Harimau Malaya Dirompak Pengadil?

Malaysia tewas kepada Vietnam 3-0 dalam perlawanan panas dan penuh kontroversi dengan keputusan pengadil dari Jepun Ryuji Sato yang telah mengoyakkan jiwa penulis.

Permainan berdisiplin pemain Harimau Malaya telah membuatkan permainan menjadi seimbang dan percubaan dari Vietnam berjaya dineutralkan.

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi mencuba ke kubu Vietnam dengan rembatan jarak jauh yang sedikit tinggi dan tidaklah seliar ketika menentang Laos.

Pada minit ke-28, Vietnam berjaya memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan yang berpunca dari sepakan penjuru di mana Nguyen Tien Linh tanpa dicabar melonjak untuk melakukan sundulan melantun ke tanah menewaskan Syihan Hazmi.

Buat pertama kalinya Harimau Malaya bolos di Piala AFF 2022 selepas tiga perlawanan.

Nguyen Van Toan telah dilayangkan kad kuning kedua selepas tiga minit jaringan pembukaan apabila melakukan rempuhan keras ke atas Dominic Tan.

Sebelum itu Nguyen Van Toan mengasari Darren Lok untuk kad kuning pertama, satu kelebihan yang menguntungkan buat Malaysia yang masih mempunyai baki 60 minit permainan.

Hantaran cantik Lee Tuck gagal dipotong pemain Vietnam dan jatuh ke kaki Ruventhiran A/l Vengadesan namun percubaannya tersasar ketika peluang sudah terhidang.

Sepakan percuma Nguyen Hoang Duc pantas disambar Ho Tan Tai yang terus merembat mujur Syihan Hazmi bersedia untuk menafikan gol kedua Vietnam.

Hantaran silang dari Ruventhiran A/l Vengadesan ditanduk cantik tepat dan hampir sempurna namun penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam telah menepis keluar dengan cemerlang sekali. Percubaan tepat pertama Malaysia dalam perlawanan ini.

Dominic Tan telah melakukan satu terjahan tidak berakal dan tidak perlu lagi sia-sia dalam situasi tidak bahaya dan mengutip kad kuning.

Dipenghujung babak pertama, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi telah berjaya melakukan gerakan solo dengan gelecekan menarik dan sekali lagi Dang Van Lam menggagalkan dengan sebelah tangan dan rembatan Mukhairi juga sedikit lemah.

Ternyata kekurangan pemain Vietnam memberi kelebihan yang nyata kepada Harimau Malaya dengan Vietnam hanya bertahan dan melakukan serangan balas pantas.

Doan Van Hau telah melakukan simulasi dan juga provokasi ke atas pemain Malaysia untuk meraih sepakan percuma dari pengadil.

Serangan balas pantas menjadi senjata utama Vietnam selepas permainan bersambung dan beberapa kali benteng Harimau Malaya hampir terhukum.

Pada minit ke-58, Kim Pan Gon memasukkan Muhammad Safawi Rasid dan mengeluarkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Kemudian pengadil perlawanan, Ryuji Sato telah membuat satu keputusan kontroversi, apabila memberi sepakan penalti kepada Vietnam selepas Muhammad Azam Azmi Murad jelas ditolak Doan Van Hau.

Tanpa ulang tayang yang jelas dan kemudiannya Muhammad Azam Azmi Murad pula telah dilayangkan kad merah. Menurut Zainal Abidin Rawop Azam Azmi Murad telah memijak Doan Van Hau dan insiden terjadi diluar kawasan permainan.

Que Ngoc Hai tidak berdepan masalah untuk menewaskan Ahmad Syihan Hazmi untuk gol kedua Vietnam.

Kemudian jelas dilihat Azam Azmi Murad telah ditolak oleh Doan Van Hau dan kemudian memberi reaksi balas yang telah menjelaskan kenapa kad merah namun sepakan penalti terus menjadi misteri.

Nguyen Quang Hai akhirnya masuk dan terus memberi impak untuk membolehkan gol ketiga Vietnam, hantaran lolosnya berjaya menemui Nguyen Hoang Duc dengan chip cantik.

Tamat perlawanan Vietnam meneruskan rekod kemenangan ke atas Harimau Malaya dan Singapura adalah lawan Malaysia untuk perlawanan terakhir.

Kesebelasan utama Malaysia:

Ahmad Syihan Hazmi, Muhammad Azam Azmi Murad, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohamad Faisal Abdul Halim, Lee Andrew Tuck, Darren Lok.

Pemain Simpanan:

Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Vietnam:

Dạng Van Lâm, Doan Van Hau, Do Duy Mạnh, Que Ngọc Hai, Họ Tan Tài, Do Hùng Dung, Nguyên Thành Chung, Nguyên Hoàng Duc, Nguyên Tiền Linh, Phan Văn Dục,
Nguyen Van Toàn

BACA:  Disebalik Kad Merah Peminat Bola Sepak Angkat Hassan Sunny Sebagai Wira