Champions League 2021/22: Manchester United 2-1 Villarreal

Manchester United turun untuk perlawanan kedua Champions League musim 2021/22 menentang pasukan yang menafikan kejuaraan Europa League musim lalu, Villarreal.

Pada perlawanan pembukaan kumpulan F dua minggu lalu, Setan Merah telah dikejutkan oleh pasukan Young Boys yang bukanlah menjadi pasukan pilihan.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer masih lagi dirundung kesenduan selepas tewas kepada West Ham United dan juga Aston Villa dengan permainan yang buruk.

Laungan #OleOut atau #OleKeluar semakin kuat kedengaran rentetan kekalahan kepada Young Boys kemudian membawa ke Piala Liga dan juga Premier League.

Dengan barisan pemain yang ada dalam pasukan Setan Merah, di atas kertas mudah untuk Manchester United menjadi juara kumpulan F namun setakat ini tidak menjadi.

Manchester United memulakan permain dengan satu aksi yang meyakinkan apabila terus melakukan ancaman ke kubu Villarreal selepas sepak mula perlawanan.

Namun situasi itu hanya bertahan untuk tempoh 10 minit pertama sahaja apabila Villarreal memberi reaksi balas dengan percubaan yang mampu mengecutkan perut.

Dalot yang beraksi dari kesebelasan utama menggantikan Aaron Wan Bissaka yang digantung kerana mengutip kad merah nyata bocor teruk dengan aksi lincah dan liar Amaut Danjuma.

Beberapa kali Dalot dipermainkan dengan mudah oleh Amaut Danjuma namun kecekapan dan aksi bertaraf dunia David De Gea menyelamatkan gawang Setan Merah.

Manchester United terus buntu untuk mengasak Villarreal di mana bahagian tengah tidak berfungsi dengan baik dan terputus hubungan menyaksikan banyak hantaran lambung dihasilkan.

Villarreal banyak membazirkan peluang terbaik mereka pada separuh masa pertama yang mampu memberi keselesaan.

Pada minit ke-53 barulah Villarreal berjaya menyudahkan peluang yang mereka cipta sepanjang perlawanan ini apabila hantaran Amaut Danjuma berjaya disambar Paco Alcacer.

Tolakan jarak dekat Paco Alcacer gagal untuk diselamatkan David De Gea dan Manchester United tampak mati akal walaupun cuba untuk menyamakan kedudukan.

Tujuh minit selepas itu Alex Telles berjaya menyamakan kedudukan dengan satu voli separuh yang berpunca daripada sepakan sudut Bruno Fernandes.

Alex Telles terus melakukan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti dicelahan tiga pemain Villarreal untuk mengikat kembali kedudukan.

Pada minit ke-75 kemasukkan Nemanja Matic dan Edison Cavani menggantikan Jadon Sancho dan Paul Pogba menambah sengat Setan Merah dengan permainan penuh bersemangat dari Edison Cavani.

Percaturan genius Ole Gunnar Solskjaer pada minit ke-89 memasukkan pemain supersub Jesse Lingard dan senjata rahsia kesayangan ramai, Fred membuahkan hasil.

Kemasukkan dua pemain ini telah menghasilkan gol kemenangan Manchester United pada saat akhir perlawanan melalui Cristiano Ronaldo. Klasik Manchester United.

Hantaran yang tampak kelaut dari Fred berjaya ditanduk Cristiano Ronaldo yang mencari Jesse Lingard yang dikawal dua pemain Villarreal.

Menyaksikan kedudukan beliau membelakangi gawang, Jesse Lingard menolak kembali bola kepada Cristiano Ronaldo kembali yang segera melepaskan rembatan kencang.

Laungan SIU kembali bergema bukan sahaja di Old Trafford malahan turut bergegar ke media sosial. Ronaldo diangkat menjadi wira dan jasa Lingard dan Fred dilupakan.

Kesebelasan utama Manchester United : de Gea, Dalot, Varane, Lindelof, Alex Telles, Pogba, McTominay, Greenwood, Bruno Fernandes, Sancho, Ronaldo.

Pemain Simpanan : Bailly, Mata, Martial, Lingard, Fred, Cavani, Heaton, Henderson, Matic, van de Beek, Elanga.

Kesebelasan utama Villarreal: Rulli, Foyth, Albiol, Torres, Moreno, Parejo, Capoue, Trigueros, Pino, Alcacer, Danjuma.

Pemain Simpanan : Sergio Asenjo, Mario, Iborra, Estupinan, Dia, Pena, Mandi, Moi Gomez, Pedraza, Iosifov, Jorgensen.

Pengadil : Felix Zwayer (Jerman).

Champions League 2021/22: Young Boys 2-1 Manchester United

Manchester United berkunjung ke Wankdorf Stadion untuk beraksi bertemu Young Boys dalam perlawanan pembukaan saingan Champions League.

Setan merah pada musim lalu mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua, seterusnya membantu mereka untuk mara ke saingan Champions League musim ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu berjaya mara ke aksi perlawanan akhir Europa League musim lalu, namun mereka ditewaskan oleh Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagi menghadapi saingan Champions League musim ini, Man United telah melakukan persiapan yang sangat rapi dengan menandatangani tiga pemain berprofil tinggi.

Setan merah berjaya melengkapkan perpindahan Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas ini.

Young Boys pula pada musim lalu telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam saingan Europa League, dengan mereka turut mengejutkan Bayer Leverkusen dengan kemenangan 6-3.

United jelas menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan bertemu Young Boys ini, apa lagi dengan mereka menurunkan skuad terbaik yang dimiliki.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Young Boys memulakan perlawanan dengan agak baik dan turut berjaya merencana beberapa gerakan merbahaya.

Manchester United kemudiannya berjaya melakukan serangan balas dan turut merencana beberapa serangan merbahaya untuk menguji gawang gol Young Boys.

Pada minit ke-13 permainan, Manchester United berjaya membuka tirai jaringan menerusi Cristiano Ronaldo yang menyudahkan percubaan awal dari Bruno Fernandes.

Selepas menjaringkan dua gol ketika debutnya dalam saingan Premier League bertemu Newcastle, Ronaldo kini berjaya meledak gol ketika aksi debutnya di pentas saingan Champions League, bersama Manchester United.

United dilihat lebih dominan sepanjang 30 minit permainan dengan mereka lebih banyak berpeluang untuk menambah gol berbanding Young Boys.

Pasukan tuan rumah turut sesekali berjaya melakukan percubaan namun kesemuanya berjaya dikawal dengan baik oleh De Gea dan barisan pertahanan United.

Pada minit ke-35 permainan, Aaron Wan Bissaka terpaksa mandi awal selepas beliau dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas pemain Young Boys.

Jaringan pendahuluan Cristiano Ronaldo kekal sehingga tamat aksi babak pertama permainan, dengan skuad setan merah kembali ke bilik persalinan dengan hati yang tenang.

Kekurangan seorang pemain, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa mengeluarkan Sancho dan Van de Beek untuk memasukkan Diogo Dalot dan Raphael Varane.

Young Boys kemudiannya beberapa kali melakukan percubaan ke arah gawang gol United namun kesemuanya gagal untuk menghasilkan jaringan.

Pada minit ke-66, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya merobek gawang gol United menerusi, Nicolas Ngamaleu.

Terkejut dengan gol itu, United dilihat semakin tertekan dengan Young Boys menguasai hampir 78% penguasaan bola.

Ole menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam berhadapan dengan situasi kekurangan pemain dengan mengeluarkan Ronaldo dan Fernandes pada minit ke-72 permainan.

Jesse Lingard dan Nemanja Matic dibawa masuk dalam usaha Ole untuk menstabilkan bahagian tengah dan mengurangkan beban barisan pertahanan beliau yang teruk di uji.

Young Boys terus menerus melancarkan serangan untuk mencari gol pendahuluan, namun mereka sebenarnya dilihat sudah berpuas hati dengan keputusan seri.

Pasukan tuan rumah dilihat buntu untuk mencari gol dengan segala usaha mereka hanyalah berakhir dengan kegagalan.

Ketika perlawanan sudah hampir tamat, Jesse Lingard telah melakukan satu kesilapan ultimate dungu, dengan beliau menghantar bola ke dalam kotak penalti, tetapi jauh dari kaki De Gea.

Tidak tahu apa hasrat dan perancangan beliau, namun beliau seolah-olah melakukan hantaran terus mencari Jordan Siebatcheu yang kemudiannya tenang menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Young Boys.

Ia merupakan kekalahan yang sungguh perit dan pahit untuk ditelan, dek kerana United bertahan dengan pelbagai ujian, namun hanya kerana kedunguan Lingard, mereka terpaksa dihukum dengan kekalahan.

Pengadil perlawanan kemudiannya membunyikan wisel penamat, dengan para pemain Young Boys bergembira meraikan kejayaan mereka menewaskan pilihan utama kejohanan Manchester United.

Ia jelas sekali permulaan yang tidak begitu baik untuk Manchester United dalam saingan Champions League pada musim ini, dengan mereka mencatatkan kekalahan pertama di tangan pasukan bukan pilihan.

YOUNG BOYS (4-2-3-1): Von Ballmoos 6.5; Hefti 7 (Sulejmani 83), Camara 6.5, Lauper 7 (Zesiger 90+2), Garcia 6.5; Sierro 6 (Siebatcheu 46), Martins Pereira 7 (Rieder 82); Fassnacht 6, Aebischer 7, Ngameleu 8; Elia (Kanga 90+2). Subs: Zbinden, Faivre, Spielmann, Jankewitz, Burgy, Mambimbi, Maceiras.

Penjaring: Moumi 66, Siebatcheu 90+5

Kad kuning: Martins Pereira, Fassnacht

Pengurus: David Wagner 8

MAN UTD (4-2-3-1): De Gea 6; Wan-Bissaka 4, Lindelof 6, Maguire 6.5, Shaw 6.5; Van de Beek 6 (Varane 46, 5.5), Fred 6 (Martial 89); Sancho 6 (Dalot 37, 6), Fernandes 7 (Matic 72, 6), Pogba 5; Ronaldo 6.5 (Lingard 72, 4).

Pemain simpanan: Heaton, Kovar, Bailly, Mata, Greenwood, Elanga.

Penjaring: Ronaldo 13

Kad Merah: Wan-Bissaka

Kad kuning: Varane

Pengurus: Ole Gunnar Solskjaer 5.5

Pengadil: Francois Letexier (France) 7

Sumber line up: Daily Mail

BACA:  Gol Sulung Messi, Bantu PSG Benam City Di Parc des Princes