De Jong Berasa Jelek Dengan Layanan Barcelona Dan Bengang Dengan Xavi

Frenkie De Jong kini dilaporkan telah berasa jelek dengan layanan yang telah diberikan Barcelona kepadanya dan dalam waktu yang sama bengang serta marah dengan Xavi.

Pemain berstatus bintang di Barcelona itu sudah tentunya berasa kecewa kerana dia telah diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan besar musim ini.

Frenkie De Jong hanya masuk sebagai pemain gantian ketika pasukannya seri 3-3 dengan Inter Milan dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu.

Kemunculan De Jong di Eropah adalah penampilan ke-10 beliau musim ini, nampak banyak bukan tetapi majoriti penampilan De Jong adalah dari bangku simpanan.

Pemain berusia 25 tahun itu menganggap ini merupakan sesuatu yang ‘jijik’ dengan cara Barcelona dan Xavi melayannya musim ini.

Itulah yang dilaporkan oleh media dari Sepanyol SPORT, yang mendakwa De Jong fikir dia akan mempunyai peranan yang ‘penting’ bersama Barcelona.

Dia tidak berpuas hati dengan bos Barca itu, Frenkie de Jong hanya memanaskan bangku simpanan dalam perlawanan menentang Bayern Munich, Sevilla, Rayo Vallecano dan Celta Vigo.

Xavi lebih memilih untuk menggunakan khidmat pemain veteran, Sergio Busquets serta bakat superstar yang sedang mencanak naik, Pedri dan Gavi di bahagian tengah.

Lebih malang lagi apabila Xavi juga tidak melihat pemain antarabangsa Belanda itu sebagai pengganti jangka panjang untuk Busquets yang semakin tua.

Situasi semasa De Jong di Camp Nou boleh menghidupkan semula usaha Manchester United untuk mengejar bintang tengah itu.

Sudah tentu, Erik ten Hag sangat berminat untuk menandatangani bekas pemainnya berikutan pelantikannya di Old Trafford.

Tetapi dia tidak berjaya dalam percubaannya untuk memikat De Jong ke Man United dan saga permainan tarik tali yang berterusan selepas beberapa kali cubaan memikat dilakukan namun telah ditolak.

Bagaimanapun, laporan lanjut mencadangkan Ten Hag masih berminat untuk mendapatkan bekas pemain Ajax itu dan tidak pernah ditangguh dengan tentangan beliau untuk meninggalkan Sepanyol pada musim panas lalu.

De Jong adalah sasaran perpindahan No.1 Ten Hag pada musim panas lalu, dengan bos Man United itu akhirnya mendapatkan khidmat Casemiro yang jauh terbukti kehebatannya.

The Red Devils mengeluarkan £60 juta untuk mendapatkan Casemiro dari Real Madrid. Tetapi nampaknya Ten Hag dilaporkan masih berminat untuk membawa De Jong ke Man United.

Adakah dia akhirnya mendapatkan pemain idamannya itu pada musim panas akan datang?

Jika diperhatikan dengan teliti sebenarnya Manchester United kini sudah agak stabil hanya memerlukan masa untuk pemain sedia ada mendapatkan keserasian.

Dengan tempoh setahun, Erik Ten Hag boleh mencari pemain muda lain dengan harga yang lebih rendah berbanding De Jong yang jarang mendapat minit permainan.

Jika Manchester United mahukan De Jong untuk menjadi teman Donny Van De Beek di bangku simpanan sahaja itu adalah satu pembelian yang tepat.

Barcelona kini diambang bahaya apabila berada dalam kedudukan berkemungkinan besar untuk tidak lepas peringkat kumpulan di saingan Champions League musim ini.

Kegagalan Barcelona untuk menewaskan Inter Milan dalam saingan kumpulan C pada malam Rabu lalu boleh membawa kesan kewangan yang teruk kepada kelab yang sedang bergelut itu.

Selepas seri dramatik 3-3 malam tadi di Nou Camp, pasukan Itali itu boleh menyingkirkan Barcelona daripada pertandingan jika mereka menewaskan lubuk mata kumpulan, Viktoria Plzen di San Siro minggu depan.

Barcelona kini hanya perlu mencatatkan dua kemenangan atau satu menang dan satu seri dalam dua perlawanan berbaki menentang Bayern Munich dan juga Viktoria Plzen sambil mengharapkan Inter Milan kalah baki dua perlawanan mereka.

Ketika ini Inter Milan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja dan lawan seterusnya adalah Viktoria Plzen. Inter Milan menang maka tiada peluang Barcelona berdasarkan peraturan head-to-head.

Secara matematiknya peluang untuk Barcelona mara masih ada walaupun kebarangkaliannya amat rendah dan tipis namun dalam bola sepak segalanya mungkin untuk terjadinya keajaiban.

Secara logiknya, Barcelona boleh dianggap sudah tidak layak dan jika mereka layak maka keajaiban bola sepak terjadi lagi dan pasti menjadi bualan dunia.

BACA:  'Tak Nak Menyerah' - Man Utd Bakal Hantar Bidaan Kedua Untuk Frenkie de Jong