Khamis lalu telah selesai perbincangan berkaitan isu penangguhan Liga Perdana dan kata sepakat untuk terus menggantung Liga hingga 30 April telah pun dipersetujui semua pihak.
Pada awalnya pihak FA merancang untuk menggantung Liga hingga empat April sahaja, tetapi memandangkan penularan virus Covid-19 ini semakin teruk ia terpaksa dilajakkan hingga 30 April.
Sebelum ini ada pasukan dari Premier League mahukan agar saingan musim ini dibatalkan dan dianggap tidak sah.
APRIL 30TH at The Earliest 🤔https://t.co/Tc1bimdesN
— TheWinslowHotel (@TheWinslowHotel) March 19, 2020
Spurs dan West Ham antara pasukan yang bersungguh-sungguh mahu saingan Liga musim jni dibatalkan dan dianggap tidak sah.
Maksudnya, saingan musim ini ditamatkan terus dengan tiada Juara ditabalkan dan juga tiada pasukan yang akan disingkirkan.
Mengapa West Ham begitu bersungguh untuk membatalkan saingan Liga Perdana musim ini?
Jamie Carragher has shot down suggestions by West Ham vice-chairman Karren Brady that the Premier League season should be ‘voided’ amid the #coronavirus pandemic.#COVID19 https://t.co/GUUstC6Z8j
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) March 15, 2020
Jika diperhatikan pada kedudukan dalam carta liga, West Ham kini berada di kedudukan ke-16, dan hanya terselamat dari zon penyingkiran kerana mempunyai kelebihan jaringan sahaja.
Jadi dengan itu jelaslah menunjukkan pendirian sesebuah kelab mengenai pembatalan liga adalah berdasarkan keperluan dan keuntungan masing-masing sahaja.
Rentetan dari perkembangan itu, enam pasukan dari Liga Championship dikatakan bersedia untuk menyaman Premier League sekiranya mereka gagal memberikan tiga slot promosi pada musim hadapan.
The top six clubs in the Sky Bet Championship are ready to launch a legal challenge against their Premier League counterparts if they try to declare this season null and void and deny them three promotion places.
— Times Sport (@TimesSport) March 16, 2020
Menurut sumber dari The Times, enam pasukan yang dimaksudkan itu adalah Leeds, West Brom, Fulham, Brentford, Nottingham Forest dan juga Preston.
Kesemua enam pasukan itu sebenarnya berpeluang untuk dipromosikan ke Premier League musim depan jika dilihat dari kedudukan mereka dalam saingan Liga.
Setidak-tidaknya tiga dari mereka akan dipromosikan ke Premier League melalui saingan play-off.
Top six in Championship hold secret meeting and are ‘ready to launch legal challenge’ against Premier League if season is declared void https://t.co/EaH6golDZf
— MailOnline Sport (@MailSport) March 17, 2020
Malah apa yang lebih dasyat lagi, pucuk pimpinan kesemua enam pasukan itu turut telah mengadakan mesyuarat rahsia sesama mereka untuk memungkinkan tindakan tersebut pada Isnin lalu.
Mereka turut sedar akan niat beberapa pasukan di premier league yang mahu membatalkan liga menggunakan alasan penularan virus Covid-19 ini.
Dek kerana itu, keenam-enam pasukan tersebut juga mendesak agar Liga Championship ditamatkan sebagaimana perancangan yang ada di premier league.
The Euros have been delayed and the top six Championship clubs are ready to launch a legal challenge against their Premier League counterparts if they try to cancel this season and deny them three promotion places https://t.co/cAXTRe9Fex
— The Times (@thetimes) March 17, 2020
Selain mendesak Liga Championship dibatalkan, mereka turut meminta agar diberikan tiga slot promosi ke Premier League seperti musim-musim sebelum ini.
Jika mengikut kepada pelan radikal pihak FA, hanya akan ada dua pasukan akan dipromosikan ke Liga Perdana dan tiada penyingkiran dari Premier League.
Jika sampai itu berlaku, ia akan membawa implikasi kewanangan yang besar kepada pasukan yang dinafikan hak mereka untuk dipromosikan.
Championship top six 'to take legal action' if Premier League season declared null and void and three clubs not promoted https://t.co/TMzGVYxq43
— Sun Sport (@SunSport) March 17, 2020
Kerugian yang dimaksudkan melibatkan £200 juta. Kerana itu lah keenam-enam pasukan yang berpeluang untuk dipromosikan menyuarakan hak masing-masing.
Norwich City, Aston Villa dan Bournemouth antara pasukan yang kini sedang menduduki zon penyingkiran di Premier League.
Memandangkan penularan virus Covid-19 ini dilihat semakin memburuk, sukar untuk pihak FA menyambung semula baki perlawanan Liga.
Liverpool had waited three decades to claim its first Premier League championship. It was two wins from its goal. And then everything stopped. https://t.co/N7mlcN3ohr
— NYT Sports (@NYTSports) March 20, 2020
Pihak Uefa sendiri menggesa kesemua persatuan bola sepak menghabiskan baki musim mereka selewatnya Jun ini.
Pihak FA sudah menyediakan pelan radikal mereka namun sepertinya Uefa tidak bersetuju.
Namun segala kemungkinan boleh berlaku dan sekiranya wabak ini masih sukar untuk dibendung pihak FA akan adakan mesyuarat sekali lagi.