Pemain midfield Real Madrid, Isco tampil menjawab tuduhan dari peminat di media sosial yang menganggap beliau merupakan tikus bilik persalinan yang membocorkan rahsia kelab kepada pihak ketiga.
Peminat percaya Isco merupakan tikus yang sebelum ini mendedahkan kesebelasan utama skuad kepada siaran radio terkenal Sepanyol.
Menjelang detik penting bertemu Chelsea dalam aksi leg kedua peringkat suku akhir saingan Champions League, pendahulu saingan La Liga itu telah mengumumkan senarai kesebelasan utama mereka dua jam sebelum sepak mula perlawanan.
🤬ISCO se harta de los que le acusan de filtrar informaciones del vestuario.#UCL #RealMadrid pic.twitter.com/p2dGzqlBtB
— Tiempo de Juego (@tjcope) April 12, 2022
Menurut laporan dari media Sepanyol, alasan mengapa line up didedahkan lebih awal adalah kerana pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti sudah tahu tentang ‘tikus’ yang membocorkan maklumat tersebut kepada siaran radio terkenal Sepanyol.
Beliau sedar ada ‘tikus’ di bilik persalinan Real Madrid yang mendedahkan maklumat-maklumat penting kepada salah sebuah station radio terkemuka di Sepanyol.
Pemilik akaun twitter, @theMadridZone memuat naik hal berkait situasi itu pada petang semalam.
🚨| As expected Real Madrid announced the starting XI over 2 hours before kick-off because Ancelotti knows about the ‘mole’ in the dressing room who leaks starting XI to a well-known radio station. @defcentral #UCL
— Madrid Zone (@theMadridZone) April 12, 2022
Melihat muat naik itu, para penyokong Real Madrid dengan segera membuat pelbagai spekulasi tentang siapa ‘tikus’ yang dimaksudkan.
Salah seorang dari mereka telah menuduh pemain midfield yang telah membuat 14 penampilan dari semua pertandingan bersama kelab musim ini, Isco sebagai ‘tikus’ yang dimaksudkan.
Pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya menjawab dakwaan dari peminat tersebut, dengan menegaskan yang beliau bukanlah ‘tikus’ yang mereka cari.
Beliau bahkan turut menyatakan yang diri tiada ketika Carlo Ancelotti mengumumkan senarai kesebelasan utama skuad.
“Bukan Isco, ia kerana saya tidak dipanggil dan saya tak menghadiri perbincangan berkait teknikal. Sebar kebencian di tempat lain! Menyedihkan.”
Isco
— G.G (@TorontoBlancos7) April 12, 2022
Kembali pada Januari lalu, terdapat laporan yang menyatakan Isco sudah bersetuju untuk menyertai seteru utama Real Madrid, Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu sepertinya sedikit diketepikan dari skuad utama ketika di bawah kendalian Carlo Ancelotti dan kontraknya bersama kelab juga akan tamat pada penghujung musim ini.
Media penerbitan Sepanyol, El Chiringuito mendakwa yang Isco sudah memutuskan untuk menyertai Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.
🚨🚨 Isco is fed up with those who accuse him of leaking information from the locker room. pic.twitter.com/7OdH5HZwdj
— Los Blancos Live (@LosBlancos_Live) April 12, 2022
Isco sudah bersetuju mahu sertai Barcelona
Pemain midfield utama Real Madrid, Isco dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai seteru utama kelab, Barcelona pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu gagal mendapat tempat dalam skuad utama Real Madrid di bawah kendalian Carlo Ancelotti.
Beliau hanya membuat sembilan penampilan sahaja dalam aksi saingan La Liga sepanjang musim ini, dan kerana itulah beliau memilih untuk meninggalkan sahaja Santiago Bernabeu.
Kontrak beliau bersama Real Madrid juga bakal berakhir pada musim panas ini dengan El Chiringuito mengesahkan Isco secara dasarnya sudah bersetuju untuk sertai Barcelona pada musim panas ini.
Presiden kelab, Joan Laporta dikatakan sangat berminat untuk mengutip pemain-pemain free agent dalam usaha untuk menambah baik skuad sedia ada.
Real Madrid face Getafe in La Liga at the Santiago Bernabeu on Saturday. Los Blancos are atop the league standings after 30 games. https://t.co/kWAlis0B66
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) April 9, 2022
Mendapatkan pemain free ejen jelas sekali merupakan langkah terbaik yang Barca ada untuk mendapatkan pemain baru memandangkan kedudukan ekonomi mereka juga berada dalam keadaan sangat teruk pada ketika ini.
Musim panas lalu, Barca terpaksa melepaskan Lionel Messi pergi ke PSG secara percuma memandangkan mereka tak mampu mendaftarkan legenda kelab itu.
Masalah ekonomi Barca masih teruk walau mereka sudah melepaskan Messi dan menyebabkan pihak kelab terpaksa merayu kepada pemain-pemain senior agar terima pemotongan gaji.
Isco menyertai Real Madrid dari Malaga pada tahun 2013 yang lalu dengan beliau telah berjaya membantu kelab memenangi dua gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League dari 346 penampilan dalam semua pertandingan.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu boleh bermain di posisi sayap namun posisi terbaiknya adalah di bahagian central midfielder.
Beliau boleh bermain dengan sangat baik dan cemerlang di belakang penyerang utama dengan Isco mempunyai kualiti hantaran dan penyudah yang sungguh menakjubkan.
Real Madrid midfielder Isco linked with summer move to FC Barcelona https://t.co/c9gVv3hveD
— SPORT English (@Sport_EN) April 8, 2022
Javier Saviola merupakan pemain terakhir yang melengkapkan perpindahan terus dari kedua-dua pasukan seteru ini dengan beliau menyertai Real Madrid dari Barcelona pada tahun 2007 yang lalu.
Saviola menghabiskan masa hanya dua tahun sahaja bersama Real Madrid sebelum beliau melengkapkan perpindahan untuk menyertai Benfica.
Sumber: SPORTbible