Man Utd Perlu Tandatangani 15 Pemain Baru Untuk Ubah Keadaan Di Old Trafford

Manchester United perlu berusaha mencari 15 pemain baru untuk ditandatangani pada musim panas ini selepas berdepan kekalahan memalukan di tangan Brighton hujung minggu lalu.

Bekas penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor percaya yang Manchester United sekurang-kurangnya perlu merekrut 15 pemain baru andai mereka tak mahu hal sama berulang lagi musim hadapan.

Ia jelas sekali bakal menjadi hari yang mahu segera dilupakan oleh skuad kendalian Ralf Rangnick itu selepas mereka dibelasah 4-0 di Amex Stadium minggu lalu.

Gol jaringan Moises Caicedo, Marc Cucurella, Pascal Grob dan Leandro Trossard sudah cukup untuk membantu Brighton mencatatkan kemenangan keempat mereka di halaman sendiri musim ini.

Para penyokong Manchester United didengari chanting lagu , “you’re not fit to wear the shirt” ketika para pemain sedang beraksi.

Bruno Fernandes kemudiannya tampil menyatakan persetujuan beliau terhadap kenyataan tersebut dengan beliau menganggap persembahan para pemain sememangnya tak cukup bagus.

“Apa kami lakukan hari ini, apa saya lakukan hari ini, memang tak cukup layak untuk sarung jersi Man Utd.”

Jelas pemain midfield itu.

Kritikan terhadap persembahan para pemain Man Utd sememangnya kerap dilemparkan oleh pelbagai pihak sepanjang musim ini.

Melihat kepada aksi hambar mereka bertemu Brighton, Gabriel Agbonlahor tampil mendedahkan yang skuad United perlu lakukan rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.

Bercakap kepada talkSPORT, pemain berusia 35 tahun itu menyatakan bahawa:

“Ketika kamu lihat pada persembahan Brighton hari ini (bertemu Brighton), mereka perlu 15 pemain baru. Tak ada seorang pun pemain dari skuad itu yang Ten Hag akan pandang berdasarkan persembahan mereka hari ini yang boleh digunakan untuk bantu skuad pada musim hadapan.”

“Mereka acuh tak acuh, tak ada semangat mahu bermain untuk Manchester United. Saya tahu kita semua tak suka guna istilah mereka sedang bersantai, tapi sepertinya mereka memang sedang bersantai.”

“Brighton memang bagus, pasukan yang hebat tapi Manchester United tak sepatutnya kalah 4-0 kepada Brighton. Mereka biarkan kelab jatuh, penyokong menyanyi lagu mengatakan mereka tak layak pakai jersi itu. Mereka semua sangat teruk.”

Agbonlahor turut menghentam persembahan pemain centre-back United, Raphael Varane atas aksi hambar yang beliau persembahkan sejak kebelakangan ini.

“Agak melucukan ketika kamu tak boleh salahkan Pogba hari ini, kamu tak boleh salahkan Maguire hari ini.”

Tambah Agbonlahor lagi.

“Mungkin pemain seperti Varane perlu disebut kerana dia beraksi dengan sangat teruk sepanjang musim ini.”

Awal bulan baru-baru ini, Agbonlahor menyatakan yang ketua pasukan United, Maguire sudah tak sabar mahu mengakhiri musim ini, dek kerana beliau mahu memulakan proses pembangunan semula skuad di bawah kendalian Erik Ten Hag.

“Saya sebenarnya kesian dengan Harry Maguire.”

Jelas Agbonlahor kepada Football Insider.

“Saya pernah berada di posisi sebagai seorang pemain yang mana ketika kamu melalui musim yang suram semua orang kejar kamu, kamu sampai tak tahu mana nak lari.”

“Untuk dia, saya yakin dia dah tak sabar mahu menghabiskan musim ini. Mahu dapatkan rehat bersama keluarga dia, lupakan tentang bola sepak.”

“Datang semua pada pra musim nanti, tanamkan azam baru dan memulakan musim baru di bawah pengurus yang baru. Dia tentu sekarang tak sabar mahu berehat terlebih dahulu dan menikmati cuti musim panas serta jauhkan diri dari bola sepak.”

“Kamu boleh lalui itu. Semua orang ada masalah kesihatan mental dan kamu tak boleh anggap pemain bola sepak seperti robot.”

Manchester United sememangnya mahu melabur besar pada musim panas ini dalam usaha mereka mahu menaikkan semula kelab di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Pengurus Ajax itu akan memulakan tugasnya pada musim panas nanti, dan jelas sekali beliau bakal berdepan tugas yang sangat berat untuk mengubah kedudukan di Old Trafford pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Statistik Agung Harry Maguire Lawan Brentford Selain Assist Luar Biasa Untuk McTominay