi penentu untuk Solskjaer.
Van de Beek wordt vader, Van der Meyde reageert: 'Gaat hij Ole Gunnar heten?' : https://t.co/5MFym8t5OZ #ManchesterUnited
— VoetbalPrimeur.be (@VoetbalPrimeurB) November 4, 2021
Melihatkan kepada rekod sebelum ini, Solskjaer jelas mempunyai kelebihan dan sepertinya tidak mengejutkan untuk melihat beliau membimbing anak-anak buahnya untuk menewaskan Manchester City minggu ini.
Sumber: SPORTbible