Man United Tawarkan Van de Beek Untuk Dapatkan Pemain Midfield Baru

Manchester United pada ketika ini dijangka sedang bersedia untuk menawarkan Donny Van de Beek dalam usaha mereka untuk mendapatkan bintang AC Milan, Ismael Bennacer.

Pemain midfield Belanda itu jelas sekali gagal untuk menyerlah bersama Manchester United dan beliau turut tak mencapai tahap persembahan terbaiknya.

Sejak dari awal beliau ditandatangani dari Ajax pada tahun 2020, Van de Beek jelas sekali gagal untuk mendapat tempat dalam skuad utama Man United.

Beliau kemudiannya telah dipinjamkan kepada Everton pada suku kedua musim lalu dan Van de Beek turut gagal untuk mendapatkan minit permainan mencukupi di Goodison Park.

Van de Beek sejak kembali semula ke Old Trafford, beliau telah diturunkan untuk beraksi dalam aksi perlawanan persahabatan mereka pada musim panas ini.

Memandangkan beliau pernah bekerjasama dengan Erik ten Hag sebelum ini, maka jelas sekali ramai yang beranggapan karier De Beek akan bertambah baik.

Walau bagaimanapun, sepertinya hal itu tidak berlaku dan karier beliau di Old Trafford berpotensi untuk berakhir dalam masa terdekat ini.

Menurut sumber laporan dari media Itali, Calcio Mercato, Van de Beek telah ditawarkan kepada AC Milan dalam satu tawaran pertukaran pemain yang melibatkan Bennacer.

Bennacer merupakan nadi penting yang membantu AC Milan untuk menjuarai saingan Serie A pada musim lalu, maka jelas sekali bukan mudah untuk Man United mendapatkan pemain midfield itu.

Tawaran yang sungguh luar biasa lumayan perlu dikemukakan oleh Man United seandainya mereka benar-benar berminat mahu mendapatkan pemain tersebut.

Laporan dari Calcio Mercato turut menyatakan yang kelab dari Serie A itu menilai Bennacer dengan nilai €45 juta.

Manchester United sangat berharap yang mereka akan mampu mendapatkan pengurangan harga dengan menawarkan Van de Beek kepada AC Milan.

Bennacer yang kini sudah berusia 24 tahun itu bermain di peranan deep lying playmaker sepanjang kariernya di San Siro.

Beliau jelas sekali merupakan pemain yang mempunyai kualiti yang sangat-sangat Manchester United perlukan pada ketika ini.

Pemain kebangsaan Algeria itu merupakan alternatif terbaik yang United ada seandainya mereka gagal untuk mendapatkan pemain midfield Belanda, Frenkie de Jong dari Barcelona pada musim panas ini.

United dan Barcelona telah bersetuju untuk mencapai kata sepakat berkait penjualan De Jong dengan setan merah sanggup membayar £63.6 juta dan tambahan bonus bernilai £8.5 juta.

Walau bagaimanapun, walaupun kedua-dua pihak sudah berjaya mencapai kata sepakat berkait urusan perpindahan tersebut, namun De Jong pada ketika ini sepertinya tidak berhasrat sama sekali untuk meninggalkan kelab.

Beliau dikatakan lebih gembira untuk kekal bersama Barcelona kerana ia merupakan impian beliau untuk beraksi bersama gergasi Catalan itu.

Ten Hag dipercayai sangat terdesak mahu mendapatkan De Jong kerana beliau mahu membina skuad terbaru di Old Trafford dengan menggunakan bintang Belanda itu.

Walau bagaimanapun juga, Ten Hag pada ketika ini sudah akur yang beliau mungkin tidak akan mampu mendapatkan De Jong dan kerana itulah beliau perlu memburu pemain lain.

Manchester United setakat ini sudah berjaya melengkapkan pembelian pemain back kiri, Tyrell Malacia, pemain midfield Christian Eriksen dan centre back, Lisandro Martinez.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu pada ketika ini sedang berada di Australia dan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Crystal Palace untuk aksi pra-musim skuad.

Manchester United berjaya mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan dengan mereka berjaya menjaringkan lapan gol dan hanya mencatatkan satu bolos sahaja.

Jelas sekali para peminat akan sangat berharap agar Man United akan mampu meneruskan rentak kecemerlangan mereka, seterusnya mengembalikan kelab menjadi antara pasukan yang paling digeruni di pentas bola sepak Eropah.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ten Hag Teriak "Apa Lan**u Kau Buat?" Kepada Pemainnya Ketika Bertemu Crystal Palace