Xavi Tak Puas Hati Bayern Menang: “Ini Tak Adil, Kami Pasukan Bermain Lebih Baik”

Barcelona mengalami kekalahan pertama mereka pada musim 2022/23 apabila mereka ditewaskan 2-0 oleh juara Jerman, Bayern Munich dalam pertemuan Kumpulan C Liga Juara-Juara UEFA.

Jaringan separuh masa kedua daripada Lucas Hernandez dan Leroy Sane telah membuatkan Barcelona menelan kekalahan selepas mereka terlepas banyak peluang gol pada babak pertama. Kesilapan itu terbukti terlalu mahal untuk dibayar Blaugrana.

Pengurus Barca, Xavi Hernandez tidak berpuas hati kerana Bayern Munich menang, sedangkan mereka pasukan yang lebih baik dan berhak memenangi perlawanan.

Xavi turut mengakui ketumpulan di hadapan gol membuatkan pasukan yang tidak berhak kalah kerana beraksi baik, telah kalah di tangan pasukan yang tidak begitu bagus dalam aksi ini.

“Perbezaan antara kami dan Bayern ialah mereka tidak memaafkan kamu di depan gawang,” kata Xavi.

Xavi menegaskan bahawa kekalahan 2-0 adalah tidak adil untuk pasukannya. Mereka berhak membawa pulang kesemua 3 mata dari Allianz Arena.

“Keputusan itu bukan gambaran keseluruhan perlawanan. Tetapi ini adalah Liga Juara-Juara. Jika anda terlepas peluang, anda akhirnya akan membayarnya. Kami agak terganggu. Kekalahan ini adalah satu langkah ke belakang,” katanya.

Terdapat detik kontroversi pada lewat separuh masa pertama apabila Ousmane Dembele kelihatan dikasari oleh Alphonso Davies di dalam kotak Bayern. Bagaimanapun, tiada penalti diberikan oleh pengadil dan VAR juga tidak campur tangan.

Bercakap mengenai insiden itu, Xavi berkata: “Saya tidak melihat kesalahan pertahanan ke atas Dembélé, tetapi semua orang memberitahu saya ia adalah penalti. Apapun, saya tidak mahu mengulas mengenai pengadil.”

Mengenai persembahan dan peluang yang dicipta, Xavi berkata: “Kami mempunyai 6 atau 7 peluang jelas untuk menjaringkan gol. Separuh masa pertama adalah milik kita. Kami melakukan cukup banyak bukan sahaja untuk seri, tetapi kami sepatutnya menang. Kami harus belajar daripada kesilapan kami dan terus bekerja keras.”

Mengenai bolos yang dilepaskan oleh pasukan, dia menambah: “Kita bertahan dengan teruk ketika cuba merantai pemain lawan daripada situasi sepakan sudut, dan kami sepatutnya mengasari pemain mereka yang melarikan bola untuk gol kedua.”

“Mereka menghentikan permainan [dengan tactical foul] dan kami tidak. Itulah maksud bertanding.”

Lebih lanjut menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan itu, Xavi berkata: “Saya marah kerana kami sepatutnya menang. Kami bermain perlawanan untuk menang. Lewandowski terlepas peluang, Pedri mendapat dua peluang keemasan, Raphinha ada percubaan dari luar kotak… ini mengecewakan dan tidak adil.”

“Bertanding bermakna memenangi duel ketika sepakan sudut, menutup peralihan, atau mempunyai peluang di hadapan penjaga gol dan menjaringkannya.”

“Saya meninggalkan tempat ini dengan marah. Kami seharusnya menang hari ini. Kami harus lebih berkesan dalam kedua-dua kawasan itu,” tambah legenda Barcelona itu.

Xavi juga menambah bahawa pasukan Barcelona ini masih melalui pembinaan semula manakala pihak lawan sudah pun mantap. “Anda boleh katakan bahawa Bayern sudah mempunyai pasukan yang sudah stabil dibina. Kami dalam pembinaan, hanya pada permulaan perjalanan kami,” katanya.

Sambil meluahkan kekecewaannya dengan sifat cara mereka dibolosi, dia menambah: “Anda tidak boleh mengawal perlawanan kemudian bolos daripada sepakan sudut. Atau melepaskan peluang dari tengah seperti permainan ketika kedudukan 2-0. Kami perlu belajar daripada kesilapan kami.”

Bercakap lebih lanjut mengenai insiden penalti Dembele, Xavi berkata: “Saya meminta pengadil pada separuh masa untuk berterus terang dan memberitahu saya jika ia adalah penalti. Dia kata bukan.”

Berikutan kekalahan itu, Barcelona akan berusaha untuk bangkit semula ke landasan kemenangan apabila menentang Elche dalam La Liga pada petang Sabtu.

SUMBER: BARCA UNIVERSAL

BACA:  Xavi Speechless Mendengar Angka Gaji Yang Dembele Minta