Diego Simeone Menjadi Bahan Ketawa Pemain Real Madrid

Pemain Real Madrid, Marcelo dan Eder Militao nyata tidak dapat menahan ketawa melihat aksi dan perlakuan Diego Simeone di tepi padang.

Pengurus Atletico Madrid sememangnya terkenal dengan sifat penuh bertenaga dan terlebih gula ketika berada di tepi padang.

Simeone juga tidak takut dan segan untuk mempamerkan emosi sebenarnya beliau sewaktu pasukannya sedang beraksi.

Dan keghairahan Simeone di tepi padang telah menjadi bahan jenaka pemain di bangku simpanan Real Madrid iaitu Marcelo Dan Elder Militao.

Dua orang pemain Brazil itu tidak dapat menahan gelak melihat Simeone yang beberpa kali sedang naik gila di tepi padang ketika perlawanan.

Mereka berdua telah memecahkan ketawa yang ditahan itu melihat Simeone. Macam setan perangai.

Kata-kata Eder Militao kepada Marcelo juga boleh didengari ramai.

“Aku akan bagi beliau bola ni dan beliau boleh pergi main.” Itulah kata-kata Eder Militao.

Punchline(tumbukan garis) yang dilontarkan Eder Militao itu juga telah mengundang tawa daripada penjaga gol simpanan Real Madrid, Alphonse Areola.

Jelas sekali Eder Militao dan Marcelo lebih terhibur menyaksikan Simeone berbanding aksi yang berlangsung di padang.

Kalau kantoi dengan Simeone, berkicap dua orang Brazil ni.

Real Madrid berjaya membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik di bandar Madrid selepas menewaskan musuh setempat mereka, Atletico Madrid.

Los Blancos memerlukan kemenangan selepas menanti kunjungan Atletico Madrid untuk menjarakkan diri selaku pendahulu La Liga kepada 3 mata.

Jaringan tunggal Karim Benzema pada separuh masa kedua dalam perlawanan ini sudah cukup untuk Real Madrid meraih mata penuh.

Kekalahan ini nyata memberi kekecewaan kepada pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone melihat pasukannya kurang konsisten musim ini.

BACA:  "Tak Berakal" - Penyokong Setan Merah Dihentam Kerana Lempar Objek Ke Arah Diego Simeone