Doan Van Hau Terlepas Lagi Dengan Keji Stamping Pemain Indonesia

Pemain jahat Vietnam, Doan Van Hau menjadi figura paling dibenci Indonesia kini apabila sekali lagi terlepas selepas melakukan aksi keji dengan satu stamping ke atas pemain Indonesia.

Aksi antara Indonesia dan Vietnam berlansung keras dan panas lagi brutal terutamanya dari Vietnam jika menurut laporan CNN Indonesia yang banyak melibatkan aksi fizikal.

Statistik perlawanan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Piala AFF 2022 menunjukkan Vietnam melakukan 12 kekasaran dengan dua kad kuning berbanding Indonesia 11 tanpa sebarang kad.

Aksi terkeras dalam perlawanan ini adalah melalui terjahan bahaya pemain keji Vietnam, Van Hau ke atas Dendy Sulistyawan di babak kedua atau lebih tepatnya pada minit ke-54.

Doan Van Hau melakukan terjahan stamping dengan kedua-dua belah kakinya ketika Dendy Sulistyawan sedang mengejar bola di kawasan permainan Vietnam.

Lantaran terjahan ganas itu Dendy Sulistyawan terus terjatuh dan mengerang kesakitan dan sudah pasti tindakan keras itu mengundang kemarahan pemain Indonesia yang lain.

Doan Van Hau terus melakukan aksi keji apabila turut tergolek, bersimulasi seolah-olah dia mangsa keadaan dan kedua-dua pasukan mula berkerumun.

Para pemain mula melancarkan perang mulut sambil tolak menolak terjadi dan staf kejurulatihan Vietnam turut sama terlibat yang terus menghangatkan royal rumble itu.

Pengadi perlawanan, Omar Mubarak Al Yaqoubi berjaya meleraikan keributan dan yang menimbulkan kemarahan pemain dan penyokong serta warganet Indonesia apabial tiada hukuman ke atas Van Hau yang sekali lagi terlepas.

Pemain bola sepak hari ini tidak akan melakukan terjahan sedemikian jika tidak berniat jahat dan akan sedaya-upaya menarik kaki jika pertembungan sebegitu terjadi, niat jahat Van Hau jelas.

Itulah aksi terpaling jahat Vietnam namun tidak dihukum, Van Than Vu dan Do Hung Dung yang turut melakukan kejahatan telah dilayangkan kad kuning oleh Omar Mubarak Al Yaqoubi.

Reaksi Park Hang Seo selepas Van Hau terlepas dari sebarang hukuman telah menaikkan lagi kemarahan penyokong Indonesia yang semakin jelas kejahatan itu disengajakan.

Di hujung perlawanan Van Hau telah menyepak kaki Ricky Kambuaya di dalam kotak penalti, dia yang menendang namun dia yang mengerang kesakitan seperti ditabrak kok mati.

Pengulas perlawanan menyatakan itu adalah penalti dan pemain Indonesia juga mempunyai pendapat yang sama, ajaibnya Doan Van Hau terlepas lagi, tiada penalti dan tiada kartu.

Menjerit pemain Indonesia meminta penalti dan tidak percaya dengan keputusan pengaidil.

Nama Doan Van Hau kini trending di Twitter Indonesia dan kejahatan Van Hau itu telah mengungkit kembali kisah gelap pemain Vietnam ke atas pemain Indonesia.

Diperlawanan Sukan SEA 2019, Doan Van Hau telah sengaja mengasari Evan Dimas sehingga pemain itu tidak dapat meneruskan permainan dan diusung keluar.

Kontroversi juga telah tercetus melibatkan perlawanan Malaysia vs Vietnam apabila pengadil dari Jepun, Ryuji Sato telah apabila memberi sepakan penalti kepada Vietnam selepas Muhammad Azam Azmi Murad jelas ditolak Doan Van Hau.

Ulang tayang jelas dilihat Azam Azmi Murad telah ditolak oleh Van Hau dan kemudian memberi reaksi balas yang telah menjelaskan kenapa kad merah namun sepakan penalti terus menjadi misteri.

Kejahatan Doan Van Hau telah menyebabkan Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan dan hanya akan kembali di perlawanan separuh akhir kedua.

BACA:  Shin Tae Yong Sebarkan Video Aksi Keji Van Hau Cederakan Pemain Lawan