Bintang Manchester United, Edinson Cavani mencuri perhatian peminat selepas beliau menunjukkan aksi tak menyerah untuk memenangi bola ketika aksi kemenangan 2-1 setan merah menewaskan Villarreal.
Walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian, Cavani tetap menunjukkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan peringkat kumpulan saingan Champions League itu.
Work rate dan keinginan yang beliau tunjukkan untuk membantu setan merah mencatatkan kemenangan tidak boleh dipertikaikan lagi.
🗞 Unai Emery employs a tactical periodisation method of warming up his substitutes – they were going through a routine when Cavani decided to stretch his muscles between them in an apparent effort to unsettle, provoking an angry response from Emery's staff. [@TheAthleticUK] pic.twitter.com/1XwY0B06kN
— UtdDistrict (@UtdDistrict) October 1, 2021
Kerana itu jugalah bintang Uruguay itu menjadi pemain paling disayangi peminat sejak dari awal ketibaannya pada Oktober 2020 lalu.
Selain usaha, kerja keras, pengalaman dan segala sumbangannya di atas padang, peminat turut mengagumi Cavani kerana kesanggupan beliau melepaskan jersi nombor tujuh miliknya kepada Cristiano Ronaldo.
Cavani berjaya memahat namanya di hati peminat dengan cara beliau yang tersendiri.
Ketika aksi kemenangan setan merah menewaskan Villarreal di Old Trafford kemarin, Cavani dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, dan beliau dianggap punca kepada semangat pemain United untuk melakukan comeback.
Ronaldo will get all the credit but if it wasn’t for Cavani’s incredible work rate, we would’ve drawn that game
pic.twitter.com/5d9WewOqQH— Alexei (@MUFC_redarmy99) September 30, 2021
Apa yang menariknya lagi, beliau telah mengeluarkan segala kudrat yang dimiliki untuk memenangi bola ketika build up untuk gol kemenangan yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo.
Semangat yang Cavani tunjukkan dalam perlawanan tersebut wajar dipuji dengan beliau jelas membuktikan betapa beliau mahu membantu skuadnya untuk mencatat kemenangan.
Ekoran dari dibelenggu masalah kecederaan pada musim ini, Cavani akhirnya berjaya mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya untuk diturunkan.
Beliau membuktikan kemampuannya dengan memberikan impak yang sangat positif setiap kali diturunkan walau sebagai pemain gantian.
Edinson Cavani appreciation tweet.
He changed the game when he came on yesterday with his work rate and energy! pic.twitter.com/KHwEDM9IJp— The United Devils (@TheUnitedDevils) September 30, 2021
Cavani telah membuktikan yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk membantu United memenangi Piala kejuaraan pertama mereka.
Selain aksi atas padang, ketika pertembungan bertemu Villarreal sebelum ini, beliau turut menunjukkan impak yang luar biasa di luar padang.
Beliau dimasukkan pada minit ke-75 permainan, dan ketika bekas penyerang Paris Saint Germain itu diarahkan untuk pergi memanaskan badan, beliau memilih untuk mencari pasal dengan pemain simpanan pasukan lawan.
The Athletic melaporkan bagaimana Cavani mengganggu pemain simpanan Villarreal ketika mereka sedang memanaskan badan.
Tindakan Cavani itu telah mencetuskan kemarahan staff Villarreal yang jelas tidak gembira dengan tindakan bintang Uruguay itu.
Cavani out here bringing shithousery to a new level before even being on the pitch. The tone he sets when he comes off the bench is magnificent, love the bloke. https://t.co/tGNcrFxjEB
— United Peoples TV (@UnitedPeoplesTV) October 1, 2021
Menurut laporan sama, pemain simpanan Villarreal ketika itu sedang memanaskan sejak dari minit ke-50 permainan, Cavani kemudian mengganggu mereka dengan beliau melakukan regangan otot di tengah-tengah mereka.
Staff Villarreal kemudiannya bangun meluahkan kemarahan mereka dan meminta agar Cavani meninggalkan kawasan tersebut.
Nampak? Walau belum masuk padang, Cavani sudah mula cetuskan sedikit kekecohan untuk memancing emosi pasukan lawan.
You no fit hate Edinson Cavani 😍 pic.twitter.com/sBiR8wbsxu
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) September 30, 2021
Kemenangan tersebut membantu United untuk berada di kedudukan ketiga dalam saingan kumpulan F, dengan satu mata sahaja dipisahkan dari pendahulu, Atalanta.
Sumber: GMS