Fakta Menarik Tentang El Clasico

Sebelum bercerita mengenai fakta menarik tentang El Clasico, tahukah anda apakah itu El Clasico? Nate gapo El Clasico? Menda gok El Clasico? Pa dia El Clasico ni? Nakharom kah? Nate Berukkah?

El Clasico merupakan perseteruan dan pembuyutan dua Pasukan gergasi Sepanyol Barcelona dan Real Madrid. Jika dulu kala El Clasico ini hanya tertakluk kepada kejohanan di Spain sahaja tetapi sekarang telah masyhur di serata alam.

Permusuhan antara dua Bandar besar ini iaitu Madrid dan Barcelona bukan sahaja di padang bola tetapi dikaitkan dengan isu dan sentimen politik. Real Madrid dilihat mewakili Spanish nationalism dan Barcelona mewakili Catalan nationalism. Tapi apa kejadahnya nak bercerita pasal sejarah politik Spain kan?

Fakta Menarik Tentang El Clasico

1 – Barcelona hanya tewas 3 kali dalam 13 perlawanan El Clasico terakhir di tempat sendiridalam semua pertandingan (7 Menang, 3 Kalah, 3 Seri).

2 – Jika Barcelona berjaya menewaskan Real Madrid pada 3 Disember 2016 maka ia akan menjadi kemenangan ke-50 mereka dalam La Liga ke atas Real di laman sendiri.

3 – Barcelona tidak pernah menang perlawanan Liga menentang musuh abadinya Real Madrid apabila mereka mendahului liga dengan 10 mata atau lebih. Kalau percayakan fakta ini maka esok Barca akan menang.

4 – Tidak ada pengurus Barcelona yang mengalami dua kekalahan El Clasico berturut-turut di laman sendiri dan Zidane mungkin bakal menjadi pengurus pertama Real Madrid memenangi 2 El Clssico berturut-turut.

5 – Messi merupakan penjaring dan membuat bantuan gol terbanyak El Clasico setakat ini dengan 21 gol dan 13 bantuan gol walaupun gagal untuk menjaringkan gol dalam 5 perlawanan El Clasico yang lalu.

6 – Real Madrid telah mengutip 11 kad merah dalam 26 El Clasico terakhir mereka dan 4 daripanya adalah hak milik Sergio Ramos.

7 – Alfredo Di Stefano merupakan penjaring terbanyak El Clasico buat Madrid dengan 18 gol. Mungkin rekod ini akan dipecahkan oleh Ronaldo yang sekarang telah menjaring 16 gol dan 10 gol daripada 16 gol tersebut dijaringkan di Nou Camp.

Baca Juga : 5 Bintang Yang Pernah Bermain Untuk Real Madrid dan Barcelona

Luis Enrique vs Zinedine Zidane

fakta-menarik-tentang-el-classico-enrique-vs-zidane
Zidane membantu Enrique mencabut bulu hidung

1 – El Clasico pada 3 April 2016 merupakan pertemuan pertama bagi  Luis Enrique dan Zinedine Zidane sebagai pengurus.  Adakah Zidane bakal meneruskan rentak kemenangan selepas kemenangan pertama?

2 – Zidane mencetak tiga gol menggunakan mesin pencetak Canon ketika bertemu Barca di semua pertandingan sebagai pemain Real Madrid dan dua gol di jaringkan ketika Enrique masih bermain bersama Barca.

3 – Enrique dan Zidane telah bertemu sebanyak lima kali sebagai pemain dan mereke masing-masing telah memenangi 1 perlawanan dan 3 lagi berakhir seri.

4 – Enrique telah menjaringkan 5 gol di El Clasico semasa bermain bersama Barca.

Messi, Suarez, Neymar (MSN) VS Benzema, Bale, Cristinano  Ronaldo (BBC)

fakta-menarik-tentang-el-classico-msn-bbc
Messi, Suarez, Neymar (MSN) VS Benzema, Bale, Cristinano Ronaldo (BBC)

Dengan kecederaan yang dialami Bale mungkin BBC menjadi BC sahaja menentang MSN.

Fakta Tambahan Tentang El Clasico

statistik-semua-perlawanan-el-classico
Statistik Semua Perlawanan El Clasico
fakta-menarik-tentang-el-classico-biggest-win
Kemenangan terbesar El Clasico
penjaring-terbanyak-el-classico-sepanang-zaman
Penjaring Terbanyak El Clasico Sepanang Zaman
penampilan-el-classico-terbanyak
Penampilan El Clasico Terbanyak

Sumber : WikiFR

BACA:  Eden Hazard Mahu Capai Tahap Lionel Messi & Cristiano Ronaldo