Villarreal Cemerlang Jadi Pasukan Pertama Tewaskan Bayern Munich Dalam Saingan UCL Musim Ini

Villarreal berjaya menjadi pasukan pertama yang mampu menewaskan Bayern Munich dalam saingan Champions League pada musim ini.

Bayern Munich turun bertemu dengan skuad kendalian Unai Emery itu untuk aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League awal pagi tadi.

Villarreal berjaya mengejutkan peminat seluruh dunia selepas mereka terlebih dahulu mendahului Bayern Munich pada minit ke-8 permainan menerusi Arnaut Danjuma.

Gol dari bintang Belanda itu sudah cukup untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Villarreal seterusnya membantu mereka untuk membawa bekalan satu gol ke Allianz Arena minggu hadapan.

Apa yang lebih menarik lagi, Villarreal merupakan pasukan pertama yang berjaya mencatatkan clean sheet bertemu Bayern Munich sejak tiga tahun yang lalu.

Sejak kali terakhir bertemu Liverpool pada tahun 2019 yang lalu, Bayern Munich tak pernah gagal untuk menjaringkan gol dalam mana-mana perlawanan Champions League.

Villarreal selayaknya dipuji kerana mereka berjaya memastikan Bayern Munich gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan lebih manis lagi mereka cemerlang mencatat kemenangan.

Giovani Lo Celso telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut selepas beliau cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau berjaya merekodkan 86% ketepatan hantaran, 73 sentuhan, 42 hantaran, 23 hantaran ke final third, memenangi lapan perebutan bola, 5 kali berjaya masuk ke kawasan final third, melakukan 4 sentuhan dalam kotak penalti lawan, melakukan 3 tackle dan cemerlang melakukan 2 pintasan.

Kecemerlangan beliau di posisi midfield benar-benar membantu Villarreal untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Rakan sepasukannya, Dani Parejo turut bermain dengan sangat baik dan mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan.

Parejo berjaya melakukan 55 sentuhan, 30 hantaran, 81% ketepatan hantaran, mencatatkan satu assists, mencipta 2 peluang, 2 hantaran jauh sempurna, 3 hantaran silang, satu gelecekan sempurna, memenangi 5 perebutan bola, melakukan tiga tackle dan melakukan satu hadangan.

Jelas sekali gandingan kedua-dua Parejo dan Lo Celso benar-benar membantu Villarreal untuk memastikan Bayern Munich gagal untuk mendapatkan persembahan terbaik mereka.

Selain cemerlang di posisi midfield, kedua-dua mereka juga sangat berprestasi ketika membantu barisan pertahanan dan cemerlang ketika naik melancarkan serangan.

Villarreal sendiri turut memiliki beberapa kesempatan emas untuk menjaringkan gol namun malang sekali hanya satu gol berjaya mereka hasilkan.

Tidak dinafikan Bayern Munich sememangnya tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini hingga menyebabkan mereka terpaksa akur tewas di tangan gergasi La Liga itu.

Walau bagaimanapun, harus diakui juga yang Villarreal masih belum boleh menarik nafas lega, kerana mereka selepas ini akan beraksi di Allianz Arena pula.

Bayern Munich jelas sekali kebiasaannya akan beraksi dengan sangat cemerlang di halaman mereka sendiri, dan perbezaan satu gol itu sepertinya tak menjadi masalah untuk Bayern kembali mengejar.

Rekod Bayern Munich bermain di halaman sendiri tersangatlah baik dan melihat kepada rekod jaringan mereka, Villarreal sendiri sudah tentu sedar apa yang akan mereka hadapi di Allianz Arena nanti.

Walau bagaimanapun juga, tidak boleh dinafikan yang Villarreal juga berhak untuk menang dan mungkin Unai Emery sudah ada persiapan tersendiri untuk berdepan dengan Bayern Munich nanti.

Pemenang dalam perlawanan ini akan bertemu pemenang antara Liverpool bertemu Benfica di peringkat separuh akhir nanti.

Liverpool baru sahaja menewaskan Benfica 3-1 semalam, dan sepertinya mereka antara pasukan kegemaran yang sudah menjamin tempat untuk beraksi di peringkat separuh akhir nanti.

Kedua-dua Bayern Munich dan Villarreal pula sudah tentu akan sangat mahu untuk beraksi di peringkat separuh akhir nanti, namun semuanya bergantung kepada keputusan aksi leg kedua mereka nanti.

BACA:  Champions League 2021/22: Villarreal 0-2 Manchester United