Rangkuman Aksi De Beek Bertemu Leeds Buat Penyokong United Maki Kelab Kerana Mengabaikan Bintang Belanda Itu

Donny Van de Beek buat pertama kalinya telah diturunkan sebagai pemain utama Everton dalam aksi saingan Premier League bertemu Leeds United malam semalam.

Rangkuman aksi persembahan individu beliau dalam perlawanan tersebut sudah cukup untuk membuktikan yang Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick buat silap besar tidak memberi sepenuh kepercayaan kepadanya.

Van de Beek jelas sekali tidak melalui karier yang menggembirakan dalam saingan bola sepak Inggeris sejak melengkapkan perpindahannya dari Amsterdam ke Manchester pada Ogos 2020 yang lalu.

Bekas pemain midfield Ajax itu hanya pernah empat kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama United dalam saingan Premier League ketika musim pertamanya di Old Trafford.

Pada musim ini beliau langsung tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama United (Premier League) baik ketika beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer mahupun Ralf Rangnick.

Bintang Belanda itu melengkapkan perpindahannya menyertai Everton sebagai pemain pinjaman pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Ramai pihak yang mengecam United kerana mensia-siakan bakat de Beek, dengan legenda kelab, Jaap Stam sendiri turut mengkritik setan merah kerana tidak bijak menggunakan Van de Beek.

Dalam aksi pertama beliau beraksi dalam kesebelasan utama Frank Lampard, pemain berusia 24 tahun itu bermain di posisi midfield dan beliau telah digandingkan bersama Allan.

Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu The Toffees untuk mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Leeds United.

Berikut merupakan rangkuman persembahan individu beliau dalam perlawanan tersebut dan ia jelas merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk disaksikan.

Ia juga merupakan kali pertama bekas bintang Ajax itu dapat bermain selama 90 minit dalam saingan Premier League, dengan beliau ketika kariernya bersama setan merah, hanya diberikan beberapa minit sahaja untuk bermain.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, beliau turut berjaya untuk memenangi anugerah pemain terbaik dalam perlawanan bertemu Leeds United kerana mempamerkan aksi persembahan yang sungguh dasyat.

Pada aksi babak pertama sahaja, beliau sudah berjaya mencatatkan statistik yang sangat dasyat dengan mencatatkan hantaran, tackle, sentuhan dan memenangi perebutan bola paling banyak.

Van de Beek turut memainkan peranan yang cukup penting dalam terhasilnya gol pertama Everton, dengan bola hantaran beliau mencari Calvert Lewin terbias menemui Seamus Coleman sebelum menerjah jaring gawang gol lawan.

Pemain midfield Belanda itu sebelum ini turut digugurkan dari skuad kebangsaannya kerana beliau tidak mempunyai minit permainan dan sudah tentu beliau mahu buktikan sesuatu agar beliau kembali mendapat tempat.

Para peminat di media sosial memberikan pujian melambung kepada aksi dan persembahan Van de Beek, dan lebih mengejutkan lagi kebanyakan dari mereka yang memuji beliau merupakan penyokong Man Utd.

β€œIni Van de Beek yang sama selalu panaskan bangku simpanan di Old Trafford kan? Pandai juga dia main bola ya.”

β€œIni yang Ralf Rangnick dan Ole Gunnar Solskjaer kata tak bersedia untuk main dalam saingan Premier League? Apa yang mereka nilai? Dia jauh lebih bagus dari semua pemain yang kita ada.”

β€œSelain sakit hati melihat skuad kita sedang diambang kemusnahan, saya semakin sakit melihat kelab mensia-siakan bakat sehebat ini.”

β€œSebelum ini mereka kata dia tak cukup bagus, tapi hari ni dia dah buktikan yang barisan kejurulatihan kita yang tak cukup bagus sebenarnya.”

Ketika Van de Beek dan rakan sepasukannya yang baru bergembira meraikan kemenangan mereka, kelab asalnya pula sedang menangis selepas dua kali keciciran mata bertemu pasukan bawahan liga.

Lebih teruk lagi Man Utd turut disingkirkan dari saingan FA Cup selepas ditendang oleh pasukan dari Championship, Middleborough.

Dalam saingan Premier League pula, United dua kali kena comeback dan sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 sahaja selepas mendahului 1-0 bertemu Burnley dan Southampton.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Man Utd Perlu Tandatangani 15 Pemain Baru Untuk Ubah Keadaan Di Old Trafford