Olimpik : Patung Sumo Buat Kuda Terkejut

Sukan Olimpik sudah semakin hampir ke penghujungnya dengan banyak acara sudahpun melabuhkan tirai. Dalam kesemua acara berlangsung, banyak perkara yang menjadi perhatian seperti pasukan lari 4x100m lelaki Amerika Syarikat yang gagal layak ke peringkat akhir, budak berusia 14 tahun memenangi pingat emas acara terjun dan banyak lagi.

Dalam sukan ekuestrian juga ada ceritanya.

Kalau ikutkan, para peserta dalam acara ini memang tidak sukakan sebarang unsur kejutan kerana ia akan mengganggu fokus penunggang dan kuda akan terganggu.

Dalam acara ini, di halangan nombor 10, penganjur telah meletakkan patung lelaki yang berada dalam keadaan sedang bersumo di tepi palang halangan dan tindakan ini ternyata tidak digemari para atlet yang bertanding. Posisi patung ini pula bagaikan sedang bersedia untuk menyerang.

Disebabkan patung tersebut diletakkan membelakangkan lalulan kedatangan penunggang bersama kuda, maka pemandangan yang paling jelas adalah bahagian punggung patung tersebut yang terdedah.

“Bila kau sampai dekat halangan tu, kau nampak punggung seorang lelaki yang berbadan besar,” ujar Haary Charles, atlet ekuestrian dari kontinjen Great Britain.

“Aku perasan ada empat atau lima kuda yang terkejut tengok patung tu,” tambah Charles lagi.

Bukan atlet tersebut sahaja yang mengulas tentang isu ini, malah atlet dari kontinjen lain turut memberikan komen mereka.

“Nampak jelas sangat,” kata atlet dari kontinjen Ireland, Cian O’Connor.

“Nampak sangat realistik! Menakutkan. Kami tak nak kuda kami fikir yang ada orang nak terkam dia,” seorang atlet lain mengadu.

Patung lelaki berwajah garang ini dikatakan mengganggu fokus beberapa ekor kuda dalam acara kelayakan individu pada hari Selasa lalu sehingga ada yang diberikan mata penalti kerana lompatan kuda mereka tidak sempurna.

Antara yang terjejas dengan kehadiran patung tersebut adalah atlet dari kontinjen Perancis, Penelope Leprevost – pemenang pingat emas dalam acara ini ketika temasya ini dilangsungkan di Rio, Brazil pada tahun 2016.

Walaubagaimanapun, ketika ditanya, dia memberikan jawapan yang mengambil hati para penganjur.

“Mungkin,” jawabnya ringkas.

“Kita dah cuba untuk tenangkan kuda kita di selekoh tu, dan mungkin juga kuda tu terkejut dengan patung tu. Saya tak pasti,” ujarnya lagi tentang tebiat kudanya yang berusia 12 tahun yang diberi nama Kamarudin tersebut.(1)

Selain daripada patung sumo tersebut, ada juga peserta yang mendakwa bahawa hiasan berupa bunga sakura di salah satu halangan adalah cabaran yang sebenar, kerana rupa bentuknya yang mengganggu fokus laluan.

“Kau sedar yang semuanya kat sini berwarna-warni. Akan ada banyak hiasan dan cantik sebenarnya. Menarik!

“Itu yang jadikannya sebagai satu kejohanan. Kalau semua halangan adalah seperti biasa, maka sama je lah dengan acara biaasa,” ujar seorang penunggang.

Walaubagaimanapun, selepas menerima banyak komplen daripada para peserta, patung tersebut akhirnya sudah dialihkan. Akan tetapi, pereka gelanggang, Santiago Varela, mempertahankan rekaan gelanggang daripadanya dan dia mendakwa pengalihan patung tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana komen atau keluhan daripada atlet.

Dia berasakan bahawa patung sumo rekaan kreatifnya tidak boleh dipersalahkan sebagai punca beberapa kuda yang gagal melepasi halangan.

“Aku rasa perbincangan ni tak relevan lah. Aku percaya yang ada orang dah pergi jumpa pihak media untuk cerita benda tak betul. Ada je kuda-kuda yang boleh melompat dengan baik kat situ,” ujarnya.

Nasib baik para wartawan tak dapat temubual si kuda, kalau tidak, barulah kita tahu cerita sebenar. Lagipun, takde pulak dengan kuda cakap opocot kat situ, Iye dak?

Sumber : Astro Awani dan Astro Awani juga.

(1)Nama tipu-tipu je tu. Saja je letak nak bagi korang terkejut.

BACA:  Walau Awalnya Terjatuh Sifan Berjaya Bangkit Seterusnya Memenangi Acara 1500m Wanita