Lewandowski Bersetuju Tandatangani Kontrak 3 Tahun Bersama Barcelona

Robert Lewandowski dilaporkan sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Barcelona pada musim panas nanti.

Beliau sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan Bayern Munich selepas tamat musim ini dan akan meneruskan kariernya di Nou Camp.

Kontrak Lewandowski yang kini sudah berusia 33 tahun itu akan tamat pada 2023 nanti dengan beliau ketika ini masih sedang berunding dengan pihak kelab berkait tawaran kontrak baru untuknya.

Pemain yang sudah berjaya menjaringkan 340 gol dari 369 perlawanan untuk Bayern Munich itu meminta kelab untuk menawarkan kontrak jangka panjang kepadanya.

Bayern walau bagaimanapun dilaporkan tidak mahu memberikan kontrak jangka masa panjang kepada Lewandowski dengan mereka hanya mampu menawarkan lanjutan selama satu musim sahaja.

Dek kerana itulah pemain kebangsaan Poland itu dilaporkan bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Barcelona pada musim panas nanti.

Media Poland, Interia Sport mendakwa yang Barcelona dan Lewandowski telah capai kata sepakat untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Laporan sama turut mendakwa yang Paris Saint Germain, Manchester City dan Liverpool turut sama berminat mahu mendapatkan Lewandowski.

Pemain penyerang utama Bayern Munich itu walau bagaimanapun sudah menetapkan pendirian beliau dengan beliau mahu ke Nou Camp.

Siaran TV Poland, TVP Sport turut mendakwa yang Lewandowski sudah memberitahu CEO Bayern yang juga merupakan bekas penjaga gol utama mereka, Oliver Kahn tentang hasratnya mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Bayern Munich dikatakan meletakkan tanda harga bernilai £55 juta kepada sesiapa sahaja yang berhasrat mahu mendapatkan tandatangan Lewandowski.

Bersama Barcelona, Bayern Munich sanggup melepaskan dengan harga yang lebih murah, asal saja mereka mahu membuat pertukaran pemain yang melibatkan pemain full back, Sergino Dest.

Dest yang kini sudah berusia 21 tahun itu telah dikaitkan dengan Bayern Munich sebelum beliau menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai £23.8 juta dari Ajax pada tahun 2019 yang lalu.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu telah membuat 68 penampilan bersama Barcelona dan beliau berkemungkinan akan dibenarkan untuk meninggalkan kelab dalam usaha Barca mahu mendapatkan Lewandowski.

Bercakap kepada Sky Sports Germany bulan lalu, Lewandowski memberi bayangan yang beliau terbuka untuk meninggalkan Bayern Munich pada musim panas ini.

“Saya sangat terbuka untuk segala kemungkinan.”

Jelas Lewandowski.

“Saya diamkan diri. Ia adalah sangat penting untuk saya beri sepenuh perhatian kepada permainan saya, sentiasa beri perhatian untuk apa yang boleh berlaku untuk perlawanan selepas ini.”

“Segalanya yang boleh diselesaikan berkait kontrak merupakan perkara kedua dan kekal saya belakangkan berbanding persembahan saya.”

Barcelona pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dengan mereka kini sedang berada di kedudukan kedua dalam carta saingan La Liga.

Jelas sekali selepas jendela perpindahan Januari, Xavi Hernandez sepertinya sudah berjaya membawa Barcelona untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni.

Beliau berjaya perbaiki masalah di beberapa posisi dan berjaya mendapatkan yang terbaik dari beberapa pemain dalam skuadnya.

Penambahan pemain baru tentunya akan memberi semangat baru kepada Xavi untuk terus memimpin Barcelona ke puncak kejayaan.

Mendapatkan pemain penyerang seperti Lewandowski sudah tentu bakal memberi kelebihan kepada Xavi apa lagi memikirkan betapa tajam dan berkualitinya pemain kebangsaan Poland itu.

Memandangkan Barca sepertinya sudah hampir pasti melayakan diri ke saingan Champions League musim hadapan, maka Xavi sudah tentu mahu menyiapkan skuad terbaiknya menghadapi musim baharu nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jurgen Klopp Dedahkan Dua Pemain Terpaling Improve Yang Pernah Dilatihnya