Sudah 17 tahun kapten San Marino, Matteo Vitaioli beraksi untuk negaranya. Merupakan pemain dengan penampilan tertinggi untuk negaranya, Vitaioli belum pernah mengecapi nikmat kemenangan di pentas antarabangsa.
Sehingga kini San Marino telah melalui 136 perlawanan sejak kali terakhir merekodkan kemenangan. Sejak daripada itu pasukan itu melalui banyak kekalahan besar.
Merupakan negara keluma terkecil di dunia tidak mudah buat San Marino. Bagi yang tidak mengetahui di mana letaknya San Marino, negara tersebut sebenarnya dikelilingi oleh Itali dan memiliki pemandangan terindah berlatarbelakangkan Gunung Titano.
Mempunyai kepadatan 33,000 penduduk, San Marino hanya berkeluasan 61 kilometer persegi. Sebagai perbandingan keluasan tersebut menyamai separuh daripada Manchester atau hampir sembilan kali lebih kecil daripada Perlis.
From @TheAthleticFC:
Supporting San Marino, officially the worst international soccer team in the world, is almost always labour of love. Winless in their last 129 matches, theirs is a curious existence that has led to some genuinely funny moments. https://t.co/vh0cMAdCJe
— The New York Times (@nytimes) June 20, 2023
Menurut ranking FIFA, San Marino adalah pasukan paling lemah di dunia. Mereka tewas 192 perlawanan daripada 201 seperti yang telah direkodkan.
Vitaioli dan rakan sepasukannya bagaimanapun kini mempunyai peluang terbaik untuk mencipta sejarah tersendiri di dalam bola sepak San Marino apabila berhadapan Saint Kitts and Nevis pada minggu ini.
Negara kepulauan Carribean itu di atas San Marino, dibezakan oleh 63 kedudukan dan akan menentang San Marino dalam dua perlawanan persahabatan ketika kalendar antarabangsa akan datang.
Vitaiolo yang juga merupakan pemain paling berpengalaman dengan 91 penampilan untuk San Marino sedar apakah maksud kemenangan bagi pasukan negaranya kali ini.
“Ia akan menjadi sejarah terpenting untuk pasukan negara saya. Jadi ia menjadi sasaran utama,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
“Ia memberikan peluang untuk kami mencipta sesuatu, sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Ia akan menjadi perkara yang tidak akan dilupakan walaupun pada 2050 dan selepas itu. Ini kerana tidak banyak kemenangan pernah direkodkan.”
🇸🇲 The new men's FIFA Rankings are out and San Marino remain bottom despite their heroic 2-1 loss to Denmark.
While San Marino are labelled ' the worst team in the world', 4 teams have no Ranking at all through inactivity.
🇦🇸 American Samoa
🇹🇴 Tonga
🇼🇸 Samoa
🇪🇷 Eritrea pic.twitter.com/RxIBS2jmxx— The Sweeper (@SweeperPod) October 26, 2023
Satu-satunya kemenangan pernah direkodkan San Marino di pentas antarabangsa adalah ketika menewaskan Leichtenstein 1-0 pada April 2004.
Gol awal daripada Andy Selva membantu San Marino mencipta sejarah pada ketika itu. Sehingga kini Selva kekal sebagai penjaring terbanyak pasukan negaranya dengan 8 jaringan.
Sejak daripada itu San Marino berada di dalam penantian untuk kemenangan seterusnya. Walaupun kebanyakkan pemain terdiri daripada pemain amatur, setiap pemain pasukan ini sentiasa menyarung jersi pasukan negara mereka dengan penuh bangga.
Sejak kebelakangan ini terdapat tanda-tanda kebangkitan San Marino. Mereka menamatkan penantian menjaringkan gol di perlawanan kompetitif menentang semifinalis Euro 2020, Denmark pada Oktober lalu.
Mereka tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut namun cukup untuk mencetuskan keraian di kalangan peminat dan pemain. Perkara terpenting adalah jaringan telah terhasil.
Pemain San Marini kemudian menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturu-turut buat kali pertama sejak 18 tahun lalu apabila tewas 3-1 kepada Kazakhstan.
Satu lagi sejarah tercipta apabila satu lagi jaringan terhasil untuk tiga perlawanan berturut-turut apabila Filippo Berardi menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan 2-1 kepada Finland.