Shin Tae Yong Sebarkan Video Aksi Keji Van Hau Cederakan Pemain Lawan

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong telah menyebarkan dengan memuat naik video aksi keji pemain Vietnam, Doan Van Hau yang membantai dan mencederakan pemain lawan dalam perlawanan.

Doan Van Hau kini menjadi terkenal dan mula dilabel sebagai penipu dan suka bersimulasi di atas padang seolah-olah dia menjadi mangsa selepas mengasari lawan dengan cara yang kotor.

Jika itu peranannnya yang telah ditetapkan oleh Park Hang Seo maka, dia telah menjalankan tugasnya dengan amat cemerlang dan paling ajaib terlepas dari sebarang hukuman.

Shin Tae Yong telah menggunakan akaun Instagram rasminya yang mempunyai 1.3 juta pengikut memuat naik tiga video aksi keji Doan Van Hau.

Bersama video itu Shin Tae Yong yang mungkin geram dengan Doan Van Hau yang langsung tidak menerima hukuman menulis:

“Tidak boleh “usaha para pemain” yang dibuat selama ini tenggelam karena wasit.”

“Wasit dan pemain harus fairplay sama-sama dan saya berharap semoga tidak lagi ada kejadian seperti ini.”

Video pertama adalah dari separuh akhir pertama Indonesia menentang Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno di mana keputusan perlawanan berakhir seri tanpa jaringan.

Aksi terkeras dalam perlawanan itu adalah melalui terjahan bahaya pemain keji Vietnam, Doan Van Hau ke atas Dendy Sulistyawan di babak kedua atau lebih tepatnya pada minit ke-54.

Doan Van Hau melakukan terjahan stamping dengan kedua-dua belah kakinya ketika Dendy Sulistyawan sedang mengejar bola di kawasan permainan Vietnam.

Lantaran terjahan ganas itu Dendy Sulistyawan terus terjatuh dan mengerang kesakitan dan sudah pasti tindakan keras itu mengundang kemarahan pemain Indonesia yang lain.

Doan Van Hau terus melakukan aksi keji apabila turut tergolek, bersimulasi seolah-olah dia mangsa keadaan dan kedua-dua pasukan mula berkerumun.

Para pemain mula melancarkan perang mulut sambil tolak menolak terjadi dan staf kejurulatihan Vietnam turut sama terlibat yang terus menghangatkan royal rumble itu.

Reaksi Park Hang Seo selepas Van Hau terlepas dari sebarang hukuman telah menaikkan lagi kemarahan penyokong Indonesia yang semakin jelas kejahatan itu disengajakan.

Video kedua insiden yang terjadi di penghujung perlawanan di mana Doan Van Hau telah menyepak kaki Ricky Kambuaya di dalam kotak penalti, dia yang menendang namun dia yang mengerang kesakitan seperti ditabrak kok mati.

Pengulas perlawanan menyatakan itu adalah penalti dan pemain Indonesia juga mempunyai pendapat yang sama, ajaibnya Doan Van Hau terlepas lagi, tiada penalti dan tiada kartu.

Menjerit pemain Indonesia meminta penalti dan tidak percaya dengan keputusan pengadil. Nama Doan Van Hau kini trending di Twitter Indonesia dan kejahatan Van Hau itu telah mengungkit kembali kisah gelap pemain Vietnam ke atas pemain Indonesia.

Dan Video terakhir dari Shin Tae Yong adalah aksi ganas Van Hau ke atas Azam Azmi Murad dengan satu sikuan ke arah muka membuatkan Azam Azmi Murad menggelepur di tanah.

Sudah pastinya tiada sebarang hukuman ke atas Van Hau dan kejadian ini terjadi dalam perlawanan Malaysia menentang Vietnam di peringkat kumpulan.

Ternyata dengan memuat naik video ini, Shin Tae Yong telah berjaya membuatkan peminat bola sepak Vietnam naik hantu dan menyerang Instagramnya.

Tindakan Shin Tae Yong ini juga pasti akan membuatkan hubungannya yang sudah sedia keruh dengan Park Hang Seo akan bertambah-tambah keruh di mana mereka menolak untuk berjabat tangan selepas perlawanan dan mengakui mempunyai masalah peribadi.

BACA:  Doan Van Hau Gelar Marc Klok Aktor Yang Dramatis