Video Van De Beek Buktikan Kenapa Beliau Perlu Diturunkan Lebih Kerap

Satu video kompilasi aksi Donny Van De Beek ketika menentang Granada mencadangkan bahawa pemain perancang Manchester United itu memerlukan lebih masa dan minit permainan.

Donny Van De Beek membuat penampilan selama 45 minit masuk menggantikan Paul Pogba pada minit ke-46 dan ketika itu perlawanan sudah tidak begitu penting lagi.

Ramai berbeza pandangan tentang Doony Van De Beek yang hadir ke Manchester United dengan nilai £35 juta dan memegang reputasi semi finalis Champions League dan bukan Europa League.

Ada berpendapat Ole Gunnar Solskjaer perlu mengikut cara Van de Beek dan ada yang mahukan Van de Beek berubah mengikut corak permainan Ole Gunnar Solskjaer.

Secara logikny, Van de Beek yang perlu menyesuaikan diri dengan cara Ole dan Ole perlu memberi lebih masa permainan kepada pemain muda ini.

Sepanjang musim ini, Van de Beek dimasukkan sebagai pemain gantian yang tidak berapa memberi impak dan hanya bermula dari kesebelasan utama sebanyak dua kali di Premier League dalam 31 perlawanan.

Selepas tersebar video kompilasi aksi Van De beek ramai mahukan pemain Belanda ini diberikan peluang untuk bermain bagi mendapatkan minit permainan yang lebih.

Kekerapan dan bertambahnya minit permainan Van De Beek membolehkan pemain ini mengadaptasi corak permainan Ole Gunnar Solskjaer dan membentuk keserasian dengan rakan sepasukan.

Dalam perlawanan menentang Granada ada yang menyatakan kemasukan Donny van De Beek memberi impak dan hakikatnya perlawanan ini sudah menjadi milik Setan Merah.

Jelas Manchester United mara ke separuh akhir dengan aksi sendu Granada yang bergelut walaupun penuh bersemangat.

Donny van De Beek tampak berfungsi dalam perlawanan ini dengan mencipta penguasaan dan membawa bola dari kejauhan ke kawasan berbahaya.

Assist hampir dicipta melalui hantaran lintang tapi sayang, Mason Greenwood terlalu gopoh untuk menanduk.

Berwajah skema dan penampilan seperti budak yang baik lagi berakhlak ramai yang bersimpati dengan nasib Donny Van de Beek seperti dianak tirikan.

Penggunaan van de beek dengan sebetulnya mampu mengurangkan beban dan kebergantungan yang melampau kepada Bruno Fernandes.

Suku Akhir kedua: Manchester United 2-0 Granada (Agg. 4-0)

Selesaikan perlawanan suku akhir Champions League maka diteruskan dengan kejohanan kelas dua Eropah iaitu Europa League juga di peringkat suku akhir untuk pasukan yang agak lemah dan kurang berpotensi.

Granada tewas kepada Manchester United pada perlawanan pertama dan memberi dua gol tempat lawan sebagai bekalan Setan Merah untuk perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.

Manchester United turun tanpa Harry Maguire, Luke Shaw dan Scott McTominay dalam perlawanan ini kerana menjalani penggantungan satu perlawanan serta Marcus Rashford yang tidak cergas.

Axel Tuanzebe, Alex Telles dan Nemanja Matic menggalas tugas dengan kekosongan yang ditinggalkan. Pasti tiada masalah dengan kelebihan yang ada.

Edison Cavani meletakkan Manchester United dihadapan pada minit ke-8 perlawanan selepas melibas masuk tandukan ke belakang dari Paul Pogba.

Sangat genius Paul Pogba jika beliau memang mahu menghantar bola kepada Cavani dengan tandukan itu atau sekadar tandukan tidak tepat.

Paul Pogba menjadi bingung apabila dilayangkan kad kuning selepas diasak oleh kapten Granada, German Sanchez dari belakang dengan bersungguh-sungguh.

Ulang tayang menunjukkan Pogba telah menyiku pemain Granada itu dan Pogba terus bingung dan tidak puas hati kerana tidak boleh menonton replay.

Perlawanan ini dilangsungkan tanpa diiringi ulasan daripada pengulas mungkin disebabkan oleh masalah teknikal sehinggal memasuki minit ke-26.

Patut la pelik semacam, takda pengulas rupanya. Tiada gol tambahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Donny van de Beek masuk menggantikan Paul Pogba pada minit ke-46 dan terus membuat satu hantaran silang kepada Mason Greenwood.

Walaupun mempunyai masa secukup untuk menahan bola dan tidak dikawal, Mason Greenwood memilih untuk melakukan satu tandukan yang lemah.

Selepas itu Bruno Fenandes pula menghantar bola namun tandukan Edison Cavani tidak tepat dan terkena bahu walaupun sudah melonjak dengan cantik.

Percubaan Donny van de Beek pula menyaksikan bola sedikit sahaja tersasar dari gawang. Minit ke-60, Edison Cavani dikeluarkan dan Daniel James masuk.

Semangat melawan Granada yang pertama kali beraksi di pentas Eropah dan mampu mara sejauh ini tidak padam namun kualiti sentuhan menjadi penghalang.

Perlawanan berlangsung dengan penuh kebosanan dan hanya menunggu masa untuk tamat. Setan Merah sudah tidak bernafsu mencari gol.

Oleh kerana terlalu sukar untuk menjaringkan gol Setan Merah, Jesus Vallejo menjaringkan gol sendiri selepas mata cuba menanduk tapi tidak sampai.

Kempen Eropah yang cemerlang buat Granada yang pertama kali merasai pentas Eropah dan terus ke suku akhir dan tewas kepada pasukan yang hebat.

As Roma menanti Manchester United di separuh akhir.

Manchester United (4-3-3): De Gea, Wan-Bissaka, Telles, Tuanzebe, Lindelof, Fred, Matic, Fernandes, Pogba, Greenwood, Cavani.

Subs: Grant, Henderson, Fish, Williams, Diallo, James, Mata, Van de Beek, Elanga, Rashford, Shoretire.

Granada (4-2-3-1): Rui Silva, Foulquier, Vallejo, Neva, German, Montoro, Gonalons, Kenedy, Herrera, Machis, Soldado.

Subs: Aaron, Arnau, Nehuen, Suarez, Puertas, Victor Diaz, Molina, Isma Ruiz, Torrente.

Suku akhir pertama: Granada 0-2 Manchester United

Saingan suku akhir Europa League 2022/21 kembali bersambung usai tamat perlawanan Champions League dan perlawanan Manchester United menentang Granada sudah pasti menjadi tumpuan.

Granada bukanlah pasukan yang mempunyai kegemilangan seperti Manchester United dan mereka kembali ke La Liga pada musim 2019/20 dan menamatkan saingan di La Liga di tempat ketujuh.

Ini merupakan kali pertama Granada dalam sejarah kelab selama 89 tahun mara ke kejohanan Eropah selepas melepasi pusingan kelayakan Europa League.

Kejayaan termantul Granada adalah pada musim 1958/59 apabila muncul naib juara Copa del Rey dan itulah kejayaan paling besar mereka sebelum beraksi di Europa League.

Diego Martinez yang merupakan pengurus termuda di La Liga merupakan insan bertanggungjawab membawa Granada dari liga bawahan ke La Liga dan Europa League dalam tempoh dua musim sahaja.

Agak luar biasa pencapaian Diego Martinez membawa pasukan yang mempunyai skuad bernilai €111.9 juta dan bertemu Manchester United di suku akhir Europa League.

Manchester United pada awal musim lalu dianggarkan bernilai £655.81 juta dan nilai itu kini telah meningkat kepada £719.87 juta.

David De Gea diturunkan oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan ini dan jika mengikut tradisi, penjaga gol kedua akan beraksi di saingan Europa League.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer menguasai perlawanan sejak dari wisel permulaan ditiup oleh pengadil dan Granada bermain baik menyerap asakan.

Selepas setengah jam perlawanan berlangsung tiada langsung percubaan berbahaya berjaya dilakukan Manchester United walaupun lebih dominan.

Sehinggalah pada minit ke-31 apabila lambungan cantik Victor Nilsson Lindeloef berjaya disudahkan dengan larian pada masa yang tepat oleh Marcus Rashford.

Marcus Rashford berjaya melepasi perangkap offside dan membawa bola secara solo dan mudah untuk meletakkan Manchester United dihadapan.

Marcus Rashford kini menjadi pemain ke-4 Premier League yang telah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan musim ini selepas Harry Kane (29), Mohamed Salah (27) danBruno Fernandes (23).

Jaringan 20 gol semusim ini merupakan secara back-to-back buat pertama kali dalam karier Rashford yang menjaringkan 22 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Granada juga mempunyai kaki dan memberi tindak balas dan mahukan gol penyamaan, Voli Yangel Herrera telah hinggap betul-betul ketiang dan diselamatkan David De Gea.

Alex Telles masuk menggantikan Luke Shaw untuk separuh masa kedua dan Marcus Rashfor digantikan dengan Edison Cavani pada minit ke-65.

Tiada aksi menarik di sepanjang separuh masa kedua dengan permainan yang sangat bosan dipamerkan kedua-dua pasukan terutamanya Manchester United yang sepatutnya boleh menang mudah.

Semangat dan kerja keras tampak dipamerkan pemain Granada yang tidak berputus asa mencari gol penyamaan namun kualiti penyudah yang menjadi penghalang.

Pengurus Granada, Diego Martinez kelihatan gembira dan bertepuk tangan memberi semangat setiap para pemain beliau berjaya melakukan percubaan.

Selepas 80 minit permainan, Manchester United hanya melakukan satu sahaja percubaan tepat dari Marcus Rashford yang menghasilkan gol pembukaan.

Yan Brice Eteki masuk pada minit ke-86 telah memberikan sepakan penalti kepada Machester United selepas menyiku Bruno Fernandes betul-betul depan mata pengadil.

Percubaan tepat kedua Manchester United hadir melalui sepakan penalti Bruno Fernandes yang hampir di selamatkan namun Rui Silva gagal menangkap kemas.

Harry Maguire, Luke Shaw dan Scott McTominay akan terlepas perlawanan suku akhir kedua di Old Trafford selepas mengutip kad kuning dan cukup kuota untuk digantung satu perlawanan.

Granada (4-2-3-1) Silva; Diaz, Vallejo, Duarte, Neva; Herrera, Gonalons; Puertas, Montoro, Kenedy; Soldado.

Substitutes: Banacloche, Fabrega, Foulquier, Nehuen Perez, German, Suarez, Brice, Machis, Molina.

Manchester United (4-2-3-1) David de Gea; Aaron Wan-Bissaka, Victor Nilsson Lindeloef, Harry Maguire, Luke Shaw; Paul Pogba, Scott McTominay; Daniel James, Bruno Fernandes, Marcus Rashford; Mason Greenwood.

Substitutes: Lee Grant, Dean Henderson, Edison Cavani, Juan Mata, Fred, Amad Diallo, Alex Telles, Nemanja Matic, Brandon Williams, Donny van de Beek, Axel Tuanzebe, Anthony Elanga.

Referee Artur Dias (Portugal)

BACA:  Man United Masih Cari Rentak, Positifnya Van De Beek Melakukan Debut Dengan Gol