Doucoure Diharamkan Selepas Bergaduh Dengan Lampard Di Bilik Persalinan

Abdoulaye Doucoure telah diharamkan dan digantung dari latihan bersama pasukan utama Everton minggu lalu selepas bergaduh dengan pengurus pasukan, Frank Lampard di bilik persalinan.

Kejadian pertengkaran dan saling menjual beli kata-kata antara Abdoulaye Doucoure dan Frank Lampard ini berlaku dalam kekalahan mereka kepada Southampton di Goodison Park.

Natijah daripada peristiwa itu menyaksikan pemain pertahanan Mali tidak terlibat dalam perjuangan pasukan yang terlah berkunjung ke West Ham United pada sabtu di mana Everton tewas lagi.

Doucoure, yang berbaki enam bulan dalam kontraknya di Goodison Park, difahamkan meneruskan pertelingkahannya dengan Lampard di pangkalan latihan Finch Farm kelab minggu lalu dan meninggalkan pengurusnya tanpa pilihan selain mengambil tindakan.

Daripada diturunkan untuk berlatih bersama skuad Bawah 21 tahun, Abdoulaye Doucoure dilihat lebih rela melakukan sesi latihan sendirian, jauh daripada kumpulan untuk mengelakkan gangguan lebih lanjut ketika Lampard bersedia untuk perlawanan penting di West Ham.

Pada sidang akhbarnya minggu lalu, Lampard merujuk kepada fakta bahawa dia tidak berpuas hati dengan sikap pemain tertentu apabila berkata:

“Saya ada perkara untuk diperkatakan kerana dari sudut pandangan saya dalam kedudukan yang kita ada, kita telah berjuang dan bersedia. untuk perjuangan. Jika pemain di bilik persalinan kecewa kami kalah maka itu bagus.”

“Jika mereka mahu berjuang dan menjadi rakan sepasukan yang baik, tidak memikirkan tentang diri mereka sendiri, fikirkan tentang pasukan dan cuba mendapatkan keputusan minggu depan dan melatih intensiti yang hebat, sama ada mereka bermula atau tidak, itu sahaja yang saya mahukan.”

Aboulaye Doucoure, yang ditandatangani oleh bekas pengurus Carlo Ancelotti pada September 2020, hanya membuat 12 penampilan musim ini, yang terakhir menentang Manchester United dalam Piala FA pada 5 Januari.

Tidak dapat dielakkan lagi pemain berusia 30 tahun itu akan meninggalkan Goodison Park apabila kontraknya tamat tetapi ada kemungkinan dia akan pergi semasa jendela januari ini dengan Marco Silva, yang menguruskannya di Watford, berminat untuk membawanya ke Fulham.

Everton perlu mendapatkan semula wang untuk membawa masuk pemain baru yang sangat mereka perlukan. Tiada keputusan lagi dibuat mengenai siapa yang akan menjadi pengurus untuk perlawanan seterusnya, menentang Arsenal, pada 4 Februari di Goodison Park.

Ketika berita ini diketik ura-ura bertebaran Frank Lampard sudah dipecat namun masih tiada lagi pengumuman rasmi dari Everton dan hari ini adalah hari terakhir Lampard.

Situasi di Everton sangat teruk ketika ini di mana hubungan peminat dan board sudah hancur berkecai kerana pengurusan yang teruk lagi huru-hara menjerumuskan kelab dalam masalah kewanangan.

Frank Lampard dilantik pada tahun lalu menggantikan Rafa Benitez dan selepas 38 perlawana, Lampard hanya berjaya menghadirkan 35 mata dengan 9 kemenangan sahaja, 8 seri dan 21 kekalahan.

Lampard perlu digantikan segera jika Everton mahu terus untuk berada dalam Premier League musim hadapan.

BACA:  Kemuliaan Hati Lampard Kirim Mesej Semangat Kepada Gerrard