Detik Sungguh Beremosi Ketika Atlet Qatar Dan Itali Setuju Kongsi Emas Acara Lompat Tinggi

Dua atlet lompat tinggi di temasya Sukan Olimpik Tokyo telah bersetuju untuk berkongsi pingat emas, selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk tidak meneruskan lompatan.

Atlet lompat tinggi Qatar, Mutaz Essa Barshim dan atlet Itali, Gianmarco Tamberi kedua-duanya melompat pada ketinggian yang sama dan memutuskan untuk tidak meneruskan lompatan dan bersetuju untuk jadi pemenang bersama.

Kedua-dua mereka berjaya mencipta sejarah baru apabila menjadi pemenang pingat emas bersama pertama kejohanan dalam acara tersebut sejak 109 tahun dahulu.

Melihat kepada catatan yang dilakukan oleh kedua-dua atlet itu sepanjang kejohanan ini adalah satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Kedua-dua mereka melengkapkan lompatan dari ketinggian 2.19m hingga 2.37m dengan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Secara keseluruhannya, mereka berdua merupakan atlet pertama yang berjaya melepasi ketinggian 2.37 sementara atlet Belarus, Maksim Nedaeskau gagal pada lompatan pertama beliau di ketinggian 2.19m dan 2.35m sebelum berjaya melepasinya.

Kedua-dua mereka berdua berpotensi untuk mencipta rekod Olimpik pada lompatan seterusnya di ketinggian 2.39m, namun mereka gagal dalam ketiga-tiga percubaan.

Barshim dan Tamberi kemudiannya memutuskan untuk berbincang dengan pengadil dan melihat adakah boleh untuk mereka tidak meneruskan lompatan tersebut.

“Boleh kami dapat dua emas?”

Tanya atlet dari Qatar itu.

Ketika mereka diberitahu yang mereka tidak perlu untuk bertanding sesama sendiri, kedua-dua mereka terus meraikan detik itu dengan penuh beremosi.

Kedua-dua mereka saling berpelukan meraikan kejayaan tersebut, sebelum masing-masing pergi meraikan kejayaan mereka bersama rakan sepasukan yang lain.

Selepas selesai semua itu, Barshim mengakui yang beliau teruja dan menganggap detik tersebut sebagai sesuatu yang sungguh menakjubkan.

“Ini sangat menakjubkan.”

“Untuk berkongsi kejayaan ini bersama Marco, ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan. Saya rasa sangat teruja. Saya sangat-sangat gembira.”

“Sukar untuk dipercayai.”

Kedua-dua mereka meraikan kejayaan berkongsi pingat emas dengan penuh kegembiraan

“Ia sangat gila, saya betul-betul gembira. Hanya ada satu kekurangan pada diri saya. Sekarang saya sudah lengkap. Saya sangat gembira.”

Ini merupakan pingat emas pertama untuk kedua-dua atlet, dengan Barshim yang ketika ini sudah berusia 30 tahun, gagal untuk memenangi emas ketika temasya di Rio 2016 dan London 2012.

Sementara Tamberi yang kini berusia 29 tahun pula, beliau terlepas aksi di temasya Rio 2016, dan hampir untuk tidak menyertai temasya di Tokyo pada tahun ini.

Keputusan mereka untuk berkongsi pingat itu telah mencetuskan detik sungguh beremosi dengan para peminat di media sosial memuji kedua-dua atlet tersebut.

Atlet dari Great Britain, Eilish McColgan telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan:

“Sebuah detik yang sungguh menakjubkan. Dua atlet terbaik dalam sukan ini berkongsi pingat emas.”

Atlet lompat tinggi Britain, Emily Borthwick turut menambah:

“Saya tidak menangis, kamu yang menangis.”

Jurulatih persembahan atletik, Steve Magness turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Kesudian Barshim dan Tamberi untuk berkongsi pingat emas mereka dan emosi yang ada di sini selepas kedua-dua mereka menang adalah segalanya untuk saya. Detik yang sungguh menakjubkan dalam sukan lompat tinggi.”

Atlet acara padang dan balapan Amerika Syarikat turut membuat kenyataan yang menyatakan:

“Saya sangat kagum dengan semangat kesukanan dari Itali dan Qatar dalam acara lompat tinggi.”

Atlet Malaysia, Lee Hup Wei turut terlibat dalam acara sama, dengan beliau gagal untuk melepasi peringkat saringan pada lompatan setinggi 2.17m.

Harapan beliau untuk mara ke peringkat akhir buat pertama kali di temasya Olimpik berakhir dengan kekecewaan dan beliau sendiri turut menitiskan air mata ketika ditemu bual selepas tamat acara tersebut.

Lee Hup Wei berdepan dengan pelbagai kesukaran sepanjang perjalanan beliau untuk sampai ke Tokyo 2020, namun nasib tidak menyebelahinya, ketinggian yang sebelum ini tidak menjadi masalah untuknya, juga gagal untuk beliau lepasi.

Semoga atelt kesayangan dan juga atlet terbaik negara itu mampu untuk bangkit, dan terus mengharumkan nama negara semampunya.

Sumber: SB

BACA:  Kenali Pak Cik Yang Jadi Pacer Dalam Perlumbaan Akhir Acara Keirin Olimpik Tokyo