Detik Mengharukan Melihat Cavani Bertemu Peminat Setianya

Pemain penyerang Manchester United, Edinson Cavani tampil menceriakan hari peminat setia beliau selepas tamat aksi kemenangan 3-0 Manchester United menewaskan Brentford semalam.

Ia jelas sekali detik yang sangat mengharukan untuk kesemua peminat bola sepak seluruh dunia menyaksikan bagaimana mulianya hati Cavani melayan peminat setianya itu.

Lola Eastwood yang kini berusia 14 tahun itu telah mendedahkan yang beliau merupakan peminat setia Edinson Cavani.

Beliau mula menggemari Cavani sejak dari awal pemain penyerang kebangsaan Uruguay itu tiba di Old Trafford lagi.

“Edi merupakan legenda bola sepak.”

Jelas Lola Eastwood kepada SPORTbible selepas rakaman beliau bertemu Cavani tular di media sosial.

“Ia sangat menakjubkan untuk melihat dia menyertai Manchester United. Semangat dia terhadap bola sepak memang menakjubkan.”

Cavani dijangka akan meninggalkan kelab pada musim panas ini selepas kontraknya di Old Trafford tamat pada penghujung musim nanti.

Maka selepas tamat perlawanan bertemu Brentford kemarin, ia jelas sekali detik yang cukup beremosi untuk para peminat setia Cavani kerana ia bakal menjadi perlawanan terakhirnya di Old Trafford untuk Man Utd.

Peminat setia Cavani, Lola menangis teresak-esak kerana beliau selepas ini tidak lagi akan dapat melihat idolanya itu beraksi di Old Trafford.

“Saya menangis selepas wisel penamat ketika dia melambai pada saya dan berikan flying kiss kepada peminat untuk mengucapkan selamat tinggal.”

Tambah Lola lagi.

“Lihat dia bermain di Old Trafford buat kali terakhir jelas sekali sangat menakjubkan tapi saya sedih.”

Lola turut hadir ke Parc des Princes untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Cavani, namun beliau hanya mampu melakukan hal itu dari tempat duduk penyokong sahaja.

Lola akhirnya sekali lagi mencuba nasib untuk bertemu Cavani dan kali ini beliau ke Old Trafford dan menunggu pemain berusia 35 tahun itu di kawasan tempat letak kereta untuk bertemu dengannya.

Usaha beliau membuahkan hasil dengan jeritan beliau memanggil nama Cavani didengari oleh bintang Uruguay itu yang iemudian pergi bertemu dengannya.

“Ia menggembirakan saya untuk jumpa dia, terutama sekali bila memikirkan yang dia akan kembali ke Amerika Selatan sekarang.”

Tambah Lola lagi.

“Ia lebih dari apa yang saya bayangkan. Dia berpaling pada saya dan terus memeluk saya yang mana ia buatkan saya menangis lebih kuat.”

Lola kemudiannya menunjukkan yang beliau memakai stokin ayahnya dan hal itu turut membuatkan Cavani ketawa.

Lola kemudiannya meminta Cavani untuk memakai headband MISS KICK dan ketika Cavani memakainya ia jelas sesuatu yang sangat menggembirakan untuk kanak-kanak berusia 14 tahun itu.

Selain Cavani malam itu juga merupakan aksi terakhir untuk bintang seperti Juan Mata, Jesse Lingard, Paul Pogba dan Nemanja Matic yang turut akan meninggalkan kelab musim panas nanti.

Jesse Lingard dikatakan telah berjaya memancing dua kelab gergasi Eropah yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Dua kelab gergasi Eropah sangat berminat mahu mendapatkan Lingard

Jesse Lingard pada ketika ini sedang dipancing oleh dua kelab gergasi di benua Eropah, yang mahu menandatangani beliau pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.

Bintang kebangsaan England itu sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini dek kerana kontraknya bersama kelab tamat pada ketika itu.

​Memandangkan kelab sendiri masih tidak menawarkan tawaran baru kepadanya, maka jelas sekali Lingard akan mengucapkan selamat tinggal pada penghujung musim ini nanti.

Aksi bertemu Brentford pada hari ini bakal menjadi aksi terakhir Lingard di Old Trafford sebagai pemain Manchester United.

Beliau memainkan peranan yang cukup sederhana sepanjang musim ini dengan Lingard setakat ini hanya membuat 22 penampilan sahaja bersama kelab dalam semua pertandingan.

Beliau pada musim lalu telah berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bersama West Ham sebagai pemain pinjaman.

Musim panas ini beliau akhirnya akan terus meninggalkan Old Trafford dengan Lingard secara tak langsung mengakhiri tempoh 20 tahun beliau bersama kelab.

Memikirkan tentang kelab yang bakal beliau sertai selepas ini, Lingard sebenarnya telah berjaya menarik minat dua gergasi dari saingan Serie A yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

AC Milan dan Juventus merupakan dua pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan tandatangan Lingard menerusi perjanjian perpindahan percuma pada musim panas ini.

Menurut sumber laporan dari ESPN, kedua-dua gergasi Itali itu telah mendedahkan secara terbuka tentang minat mereka mahu mendapatkan pemain midfield setan merah itu pada penghujung musim ini nanti.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk AC Milan dan Juventus mahu terus mendapatkan khidmat Lingard dek kerana bintang England itu juga turut dipancing oleh kelab dari Premier League.

Newcastle United merupakan antara pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.

The Magpies sebenarnya sudah memantau perkembangan bintang England itu sejak dari jendela perpindahan Januari lalu lagi.

Walau bagaimanapun, Manchester United sepertinya tidak mahu melepaskan Lingard dek kerana mereka meminta dana yang besar dari Newcastle.

Seandainya Lingard pergi menyertai mana-mana antara AC Milan atau Juventus, maka beliau sebenarnya bakal mengikuti jejak langkah Fikayo Tomori dan Tammy Abraham sebagai bintang England yang beraksi di Itali.

Lingard jelas sekali sememangnya mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini kerana beliau mahukan minit permainan.

Hanya minit permainan sahaja yang mampu membantu beliau untuk mendapatkan kepercayaan dari Gareth Southgate supaya membawanya kembali sertai skuad kebangsaan England.

Beliau jelas sekali sedang mengintai kesempatan untuk dipanggil beraksi bersama skuad The Three Liones di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Lingard melakukan debut rasmi beliau secara kompetetif bersama skuad utama United pada tahun 2014 yang lalu selepas beliau diserap masuk dari skuad akademi

Sepanjang tempoh tersebut, beliau sebenarnya telah membuat lebih dari 200 penampilan untuk skuad setan merah dengan beliau turut berjaya menjaringkan 35 gol.

Sepanjang kariernya di Old Trafford, Lingard sebenarnya sudah berjaya membantu United menjuarai saingan FA Cup, EFL Cup dan Europa League.

Ketika aksi kemenangan 3-0 menewaskan Brentford malam kemarin, Jesse Lingard sekali lagi tidak diturunkan dalam skuad utama Man Utd.

Ia menunjukkan yang khidmat beliau sememangnya tidak diperlukan lagi dan beliau sudah tentu akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Adakah Lingard akan tinggalkan Premier League? Atau beliau akan kekal? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Edinson Cavani Cari Gaduh Dengan Staff Villarreal Sebelum Masuk Ke Padang